"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perhatian tertumpu pada gaya 'kamikaze' Dr M hadapi isu perbalahan & penyingkiran Najib

Wong Choon Mei, Nawawi Mohamad
Perhatian tertumpu pada gaya 'kamikaze' Dr M hadapi isu perbalahan & penyingkiran Najib Situasi merbahaya nampaknya berada di masa depan parti yang memerintah, UMNO yang sedang terdesak untuk memulihkan keadaan bagi memenangi pilihanraya yang diramal sebahagian rakyat akan dimenangi oleh pembangkang dan sebahagian lagi meramal tidak mungkin akan berlaku.
Sumber politik memberitahu Malaysia Chronicle bahawa bahagian UMNO di tiga negeri, Johor, Terengganu dan Perak telah mula mengatur strategi untuk menyingkirkan Najib Razak yang bergelumang dengan skandal untuk meletak jawatan sebagai PM dan juga presiden UMNO.

Bukti terbaru menunjukkan perbalahan dalaman menjadi semakin serius apabila khabar rusuhan kaum telah mula disebarkan oleh blogger pro-UMNO.

Sambil menyelam minum air
Satu lagi khabar yang menggerunkan adalah amaran yang diberi oleh pemimpin yang berkait rapat dengan UMNO seperti Ibrahim Ali dan Sharizat Jalil yang menakut-nakutkan rakyat dengan khabar bahawa rusuhan kaum seperi kejadian 13 May 1969 yang telah meninggalkan ramai cedera dan ratusan mati akan berulang.

Pada rusuhan 1969, pemuda Melayu dihasut oleh pemimpin UMNO untuk menyerang etnik Cina dengan hasutan ‘menyelam sambil minum air’.

Matlamat utama adalah untuk menggantikan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dengan Abdul Razak Hussein, yang ironinya adalah bapa Najib. Kedua adalah untuk memberi pemimpin UMNO kuasa politik mutlak dan dominasi ekonomi dengan menuduh orang Cina membuli orang Melayu dan cuba menghapuskan hak-hak mereka.

Dalam keadaan UMNO yang mengetuai BN sedang bergelumang dengan skandal seperti seks dan pembunuhan, pemengang kuasa UMNO berkemungkinan besar akan cuba melakukan apa sahaja dalam usaha mencengkam kuasa kerajaan pusat termasuk menjadikan Najib dan isterinya Rosmah Mansur sebagai kambing hitam.

Panglima-panglima yang jahat ini akan memulakan keadaan huru-hara yang akan memaksa TPM Muhyiddin Yassin menangguhkan PRU ke-13 dan berkemungkinan juga akan mengisytiharkan darurat sehingga BN yang memerintah Malaysia sejak tahun 1957 mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang.

Tiga senario
Itu merupakan senario yang paling teruk diantara tiga senario yang berkemungkinan akan berlaku kerana ia akan menjadikan Malaysia negara yang tidak berpemerintah. Negara ini, yang merupakan kedua termoden di Asia Tenggara selepas Singapura akan menjadi sebaris negara yang bergolak seperti Afrika dimana rebutan dan rampasan kuasa serta pemerintahan tentera adalah sesuatu yang biasa berlaku. Kita bernasib baik kerana ini merupakan senario yang tidak mungkin sekali berlaku.

Ada peluang yang lebih baik bagi bekas Menteri Mahathir Mohamad, si tukang karut dalam UMNO untuk menjadi dalang dibelakang Muhyiddin, memaksa kepimpinan bertukar dengan memaksa Najib meletak jawatan dan kemudian menerajui UMNO dalam pilihanraya dengan mengharapkan perjuangan pro-Melayu Muhyiddin untuk meraih undi.

Dengan cara ini, Mahathir akan mengelakkan diri dari dipertanggungjawabkan atas rusuhan berdarah dan juga menyebabkan kerugian pelaburan negara dan juga keluarganya yang bernilai berbillion ringgit termasuk kepentingan perniaggan menjadi sia-sia.

Senario ketiga pula ialah, Mahathir mungkin tidak akan berbuat apa-apa pun. Walaupun dia telah memberi lampu hijau kepada Muhyiddin untuk melakukan apa sahaja untuk menaikkan kemarahan Najib, dia sebenarnya belum lagi memberi kata putus. Jika selepas berusaha keras, tetapi Mahathir masih berpendapat pertukaran di saat-saat akhir akan memusnahkan politik UMNO, dia akan membiarkan sahaja Najib menerajui UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan mengharapkan yang terbaik.

Guna samseng jolok sarang tebuan
“Mahathir merupakan pejuang kamikaze. Dia tidak memerlukan undang-undang darurat jika mahu melaksanakan sesuatu. Lihatlah bagaimana dia menggantikan UMNO lama dengan yang baru. Bagaimana dia memenjarakan Anwar Ibrahim, memperkecil-kecilkan Abdullah Badawi,” pemerhati politik veteran memberitahu Malaysia Chronicle.

“Namun, pilihan menangguhkan PRU ke-13 dan mengisytiharkan undang-undang darurat bukanlah sesuatu yang terbaik baginya. Panglima UMNO tahu bahawa perkara ini berlaku, mereka akan dipenjarakan dan lebih dibenci. Bertaruh di peti undi adalah pilihan terbaik. Lagipun, mereka telah menipu daftar undi dengan banyak dan memiliki kekayaan yang melimpah-ruah diluar negara, jadi lebih baik mereka berlawan di mahkamah jika pemerintah yang baru mahu mendakwa mereka kerana merompak.”

“Tidak boleh disangkal lagi jika Mahathir cuba menukar PM untuk menaikkan semangat dalam UMNO sebelum bertarung dalam PRU ke-13. Dia sememangnya paling suka akan pertaruhan lebih dari ahli yang lain. Dia sanggup menang besar dengan mempertaruhkan imej pro- Melayu Muhyiddin. Untuk melakukan itu, dia akan menaikkan sentimen Melayu. Selama ini hanya retorik sahaja yang kedengaran. Sekarang kita sudah mendengar tentang rusuhan kaum. Sudah pasti apa yang berlaku seterusnya adalah insiden sebenar. Sumber dalaman memberitahu ada kemungkinan mereka akan memulakan pergaduhan kecil disana sini untuk menyatukan orang Melayu dan mereka akan boleh melakukan ini dengan bantuan samseng UMNO, Cina dan India.”

Dilema bagi UMNO
Sekarang, semua menumpukan perhatian pada sambungan pendedaham, Deepak Jaikishan, bekas teman akrab Rosmah dan juga Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara. Kedua-dua lelaki ini disyaki menjadi ‘pembunuh upahan’ bahagian Muhyiddin-Mahathir. Mereka telahpun melepaskan sasaran pertama pada Najib dan Rosmah.

Deepak tidak berselindung dalam menuduh Najib menerima jutaan ringgit bagi membolehkan kontrak ketenteraan yang menguntungkan sekutu politiknya, ketua wanita Selangor. Lebih buruk lagi, Deepak memeranjatkan negara apabila dia mendedahkan Rosmah dan Najib juga telah meminta bantuan daripadanya untuk menerbalikkan akuan bersumpah kontroversi yang telah melibatkan nama mereka dalam pembunuhan Altantuya Shaariibu serta rasuah Scorpene.

Juga mengambil peluang, Musa Hassan yang melepaskan sasaran dengan mendedahkan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri,Hishammuddin Hussien sebagai sering campur tangan dalam urusan polis, dan mempengaruhi hasil siasatan.

Bagi pemerhati UMNO, Deepak dan Musa telah memusnahkan peluang terakhir UMNO. Ini ibarat saingan Najib dalam UMNO memberinya kata dua, “Adakah kamu masih mahu untuk memegang kuasa dengan setelah semua ini didedahkan? Nak lagi?”

Ia tidaklah seperti menikam dari belakang seperti yang disangka orang luar. Pemimpin UMNO sedang berada dalam dilema. Ya, mereka sedang bergaduh sesama sendiri kerana berebut kerusi dalam PRU ke-13 nanti. Ya, mereka tidak senang akan senarai ‘boleh menang’ Najib tetapi dia juga kurang memberi bekerjasama kepada mereka. Tidak hairanlah jika musuhnya juga turut serta dalam percubaan menjatuhkannya sebelum pilihanraya kerana keputusan pengundi tidak boleh diagak. Akhir sekali, Najib merupakan orang yang paling tidak boleh diharapkan untuk memimpin BN bagi menuju kemenangan dalam PRU ke-13. Ini menyebabkan ramai ahli UMNO mahu Muhyiddin untuk menggantikannya. Bagi mereka, UMNO tidak boleh tumbang bersama Najib,” seorang lagi pemerhati memberitahu Malaysia Chronicle.

Najib mungkin akan letak jawatan sebelum PRU ke-13
Sehingga kini, Najib dan Rosmah hanya berdiam diri. Sebagai seorang PM, Najib sepatutnya lebih berkuasa. Ada cakap-cakap bahawa para penasihatnya sedang sibuk merancang strategi untuk melawan tetapi jika diikutkan sifat Najib yang tidak begitu bijak, kemungkinan dia akan menyediakan perangkap yang akan memenjarakan musuh-musuh politiknya tidak mungkin berlaku.

Walaupun dia merupakan anak sulung bekas presiden UMNO yang diagungkan, atau pernah menjadi menteri pertahanan dan juga boleh mengawal polis melalui sepupunya Hishamuddin, Najib tidak mampu mampu mengawal jentera kerajaan dan institusi-institusinya. Kedua-dua dia dan isterinya tidak popular akibat skandal dan sikap yang boros jika mereka berbalah dengan Mahathir dan Muhyiddin. Mereka pasti akan kalah.

Lebih agresif dari suaminya, Rosmah telah mengugut untuk mendedahkan rahsia gelap dan menggemparkan para musuhnya. Ini merupakan perkembangan yang jika benar-benar berlaku akan menamatkan riwayat UMNO. Seperti pepatah menyebut, Hell hath no fury like a woman scorned! (Kemarahan wanita ibarat api neraka!)

Walau bagaimanapun, siapa yang mempunyai wang yang paling banyak dan sanggup memanipulasi kesudahannya, akan menang dalam UMNO. Orang itu semestinya Mahathir, yang didakwa memiliki sebanyak US $44 bilion diserata dunia.

Setakat ini, situasi dalam UMNO sedang kacau bilau dan Mahathri masih lagi belum membuat keputusan. Tetapi bagi mereka yang berkuasa dalam UMNO, Najib terpaksa juga meletakkan jawatan dalam beberapa minggu lagi untuk memberi laluan kepada PRU ke-13, yang akan dijangka akan diadakan dalam 30 ke 60 hari lagi.

Cerita sedih mahasiswa berkunjung ke Pengerang

Safwan Anang
PENGERANG: Pada 27 Januari yang lalu Jelajah Mahasiswa telah tiba di Pengerang bertemu sendiri dengan wakil Gabungan NGO Pengerang untuk mendapatkan maklumat dan pandangan sebenar daripada penduduk tempatan mengenai isu hangat di sana.

Seawal jam 10.15 pagi, mahasiswa yang dipimpin oleh wakil NGO Pengerang, Cik Anis Afida dan Bendaharinya, Chong Ah Sin atau dikenali sebagai Ah Chai telah melawat ke kawasan perkuburan baru di Kg Tunggal, di mana kubur baru tersebut hanyalah panjang sekitar 3 kaki dan jarak di antara kubur adalah tidak menepati syarat malahan tidak berpagar. Lebih mengejutkan kami, terdapat bekas tapak kaki babi hutan dikesan kawasan kubur tersebut sehingga kesan sondolan jelas kelihatan.

Kami turut dikejutkan apabila kontraktor terlibat, Encik Salleh hanya menjawab dengan mengakui bahawa projek ini dilakukan secara tergesa-gesa walaupun beliau menafikan bahawa pemindahan itu menyalahi prosedur pemindahan.

Namun, apa yang melegakan kami adalah apabila bantahan dibuat Mufti Johor mengarahkan supaya pemindahan tersebut dihentikan serta-merta sehinggalah syarat-syarat dipenuhi.

Seterusnya, kami bertemu beberapa penduduk di sekitar Air Tawar, dimana kawasan perumahannya terkesan dengan projek mega Rapid ini. Namun, masih jelas bahawa gerakan di peringkat rakyat masih kurang kesedaran akan besarnya isu ini dan masih takut untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka sendiri.

Kemudian, kami teruskan ke tapak rumah baru yang akan ditawarkan kepada penduduk asal di Pengerang. Pampasan tanah yang diberi hanya sekitar RM20,000 dan mereka ini perlu membeli rumah yang baru, sedangkan rumah yang ditawarkan paling murah berharga RM65,000! Sedangkan lokasi perumahan sangat jauh dari pantai bagi yang bekerja sebagai nelayan dan jauh dari tanah subur untuk pertanian bagi petani.

Kami turut melawat sekitar kawasan perumahan asal penduduk yang terletak bersebelahan dengan tapak projek yang tingginya 1.5 meter dari jalanraya. Buat pertama kalinya kawasan tersebut banjir akibat aliran hujan lebat turun ke kawasan perumahan.

Kami ke Sungai Rusa pula, di mana akan dijadikan pengkalan 1,000 orang nelayan. Dijanjikan untuk siapkan jeti nelayan dengan peruntukan lebih RM3 juta, namun walaupun sudah hampir setahun masih tiada apa-apa perkembangan. Kami turut bersama Pak Yahya, salah seorang dari NGO Pengerang, yang pertama ditangkap atas sebab mempertahankan perkuburan Islam di sekitar Pengerang. Menurut rakan NGO Pengerang lagi kawasan perkuburan Cina juga akan dipindah tempat namun masyarakat Cina lantang untuk membantah perpindahan kubur Cina.


Waktu petang kami dibawa ke rumah rakan NGO Pengerang untuk meniliti peta dan segala maklumat berkenaan projek yang akan dijalankan. Selain itu gambar gambar tiga anak beranak yang dipercayai penduduk setempat membunuh diri akibat tekanan isu rampasan tanah juga ditunjukkan.

Dalam penerangan yang diberikan, rakan NGO Pengerang yang juga sering bersama mangsa iaitu Ah Cai memberitahu bahawa sebelum mangsa membunuh diri, si mangsa sering menjaja sekiranya beliau dapat pampasan yang diberikan sedikit, si mangsa akan bunuh diri.

Kenyataan mangsa ternyata ada kebenarannya, namun ada pihak yang cuba mempolitikkan isu bunuh diri tersebut sehingga ada pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan surat palsu yang kononnya surat tersebut ditulis oleh mangsa. Akhirnya apabila surat tersebut dirujuk pada jurubahasa ternyata surat tersebut adalah palsu berdasarkan ayat dan penggunaan tulisannya.

Setelah itu, kami dibawa ke kawasan asal kubur Islam di Kg Jawa Darat untuk melihat tapak perkuburan yang asal, namun dihalang oleh Pak Cik Yaakob atau dikenali sebagai Pak Itam Salleh yang mendakwa bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan kubur tersebut dan pagarnya terpaksa dikunci. Tanpa melengahkan masa lagi, Ah Cai terus membawa kami menziarahi rumah mendiang 3 beranak yang membunuh diri.

Kami teruskan lagi tinjauan ke kampung nelayan Sungai Kapal, di mana terletaknya kilang belacan yang menjadi pusat pengeluar utama bagi Semenanjung Malaysia yang turut dieksport ke negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang untuk proses pembungkusan semula.

Malah kami turut dimaklumkan bahawa hasil keluaran kilang tersebut mencecah ratusan ribu ringgit dengan setiap kali tangkapan kira-kira 5 tan anak udang. Akhirnya disebabkan projek Rapid ini, persisiran pantai yang menempatkan bot-bot nelayan telah berlumpur dan nelayan terpaksa menggunakan bot rata untuk ke tengah laut sebagai ‘transit’ ke bot mereka. Turut kami perhatikan, beberapa bot yang dibiarkan di tengah-tengah lumpur sebagai tanda protes nelayan kepada projek Rapid ini.

Bot-bot dibiarkan supaya projek tambak tanah dibelakang tidak menghalang laluan nelayan.

Akhirnya, kami ke rumah penduduk yang telah lama menetap di Pengerang, Ah Teck yang merupakan seorang mekanik. Beliau meluahkan rasa kecewanya kepada pemerintah sedia ada, walaupun dahulu beliau antara penyokong kuat parti politik.

Beliau beranggapan bahawa pihak tidak bertanggungjawab yang melaksanakan projek atas angin ini terlalu memikirkan keuntungan tanpa mendapatkan persetujuan semua pihak terutama penduduk setempat.

Beliau mempersoalkan pampasan yang diberikan tidak setimpal dan tiadanya jaminan pekerjaan kepada penduduk Pengerang sekiranya projek berskala besar ini dilaksana nanti.

Apa yang kami ceritakan ini adalah bertujuan membangkitkan kesedaran di kalangan mahasiswa dan rakyat keseluruhannya. Kita perlu cakna mengenai apa yang sedang berlaku di sekeliling kita kerana antara peranan mahasiswa juga adalah sebagai agen penyampai maklumat sebenar.

Sejarah Baling 1974 dahulu juga telah memperlihatkan peranan besar yang mahasiswa mainkan dalam usaha membela petani miskin sehingga kerajaan mula menggubal Akta yang mengekang mahasiswa daripada turun bersama dengan rakyat. Ayuh mahasiswa, kita bangkit bersama rakyat!

Penulis ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Ustaz Taib Azamuddin Keadaan terkini

Batu vs. Kayu
Keadaan terkini Ustaz Taib Azamuddin yang beransur sembuh.. Jgn dengar fitnah musuh2 yg menyebarkan khabar angin beliau sudah meninggal dunia.