"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib kecut perut, Wilfrid & Lajim keluar dari BN Sabah

Najib kecut perut, Wilfrid & Lajim keluar dari BN SabahNampaknya pemimpin-pemimpin Sabah Wilfrid Bumburing dan Lajim Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah daripada senario politik ganas Umno-BN setelah 5 dekad melalui hegemoni politik dan penyalah gunaan kuasa.
Sabah dan juga Sarawak, telah menjadi antara negeri yang paling terpinggir dengan kerajaan persekutuan memberikan lampu hijau kepada pemimpin-pemimpin BN yang sudah sekian lama memimpin kedua-dua negeri di timur Malaysia dengan merompak hasil semulajadi dengan begitu banyaknya untuk menjadikan diri mereka kaya raya selain memberi manfaat kepada rakan-rakan mereka di Semenanjung.

Wilfrid, Timbalan Presiden UPKO yang juga merupakan MP Tuaran, menghantar surat peletakan jawatannya pada hari Isnin, dan berhenti sebagai ketua BN bagi kawasan itu. Dia dijangka membuat "pengumuman penting" pada hari Ahad untuk mendedahkan langkah seterusnya. Lajim, MP Beaufort pula, akan menyusul kemudian.

"Saya bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletakkan jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran. Surat perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baru BN Tuaran untuk membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Bumburing di dalam surat perletakan jawatannya.

Blok bebas dan mesra Pakatan Rakyat
Berita yang telah dijangkakan selama beberapa bulan itu telah mengejutkan dunia politik di Timur dan Barat Malaysia. Kedua-dua lelaki ini merupakan pemimpin kanan Sabah, yang telah menjadi wakil rakyat selama beberapa tahun.

Mereka dijangka membentuk parti bebas yang mesra Pakatan Rakyat dan bukannya terus menyertai parti-parti Pakatan PKR, DAP dan PAS.

"Wilfrid akan membawa dan mengumpul beberapa kumpulan pro-Pakatan Rakyat Sabah. Kebanyakannya merupakan Ahli Parlimen dan ADUN. Apabila masa yang sesuai sudah tiba, mereka akan membuat yang pengumuman. Peranan Pakatan adalah untuk membantu kumpulan ini bertanding dalam PRU ke-13 dan untuk berunding dengan kuasa-kuasa lain seperti SAPP untuk mencapai pertadingan satu lawan satu," naib presiden PKR Tian Chua, ketua perunding perjanjian itu berkata kepada Malaysia Chronicle.

Penghijrahan bermula dengan debaran: Sarawak fokus seterusnya!
Bukan sahaja berita terkini ini menjadikan hati pemimpin BN seram sejuk, terutamanya Perdana Menteri Najib Razak yang telah cuba menghalang pemergian Wilfrid kerana ia akan mencetuskan sebilangan besar daripada gabungannya memasuki parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh pesaing utama mereka Anwar Ibrahim.

Spekulasi terakhir pada bulan Jun yang mengatakan 6 pemimpin Sabah bakal lompat masuk parti PKR telah hilang begitu saja selepas orang dalam membocorkan berita kepada akhbar bahawa Ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September.

Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah juga menunjukkan bahawa PRU ke-13 boleh diadakan hanya pada tahun 2013 apabila mandat 5 tahun BN berakhir pada bulan April dalam usaha mereka untuk melenyapkan keinginan mereka untuk meninggalkan BN.

Walau bagaimanapun, yang belum cukup lagi untuk menghalang Bumburing dan mereka yang bersependapat dengan pemimpin itu, yang nampaknya sudah letih akan helah politik UMNO yang bergantung kepada perjuangan perkauman dan ketaksuban agama. Ramai yang terkejut akan banyaknya kes rasuah yang dilakukan tanpa memikirkan kepayahan rakyat biasa tetapi kerana cengkaman kuasa Umno sejak 5 dekad yang lalu, tidak banyak yang boleh dilakukan atau berisiko akan dipulaukan.

"Kami gembira untuk melihat angin perubahan yang akhirnya bertiup di Sabah. Ini adalah satu tindakan yang berani dan diharapkan ia akan menjadi inspirasi kepada pemimpin BN yang lain untuk diikuti. Ramai menyedari bahawa BN telah menjadi satu jenama yang buruk. Ini telah kita beri amaran 3 tahun yang lalu dan ia telah menjadi kenyataan kerana UMNO tidak mampu untuk berubah dan Najib terlalu lemah untuk a melaksanakan reformasi dalam partinya," kata Tian lagi.

Tian menambah bahawa Pakatan seterusnya akan memberi tumpuan kepada Sarawak, di mana Ketua Menteri Taib Mahmud yang kontroversi telah memerintah dengan kuku besi selama beberapa dekad di sebalik dakwaan korupsi yang menggunung terhadapnya.

Penghijrahan dan perpecahan BN juga berlaku di Semenanjung
Ahli Parlimen PKR Batu itu juga memberi amaran bahawa ini bukanlah permulaan penghijrahan daripada BN Sabah tetapi meramalkan ia akan turut berlaku di Semenanjung.

"Semua sedang menunggu masa yang tepat. BN telah menjadi toksik dan terdapat ramai pemimpin dalam MCA, MIC, Gerakan serta Umno sendiri yang menunggu untuk bebas dari belenggu BN," ramal Tian.

"Saya tidak pasti jika PRU ke-13 akan berlaku pada September tahun ini atau awal tahun depan tetapi pengakhiran bagi BN semakin ketara. Apa yang rakyat mahukan juga sangat jelas, jadi tidak perlulah takut untuk meninggalkan BN. Malah, jika pemimpin-pemimpin terus berpaut pada Umno, pengundi di kawasan mereka akan menjadi yang pertama untuk tidak mengundi mereka. "

Pastinya, PRU ke-13 akan menjadi pilihanraya yang paling sengit, dengan 222 kerusi di peringkat Persekutuan, Parlimen dan 505 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri untuk dipertandingkan. Sudah ada penganalisis politik memanggilnya Ibu segala Pilihanraya Kotor walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya telah menegaskan bahawa pilihanraya adalah bersih.

Namun begitu, memandangkan wujud dokumen bukti penipuan pilihanraya yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sejak bulan lepas seperti memanipulasi nama, membeli undi dan pengundi hantu, ramai rakyat Malaysia ragu bahawa Umno-BN akan melakukan yang terbaik untuk menipu untuk berpaut kepada kuasa. Ia sangat memalukan apabila diketahui kedua-dua pengerusi SPR dan timbalannya merupakan pemimpin Umno.

Tunggu dan lihat!
Dalam pilihan raya umum 2008, Bumburing memperolehi 17.645 undi untuk mengekalkan kerusi Tuaran bagi BN dengan majoriti 6622 undi berbanding Ansari Abdullah saingan daripada PKR yang mendapat 11.023 undi. Calon bebas, Ajin Hazin Gagah, hilang wang deposit apabila dia hanya berjaya meraih 879 undi.

Bagi Lajim yang berusia 57 tahun, yang juga merupakan Ahli Parlimen Beaufort, dia juga telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai ketua cawangan Umno Kerambai Kebatu, dia juga berkata bahawa tidak akan bertanding semula sebagai ketua bahagian Umno Beaufort.

Lajim berjumpa penasihat rohani PAS yang juga Ketua Menteri Kelantan Nik Aziz Nik Mat pada hari Isnin di pejabatnya di Kota Bharu tetapi mesyuarat itu mungkin merupakan kunjungan hormat daripada dirinya dan bukannya menyertai parti itu seperti apa yang dispekulasi.

"Surat peletakan jawatan sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno Beaufort beberapa hari yang lalu. Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dan yang kedua adalah untuk berhenti sebagai ketua cawangan Umno dan langkah ketiga - tunggu dan lihat!," Lajim dipetik oleh portal berita New Sabah Times pada hari Isnin.

Abby jawab Zunar, ‘Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang’

Amin Iskandar
KUALA LUMPUR: Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai “artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya” dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita.

“Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik.

“Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan ‘padang’ yang bersesuaian dengan Syariah Islam.

“Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah,” kata Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi.

Sebelum ini Zunar dalam temuramah bersama The Malaysian Insider membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.

Menurut Zunar, PR juga perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka dengan memberi sokongan dana dan ruang untuk berkarya.

Menurut Abby Abadi lagi, hiburan bercorak Islamik sahaja tidak mencukupi tetapi perlulah mendorong ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Bukan sekadar Islamik tetapi menuntut kepatuhan ‘Amal Maaruf Nahi Mungkar,” kata bekas pelakon drama "Gerak Khas" terbitan Skop Production yang popular di RTM.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zunar bahawa negeri-negeri PR tidak memberikan sokongan kepada golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya.

Katanya lagi, perubahan dalam industri seni dan hiburan tidak dapat dilakukan oleh kerana PR masih belum memerintah Malaysia.

“Negeri-negeri di bawah PR (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) memberi perhatian kepada industri (seni dan hiburan), kerana mereka mengakui industri ini mempengaruhi kehidupan manusia.

“Cuma dari peringkat dasar, memerlukan PR menang dan memegang kuasa ‘kerajaan pusat’ untuk merealisasikan industri seni berdasarkan syariat.

“Penghijrahan artis-artis kebelakangan ini adalah kerana kasih sayang Allah.

“Kebetulan pula waktu hampir dengan PRU, inilah medium terbaik untuk para artis yang nak dekat pada agama Allah ni.

“Kami gunakan platform yang ada untuk berikan kesedaran pada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan dakwaan Umno bahawa PAS terdesak meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan golongan artis kerana baginya, BN lebih banyak memperalatkan golongan tersebut.

“Terdesak gunakan artis?

“Rasanya soalan ini patut diajukan kepada pihak belah sana (BN) sebab mereka lebih nampak terdesak untuk mempertahankan kuasa yang mereka ada,” kata Abby Abadi.

Pelakon drama gerak khas itu membuat ‘penjenamaan semula’ terhadap dirinya dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih Islamik selepas isu penceraiannya bersama pelakon Norman Hakim menjadi sensasi dalam media arus perdana.

Baru-baru ini, Abby Abadi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian ahli seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan menteri besar Kelantan.

Pengkhianat bakal menumbangkan Selangor?

SELENA TAY
“PERBUATAN sesetengah pihak yang bertungkus-lumus memberikan MyKad kepada pekerja asing, sekali gus memasukkan nama mereka ke dalam senarai daftar pemilih untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan datang ini adalah pengkhianat yang harus diberikan hukuman setimpal,” kata ahli Parlimen Kuala Selangor daripada PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
“Pengkhianat seperti ini langsung tidak bermaruah sebab telah bertindak gila kerana tamakkan kuasa sehingga sanggup mengkhianati amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat,” kata pula Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kerusi Pasir Panjang.

Sumber dalaman dalam Pakatan Rakyat berkata senarai daftar pemilih untuk negeri Selangor yang mengandungi lebih setengah juta pengundi hantu dan pengundi warga asing yang telah mendapat kerakyatan pantas dapat membolehkan BN merampas kembali Negeri Selangor.

Adalah amat sukar untuk Pakatan Rakyat menandingi angka setengah juta ini. “Boleh dikatakan mustahil,” kata seorang pakar strategi Pakatan yang memberi ulasan mengenai situasi di Selangor.

Justeru itu, tidak hairanlah jika BN berani menguar-uarkan bahawa mereka akan berjaya merampas kembali Negeri Selangor. Keyakinan mereka adalah berdasarkan kepada senarai daftar pemilih.

Juga tidak menghairankan bahawa tuntutan rakyat supaya diadakan pilihan raya yang bersih, telus dan adil telah diketepikan dan pihak kerajaan sehingga hari ini diam membisu sahaja perihal isu senarai daftar pemilih. Bantahan demi bantahan telah dibuat mengenai nama pengundi yang meragukan, nama pengundi yang telah dipindahkan tanpa pengetahuan mereka dan bermacam-macam aduan lagi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya tidak pro-aktif menyelesaikan masalah-masalah ini.

“Sehingga hari ini, pihak yang mengamalkan politik durjana ini tidak mempedulikan tuntutan rakyat yang dibuat melalui Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Ini menunjukkan bahawa mereka amat takut kepada pilihan raya yang bersih, telus dan adil.

Namun demikian, mereka harus ingat bahawa kemenangan yang diperolehi melalui cara yang kotor dan jijik ini tentunya akan mengundang azab daripada Tuhan dan akhirnya rakyat kelak yang akan