"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aziz Bari sahkan tanding kerusi Sabak Bernam

Aziz Bari SABAK BERNAM: PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

“Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.

“Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR,” katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

“Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.

Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

“Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini,” katanya.

Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.

“Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.

“Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Gambar perempuan cun yang sanggup berkorban jiwa raga demi BIGBANG.

ehGosip
Aku terkejut. Siyes terkejut.
Perempuan melayu islam yang sanggup meredah apa sahaja demi mendapatkan tiket konsert bigbang. Untuk rekod, gambar di atas ini dirakamkan bulan julai 2012. Konsert bigbang pula baru jek berlalu semalam. Tue pun dorang redah walaupun hujan. Tapi hujan tue sekejap je la. Betul2 peminat setia wa cakap lue.

Tiket vip termahal bernilai rm688. Yang termurah ialah rm388.

Ramai juga orang2 di malaysia yang sanggup buang duit untuk beli tiket konsert berharga rm388 ek? Aku nak beli baju bernilai rm200 pun aku fikir dekat sejuta kali. Ini depa kemain senang lenang beli tiket konsert vip berharga 388? Mesti kategori kaya raya neh.

Tiket biasa plak paling murah rm98. Haha. 98 pun mahal juga. Kalau korang tanya aku le.

Untuk rekod, konsert bigbang di malaysia mencecah kos sebanyak rm4juta. WOW.. mahal juga kos nak buat konsert di malaysia ek.

Menerusi apa yang aku tengok kat astro memang kemain meriah sambutan ke atas konsert bigbang. Setakat perempuan cina menjerit2 tue aku tak heran satusen pun. Lantak la dorang menjerit2 sampai terkeluar anak tekak. Tapi aku terperanjat sampai terbeliak2 mata besar aku bila tengok perempuan melayu menjerit2.

Alamak ai.

Yang pakai tudung pun kemain lagi kaw. Sedih. Kalau dorang neh aku leh jumpa bleh la aku hasut dorang dari jerit2 untuk bigbang yang satusen tak membantu kita baik la kita jerit2 untuk perjuangkan hak2 kita. Kalau pun ko hidup senang fikirkanlah berapa ramai muslim malaysia yang merempat yang memerlukan duit2 itu.. ini bagi pada bigbang. Alahai.. betul2 membazir la weh.

Sama seperti membazirnya perkara kat bawah neh.
  • Selain sperkara lagi yang patut dikongsi, menjadi fenomena lazim di konsert KPop, para peminat akan bersatu dan memberikan kejutan atau projek sokongan kepada artis pujaan mereka. BIGBANG tidak terlepas untuk merasainya. Bermula dengan bas, kain rentang sepanjang 50 meter (yang menelan kos lebih RM10,000) dan sehingga lah malam tadi projek 'Yellow Sea' (lightstick), LED biru (sewaktu lagu Blue) dan LED merah (sewaktu lagu Fantastic Baby) dan ucapan awal selamat hari lahir (yang ke-25) kepada TOP. Syabas kepada gabungan kelab peminat BIGBANG iaitu BigBang 1st Malaysia, My-vip, YG-Hype, Myvip atas usaha gigih kalian yang mengagumkan.

Sumber : sini

Syabas kepada kebodohan anda mengkayakan artis2 kesayangan anda. Ini barulah cinta kepada artis. Beli tiket mereka, kayakan mereka, mereka hidup senang lenang dengan rumah besar, kereta mewah, pakai baju berjenama, ada duit lebih cantikkan wajah dan badan.

Rileks.

Peminat2 bigbang jangan mudah melatah bila presiden kpopers bercakap benar. Susah tau nak pegang amanah jadi pemimpin cekap, bijak, jujur dan amanah neh. Bukan kerja mudah.

Aku bukan kutuk bigbang pun. Aku cuma kutuk peminat2 bigbang yang extreme terutamanya penganut muslim tue hah. Aku bahkan salute bigbang. Macam mana ek dorang berjaya perbodohkan korang?

Banyak kali aku terfikir soklan tue. Aku kena banyak belajar dari bigbang. Bukan apa, aku pun ada ura2 nak cedok duit2 dari poket korang tue. Tapi aku buat atas niat yang baik la. Paling2 koman ko dan aku dapat pahala. Daripada bagi kat bigbang yang terang2 dapat dosa. Muahaha..

Kalau rasa nak menangis, p la tengok gambar2 konsert kat sini. Kalau rasa nak terkejut dan pitam p la buka astro 705 dan 708. Aku rasa tak lama lagi kat 393 iaitu one hd pun mesti ada punya.

Umat islam sibuk kpop, jakim sibuk kejar jacklyn victor. Kelakar lah plak aku rasa.

Wakaka..

Sumber gambar : sini

Beberapa Orang Termasuk Pegawai di Pejabat MB Terengganu Direman?

Mohd Sayuti Omar
Berita ini belum dapat disahkan. Semasa makan malam sekejap tadi saya diberitahu oleh seorang tokoh Umno asal Terengganu beberapa orang pegawai kerajaan termasuk seorang yang berkhidmat di pejabat MB Terengganu dan seorang kontrektor dikatakan ditahan reman oleh SPRM beberapa hari sebelum hari Aidiadha yang lalu.

Menurut tokoh Umno itu penahanan tersebut ada kena mengenai dengan laporan kemungkinan berlaku rasuah kerana beberapa fail di pejabat mereka dirampas.

Kejadian ini bagaimana pun masih belum tersebar tetapi mereka yang rapat dengan pejabat MB sudah mengetahuinya. Tokoh Umno berkenaan berjanji akan memberi maklumat lengkap esok berhubung perkhabaran yang boleh menjejaskan Ahmad Said sebagai MB Terengganu itu. Tunggulah... [wm.kl.1:23 am 31/10/12]