"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pecah Berita!!! Hartawan Di Sebalik Tabir Membantu BN Melarikan Diri?

matuse68
Hartawan di sebalik tabir membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas.

Kongsi gelap tidak dapat baki ganjaran berikrar akan mencungkil hartawan berkenaan..Pulau Pinang - Seorang hartawan di sebalik tabir yang membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas, menyebabkan kumpulan sindiket perjudian dan kumpulan kungsi gelap yang menjalankan kegiatan menerima wang pertaruhan dan mengikat bendera tidak dapat baki ganjaran yang sepatut mereka terima , ini menyebabkan kumpulan berkenaan mula melaksanakan pencarian dan berikrar akan mencungkil hartawan berkenaan.

Selepas Najib mengistiharkan pembubaran parlimen bulan Mac yang lalu , Pulau Pinang telah muncul satu kumpulan kewangan yang “membantu secara rahsia” untuk merampas kuasa pemerintahan Pulau Pinang, menurut pemberi maklumat, hartawan berkenaan telah menghubungkan kumpulan kewangan berkenaan dengan kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan ketua-ketua kongsi gelap.

Menurut pemberi maklumat, hartawan berkenaan pada masa itu meminta kumpulan sindiket perjudian meningkatkan kadar kemenangan pertaruhan sebanyak 18 hingga 20 kali ganda, ini membolehkan mereka menggunakan taktik “kalah duit pertaruhan” untuk meningkatkan perluang kemenangan BN di Pulau Pinang, pada masa yang sama kumpulan berkenaan “membiayai” ahli kongsi gelap untuk mengikat bendera 1 Malaysia di setiap jalan.

Menurut maklumat yang diberikan, hartawan berkenaan menyatakan bahawa kumpulan kewangan tersebut bersetuju membayar separuh ganjaran terlebih dahulu dan baki akan dibayar selepas PRU kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan geng-geng kongsi gelap, memandangkan ganjaran yang ditawarkan agak menarik, apatah lagi separuh ganjaran akan dibayar terlebih dahulu, maka ketua kumpulan dan geng-geng berkenaan menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh hartawan berkenaan .

Mengapa Azmin dan Dr Rani Tidak Ada Dalam Senarai Exco?

Mohd Sayuti Omar
Hari ini setelah lebih dua minggu pilihan raya berlalu kerajaan Selangor terbentuk dengan rasminya apabila 10 orang Exconya telah selamat mengangkat sumpah. Mungkin semua orang lega terutamanya Khalid Ibrahim yang mengangkat sumpah lebih awal sebagai MB, tetapi masih belum memanggil mesyuarat Exco kerana 'kelewatan' pembentukan barisan majlis mesyuarat Kerajaan Selangor.

Namun pun begitu, ada sesuatu yang boleh dipertikaikan disebalik pembentukan kerajaan Selangor itu. Mungkin orang akan bertanya, (atau tidak mahu bertanya), mengenai kedudukan Mohamed Azmin Ali dan Dr Rani Osman, mengapa mereka tidak termasuk dalam senarai Exco? Apakah nama mereka tidak disenarai oleh parti atau mengapa?

Tidak mungkin parti PKR dan PAS tidak menyenaraikan nama mereka. Mereka berdua adalah Pengerusi Perhubungan parti masing-masing di Selangor. Dr Rani ialah Pesuruhjaya PAS Selangor manakala Azmin ialah Ketua Perhubungan PKR Selangor.

Boleh jadi parti telah menyenaraikan nama mereka, tetapi ada pihak yang tidak mahukan mereka? Siapakah yang tidak mahukan mereka dan apakah sebabnya? Pemerhati politik tentu ingin mengetahuinya. Kita tahu untuk penjawat MB dan Exco ia memerlukan perkenan Sultan. Sekiranya Sultan tidak berkenan maka mereka tidak dapat menjadi MB atau Exco. Di sini menunjukkan Sultan berkuasa sama dalam pembentukan kerajaan sesebuah negeri seperti Selangor itu.

Apabila tiada nama Azmin dan Dr Rani ini menunjukkan sultan tidak merestui mereka?

Timbul persoalan apakah kuasa dan peranan Sultan sejauh itu sekali? Apakah kuasa sultan mengatasi kuasa parti politik dan cara itu tepat dan benar? Maksudnya Sultan boleh menafikan apa-apa cadangan yang dibuat oleh parti? Apa yang berlaku ini menunjukkan begitulah hakikatnya. Ini bermakna sehebat mana kuasa parti, sekuat mana kuasa parti kalau, Sultan tidak memberi perkenan maka seseorang yang ditunjuki parti itu tidak boleh memegang jawatan MB atau Exco. Apakah erti dan makna semua ini?

Kelakuan ini juga boleh menolak kebimbangan tidak berasas sesetegah pihak sebelum ini yang telah menerima dakyah pihak-pihak tertentu. Kononnya sekiranya Pakatan Rakyat menang, negeri ini akan dikuasi oleh orang Cina. Dengan apa yang berlaku ke atas Azmin, Dr Rani dan Husam Musa di Kelantan itu, menjelaskan bahawa kuasa 'penuh' dalam menentukan ketua kerajaan terletak di tangan sultan? Maknanya selagi sultan tidak bertukar menjadi Cina atau India maka selama itulah penguasa atau pentadbiran negara ini orang Melayu.

Kalau begitulah yang menjadi amalan dan peraturan digunapakai elok kalau sebelum menamakan calon untuk bertanding dalam pilihan raya parti kena mengemukakan calon-calon mereka kepada sultan terlebih dahulu untuk mengetahui akan sultan berkenan atau tidak. Ini penting bagi mengelakkan hal-hal yang sudah berlaku itu terjadi.

Kerana kalau sultan tidak memberi perkenaan, calon-calon yang dibayangkan untuk jadi MB atau Exco oleh parti yang menang tidak akan dapat dilaksanakan kerana mereka yang dicadang itu tidak mendapat perkenan sultan. Ini menjelaskan dalam apa juga perkara perkenaan sultan diperlukan.

Di sini semacam ada pertindihan kuasa dan konflik dalam demokrasi? Sepatutnya mana-mana parti yang menang dengan mendapat majoriti berhak menamakan sesiapa di kalangan anggotanya untuk menjadi MB atau Exco. Kalau hak parti itu sudah tidak dihiraukan lagi, maka elok dipinda undang-undang atau peraturan semua nama-nama calon yang akan bertanding dalam pilihan raya mestilah mendapat perkenaan sultan. Biarlah kedudukan ini jelas bagi mengelakkan kekeliruan dan timbul pertanyaan umum.

Pertindihan atau konflit demokrasi serta situasi begini bukan baru. Ia juga pernah berlaku sebelum ini. Sudah sampai masanya satu mekanisme diambil bagi mengelakkan situasi sebegini yang tidak membantu menyuburkan demokrasi negara ini. Pertindihan ini perlu dilengsaikan dan diselarikan, iya kalau semuanya diserahkan kepada sultan dan raja sebutlah biar terang.
http://msomelayu.blogspot.com

Apabila Tomboy lahirkan bayi

TKOOffline
Dua istilah Tomboy dan Pekit, entahlah setahu saya tomboy ini sekadar berkawan dengan lelaki tapi tiada pergaulan bebas, manakala pekit pula akan melakukan seks tanpa nikah.

Saya terbaca berita semalam tomboy melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, berseorangan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa.

Saya menjadi tanda tanya, apakah rupa bentuk sosial masyarakat Malaysia sekarang di bawah kepimpinan UMNO @ BN? Saya menjadi takut untuk masa depan anak-anak saya, saya juga merasai bimbang akan masa depan kaum kerabat saya. Adakan UMNO @ BN mampu untuk menjamin satu masyarakat yang benar-benar sejahtera dilahirkan di negara ini??

Apa sebenarnya pimpinan UMNO @ BN buat kepada negara ini sehingga banyak sangat perkara yang pelik dan tidak terfikir dalam akal boleh berlaku. Kalau sayangkan bangsa kita, buanglah UMNO @ BN.

Keluhan saya adalah berdasarkan berita di bawah ini:-

Seorang wanita tomboy terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, berseorangan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa.

Di fahamkan, ketika kejadian wanita itu secara tiba-tiba terasa hendak bersalin dan beliau bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.

Bagaimanapun wanita yang berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.

Akibat masaalah songsang, bayi lelaki beliau gagal diselamatkan setelah kaki bayi itu terkeluar terlebih dahulu dan menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.

Menurut sumber, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.

“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.

“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.

“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.

Sumber menambah, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.

“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.

“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.

Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.

“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.