"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan Persekutuan BN berakhir Sabtu ini

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Walaupun Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional akan meneruskan hayatnya Jumaat ini, genap lima tahun selepas Pilihan raya Umum 2008 diadakan, kesahihannya dari segi politik boleh dipersoal, kata pakar perlembagaan.

“BN berada di dalam kerajaan dari 9 Mac hingga 28 Jun, 2013 adalah mengikut Perlembagaan dan sah di sisi undang-undang, tapi dari segi kesahihan politik dan autoriti moral di dalam persoalan.

"Pengundi boleh secara sah berkata mereka mengundi untuk kerajaan BN pada 8 Mac, 2008 untuk memerintah selama 5 tahun, dan jika kerajaan tersebut memilih untuk mendapatkan mandat baru dalam tempoh tersebut, ia akan menjadi caretaker government (kerajaan sementara),” kata peguam Tommy Thomas dalam satu artikel beliau yang disiarkan Malaysiakini.

Menurut Tommy, sesi parlimen kali ini akan berakhir pada 28 April, dan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, iaitu sebelum 28 Jun berakhir.

Namun demikan, beliau berkata sekiranya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin mengekalkan tradisi untuk mengadakan pilihanraya Dun dan parlimen serentak, maka parlimen perlu dibubarkan awal sebelum 26 Mei.

Ini kerana 26 Mei ialah hari terakhir untuk Negeri Sembilan mengadakan pilihanraya, kerana sesi Dewan Undangan Negerinya akan terbubar sendiri pada 26 Mac.

Tommy berkata sistem ala-Westminster yang digunakan di Malaysia bermaksud Perda Mneteri boleh menentukan tarikh pilihanraya, termasuk ingin mengadakan pilihanraya lebih awal.

Beliau mengimbas kembali kuasa istimewa ini di mana semua bekas Perdana Menteri termasuk Tun Abdullah Badawi telah membubarkan parlimen lebih awal.

“Jadi mengapa Najib masih tidak menggunakan hak istimewa ini untuk menasihati Agong untuk membubarkan parlimen sebelum tarikh luputnya, dan kemudiannya diikuti dengan pilihanraya umum ke 13? Hanya satu jawapan untuk itu, BN takut ditewaskan,” kata Tommy.

Beliau turut berkata hubungan antara politik dan perniagaan mungkin memperkukuhkan kepercayaan kepada teori bahawa kerajaan ingin untuk memasuki kontrak yang memberi manfaat kepada tabung politik mereka menjelang pilihan raya.

Jangan sampai lupa...

Majdan Dagang
Isu Lahad Datu masih berlangsung. Kita tidak tahu bilakah penghujungnya. Mungkin esok, lusa atau seminggu, malah mungkin lebih daripada itu. Tidak dapat tidak semua orang akan bercakap, berbahas dan bergosip tentangnya. Semua media tertumpu ke arahnya dan berusaha melaporkan sebaik mungkin. Sama-sama kita berdoa agar segala selesai dan takziah kepada anggota keselamatan yang terkorban. Namun, jangan sampai kita lupa tentang matlamat untuk menumbangkan Umno-BN. Juga jangan lupa tentang...

1. Skandal lembu yang membabitkan duit rakyat berjumlah RM250 juta. Sehingga kini, kedudukan wang yang disalahgunakan itu belum dipulangkan. Jumlah itu bukannya sedikit dan bagaimana syarikat yang dimiliki suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil merangkap menteri ketika itu boleh mendapat pinjaman yang begitu mudah? Sedangkan pada masa yang sama banyak lagi syarikat bumiputera yang bersusah payah untuk mendapatkan pinjaman bank.

2. Pengkhianatan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan. Jika mahu disenaraikan memang banyak, antaranya termasuklah menafikan hak royalti minyak, tidak memberi peruntukan tahunan, tidak membina lebuh raya dan pelbagai lagi sekatan termasuk sekatan melaksanakan undang-undang jenayah Islam. Padahal Kelantan merupakan sebuah negeri yang 90 peratus penduduknya Melayu Islam - sepatutnya terus dibantu dan dimajukan, bukan membalas dendam semata-mata kerana politik.

3. Bukan itu sahaja, pengkhianatan terhadap rakyat turut dilakukan di Terengganu apabila duit royalti yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri telah ditukarkan kepada wang ihsan. Hal itu dilakukan semata-mata mahu menindas kerajaan Terengganu yang dikuasai PAS pada tahun 1999 – 2004.

4. Salah guna dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Kes ini membabitkan Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah. Yang bersudah payah ialah ahli-ahli LTAT iaitu anggota Angkata Tentera Malaysia yang mengorbankan jiwa dan raga untuk negara. Tetapi ada orang lain yang senang-senang menggunakan duit mereka. Sepatutnya duit LTAT digunakan bagi membantu anggota ATM yang telah bersara meneruskan kehidupan mereka.

5. Isu Felda. Orang Melayu mungkin hilang salah satu aset terpentingnya. Penyenaraian anak syarikat Felda ke bursa saham penuh kontroversi dan tipu muslihat. Walau pun projek ini telah dibatalkan pada zaman Tun Abdullah Badawi, tetapi telah dilaksanakan semula pada zaman Datuk Seri Najib melalui proksinya Tan Sri Isa Samad. Penyenaraian ini lebih menimbulkan banyak polemik daripada keuntungan kepada para peneroka.

6. Isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara pukal demi mengekalkan kuasa politik. Hal ini telah pun diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir. Sabah merupakan lubuk untuk warga asing memperoleh kad pengenalan segera. Tindakan ini bolehlah dibaratkan menjual negara dan mengkhianati rakyat sendiri. Boleh jadi wakil rakyat Umno-BN yang ada pada hari ini menang atas kapasiti ini.

7. Harga minyak dan harga barangan terus naik. Hal ini membebankan rakyat keseluruhannya dan tiada tanda-tanda Umno-BN bersedia mengurangkan harga tersebut. Rakyat sepatutnya juga tidak lupa bagaimana perdana menteri menyeru supaya rakyat berjimat cermat kerana kenaikan kos hidup, tetapi pada masa yang sama wakil rakyat Umno-BN terus berbelanja mewah. Contohnya, rakyat terpaksa membeli kereta dengan harga yang mahal kerana dikenakan pelbagai jenis cukai sementara wakil rakyat dapat membelinya dengan harga yanng murah kerana cukainya tidak banyak.

8. Rakyat akan lupa tentang skandal pembelian kapal selam Scorpene yang membabitkan jual beli yang tidak munasabah. Sepatutnya dengan jumlah wang sama, Angkatan Tentera Malaysia beroleh kelengkapan yang lebih canggih dan lebih banyak unit. Namun duit negara dihabiskan untuk membayar kepada orang tengah dan proksi pemimpin negara. Yang menjadi mangsa ialah anggota ATM. Skandal ini juga terpalit dengan kematian seorang wanita monggolia yang dikatakan terbabit dalam rundingan membeli kapal selam ini.

9. Hutang negara meningkat kepada RM500 bilion. Jumlah itu boleh menyebabkan negara muflis. Rakyat perlu sedar bahawa merekalah yang akhirnya terpaksa membayar hutang tersebut melalui kenaikan pelbagai cukai, pengenalan cukai baru dan pengurangan subsidi. Sepatutnya kerajaan berbelanja secara berhemah agar hutang negara tidak meningkat dan tidak berlaku belanjawan defisit.

10. Ramai lagi rakyat yang merempat dan tidak mempunyai tanah. Ada yang telah meninggal dunia sedangkan tanah yang dipohon berpuluh tahun tidak diluluskan. Pada masa yang sama kerajaan melancarkan pelbagai projek mega seperti Iskandar Malaysia dan memajak atau menjualkannya kepada syarikat asing. Rakyat sendiri akhirnya hanya mampu melihat tanah airnya dimiliki warga asing.

11. Janji untuk mengurangkan beban tugasan guru. Janji tinggal janji. Sudah berapa orang Perdana Menteri dan menteri pendidikan bertukar – beban guru bukan semakin kurang bahkan semakin bertambah. Bukan itu sahaja, di sesetengah aliran waktu bekerja rasmi juga ditambah sehingga jam 5 petang dan cuti penggal dipendekkan.

Banyak lagi, tetapi rasanya rakyat sendiri tahu – rampasan kuasa di Perak, isu Memali, PTPTN, menghina raja dan yang paling banyak ialah isu rasuah. Jasa? Ya, memang ada jasanya. Takkan memerintah selama lebih 55 tahun tiada jasa. Namun, kerajaan yang ada pada hari ini tenggelam dalam jasa-jasa silam dan lupa untuk membuat jasanya sendiri. Yang ada hanyalah penguasa-penguasa yang rakus memenuhkan tembolok sendiri.

Cuma saya ingin sebutkan beberapa jasa yang dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri tetapi manfaatnya dapat ke seluruh negara. Kerajaan Kelantanlah yang mula-mula melaksanakan cuti dua hari seminggu. Walalupun awalnya dikritik oleh kerajaan pusat tetapi akhirnya dilaksanakan diseluruh negara. Keduanya, cuti bersalin dua bulan juga dimulakan oleh Kelantan dan telah pun diikuti oleh kerajaan pusat – turut dkiritik pada awalnya.

Ingatan ini bukanlah apa-apa, cuma mengingatkan kepada orang Melayu yang mudah lupa. Bukan saya yang kata, Tun Mahathir yang kata!

Anwar malukan Najib lagi...??

paklongdin
Salam semua...
Hadoihh... gelak guling-guling anak cucu Pak Long. Pakat sakit perut habih...!
BANNER BN DI TAHIKU..!!

Haha...

Ikut risikan susulan dari Mak Long hang diberitakan ini "betoi-betoi terjadi" bukannya gambaq yang dah diedit... Ni semua kerja hasutan Anwar nak malukan Najib, tu jaa...

Rakaman gambaq neh ditangkap kat jejantaih jalan kaki depan SMKA, Khairiyyah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pak Long tak tau yang selebihnya pasai apa tapi konfom ni bukan kerja buat pelawat-pelawat bersenjata kesultanan Sulu, konfom...

Wassalam...