"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno Kantoi!! Rupanya Ini Kesan DUN NS Bubar Otomatik

Blog addin77.blogspot.com

Tengah malam tadi, berakhirlah riwayat dan hayat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara automatik apabila ia terbubar dengan sendiri tanpa kehadiran menteri besar SEMENTARA, Mohamad Hasan menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah. Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN. Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen. Pilihanraya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008. Manakala sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008. Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei. Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihanraya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihanraya. Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Mohamad Hasan.

Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan, Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan keputusan pilihanraya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) (4) dan satu oleh PAS. Pada 11 Oktober 2009, satu pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN). Ia menyaksikan calon BN, Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas menteri besar, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti undi 5,435.

Implikasi terhadap sejarah politik negara adalah, belum pernah mana-mana DUN dalam mana-mana bahagian negeri di Malaysia terbubar secara automatik iaitu menteri besar atau ketua menteri tidak menghadap Sultan atau Yang di-Pertua negeri bagi pembubaran DUN. Dari sudut politik, ia jelas menggambarkan bahawa kerajaan yang berkuasa sebelum DUN dibubarkan tidak mempunyai 'keberanian' untuk memanggil pilihanraya sebelum mandat berakhir lima tahun. Ini sudah cukup membuktikan bahawa spekulasi kedudukan kerajaan yang berkuasa akan kalah dalam pilihanraya umum ternyata benar tanpa sebarang hujah konkrit bagi mewajarkan alasan tersebut.

Ternyata dari segi moral, BN sudah dianggap 'mengaku kalah' kerana jika mereka merasakan BN akan mampu membentuk kerajaan negeri, sudah pasti DUN tidak perlu dibubar atau terbubar secara automatik. Menurut penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari, ia merupakan satu episod malang dalam sistem politik negara apabila kerajaan memerintah terpaksa menunggu hingga saat akhir dan ditambah 24 jam lagi hayat kerajaan kononnya merujuk kepada Akta Interpretasi 1948 dan 1967 mengikut Seksyen 54 (1) Akta 388. Keadaan ini dikhuatiri akan memberikan implikasi kewangan terutama apabila beberapa keputusan besar dibuat meskipun mandat pemerintahan telah berakhir.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, tempoh mandat pemerintahan diberikan rakyat melalui pilihanraya hanyalah lima tahun iaitu sejak 8 Mac 2008. Keadaan ini turut disokong melalui kenyataan Perdana Menteri, Najib Altantuya yang meminta rakyat memberikan mandat lima tahun lagi kepada Umno-BN. “Keadaan sekarang saya sifatkan sebagai satu rampasan kuasa rakyat tanpa senjata,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS semalam.

Menurutnya, sepanjang tempoh ‘tamat mandat’ sejak 8 Mac 2013, kerajaan perlu mengumumkan semua keputusan projek yang telah diberikan kelulusan selain beberapa perjanjian termasuk di dalam Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA ’13). Jelasnya, kerajaan sementara yang berkuasa selepas pembubaran DUN atau Parlimen bagi menguruskan urusan harian tidak boleh membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan. Pentadbiran kerajaan sementara negeri kini tidak boleh membuat keputusan penting yang mengakibatkan kerajaan baru yang akan dibentuk selepas keputusan pilihanraya umum ke-13 menanggung beban atas sebarang komitmen atau perjanjian jangka panjang. Adalah penting untuk bekas ADUN Pakatan Rakyat negeri diketuai ketua pembangkang DUN memantau setiap perjalanan pentadbiran dan kewangan negeri selain menyelia bersama dengan kerajaan sementara sementara menunggu pilihanraya dijalankan.

Jika persoalan tidak ada satu garis panduan khusus bagaimana pentadbiran sementara boleh berfungsi, ia satu alasan dangkal kerana sistem Westminster sudah lengkap menunjukkan satu persatu kaedahnya tetapi selalu dilanggar BN yàng terus menyalah gunakan kuasa setiap kali memegang status kerajaan sementara. Inilah masanya untuk seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada Negeri Sembilan kerana setelah Pakatan Rakyat bertambah kuat, tiada lagi sebab untuk BN berani melanggar peraturan terhad yang digariskan dalam undang-undang tubuh negeri. Paling penting, ia sekaligus memberi isyarat bahawa Najib Altantuya kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi empuknya di Putrajaya kerana moralnya sudah cukup rendah diasak Pakatan Rakyat dan diparahkan lagi dengan kenyataan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang seakan menyindir (walaupun katanya bergurau) jika dia berada di tempat Najib Altantuya, parlimen sudah lama dibubarkannya.~mpr

AWAS : Presiden PAS bakal diziarahi Bukit Aman !

tokpepijat
Buat sekiannya, macam filem P.Ramlee, Amanat Haji HHadi(AHH) diperhangat kembali. Bezanya, filem P.Ramlee ditayang berulang kali kerana mutu dan mesejnya untuk menghiburkan

Malangnya, setelah berulang kali diperhangatkan AHH tetap "basi". Berbuih mulut baik Tok Mufti,Ulamak Muda, Pak Menteri, Ahli Fatwa hingga kepada JKKK, AHH tetap "basi" bahkan berulat!

Barangkali kerana versinya hanyalah AHH bertujuan pecah belah. Setelah habis berfikir siang malam 25 Jam, kini AHH diversikan semula dan dijenamakan semula. Kali ini lebih ganas lagi.

Kali ini disabitkan AHH dengan bunuh pula. Sekonyong-konyong Cikgu Non kaitkan cubaanya untuk membunuh Dr.Mahathir kerana "terpengaruh" dengan AHH. Pulak dah !

Ucapan Presiden PAS di Banggol Peradong pada tahun 1981, Cikgu Non mahu bunuh Dr.Mahathir tahun 1988.

Bahaya sangatkah ucapan ini? Sejak tahun 1981 hingga kini 2013, berapa orangkah samada ahli UMNO dan BN yang terbunuh "angkara" AHH ?

Adakah pengganas di Sulu juga terpengaruh oleh AHH ?

Barangkali Bukit Aman akan "terjun" bukit tanpa turun lif untuk siasat dan buka semula kes ini.

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat saman Utusan RM20 juta


Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan menyaman sejumlah RM20 juta kerana memburukkan reputasi dan nama baik beliau kepada umum.

Dalam satu kenyataan media hari ini, peguam pemohon Samarudin Md Rejab berkata kes tersebut telah difailkan semalam dan menamakan Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar sebagai pihak defendan.

“Dalam artikel Utusan Online bertarikh 13 Mac, 2013, secara palsu dan berniat jahat, telah menyiarkan satu artikel dalam talian menuduh anak guam kami sebagai ‘telah memperleceh’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengendalikan insiden pencerobohan pengganas dari Sulu,” kata Samarudin dalam satu kenyataan.

Menurut Samaruddin lagi, artikel tersebut juga menuduh Abdul Ghafir telah mengatakan PDRM dan ATM menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya “duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam”.

Disamping itu, Samarudin berkata tuduhan tersebut sengaja direka memandangkan Abdul Ghafir adalah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia dan bertujuan untuk mewujudkan kebencian kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

“Dakwaan di atas adalah benar-benar palsu, berniat jahat dan fitnah kepada Datuk Ghafir.

“Dalam hal ini, kita semua sedar bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menjelang dan Datuk Ghafir adalah salah satu daripada bekas pegawai tertinggi yang menyokong Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Rakyat,” tambah Samaruddin lagi.

Dalam tuntutan yang dihantar semalam, Abdul Ghafir telah meminta Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Aziz Bin Ishak dan Raja Shahrir Abu Bakar memohon maaf serta menarik menarik balik artikel tersebut dan berjanji tidak akan mengeluarkan sebarang artikel yang sama bertujuan memburukkan nama beliau.

Berita tentang kenyataan oleh Abdul Ghafir telah dilaporkan oleh Utusan ketika berucap dalam Forum anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini.

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar.