"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guna Ku Li untuk jatuhkan Najib

PETALING JAYA: Seorang blogger mencadangkan satu kaedah untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno yang dijadual Oktober depan.
Mohd Sayuti Omar dalam blognya Merah Tinta MSO di antara lain menulis, formula ini boleh digunakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Memandangkan Anwar sendiri tidak boleh bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno kerana beliau kini berada di luar parti itu maka orang yang paling sesuai ialah Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra disebut Ku Li.

“Anwar dan Pakatan boleh memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk berdepan dengan Najib untuk jawatan tersebut. Ini bermakna Anwar dan Pakatan harus bersekongkol dengan Ku Li,” terangnya.

Menurutnya, masalah kouta pencalonan 30% untuk bertanding kerusi presiden bukan menjadi masalah lagi. Sistem pemilihan baru seseorang yang hendak bertanding jawatan apa saja dalam Umno tidak lagi terikat dengan kouta.

Ujarnya, “sikap keterbukaan atau tranformasi di dalam Umno inilah yang kini membimbangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Umno lain.

“Masing-masing sudah memberi signal agar jawatan tertinggi dalam Umno jangan dipertandingkan. Macam-macam alasan diberikan semuanya untuk menyelamatkan Najib di atas takhta.

“Pun begitu pandangan itu berbelah bahagi kerana ada yang mahukan semua jawatan dipertandingkan untuk melihat demokrasi benar-benar wujud di dalam Umno,” katanya lagi.

Janganlah terkejut jika...

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ramai yang terkejut dengan sikap tidak mengenang budi sesetengah pihak, walhal perkara ini ada disebut di dalam al-Quran:

“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.” (Surah Yunus : ayat 12)

Ketika beramal, usahlah mengharapkan orang yang dibantu kita akan mengenang budi atau berterima kasih kepada kita.

Semasa beramal, buangkan harapan bahawa orang yang menerima bantuan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bahawa kita pernah membantunya.

Jangan sesekali mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu, dalam apa jua keadaan - terutamanya dalam keadaan kita memerlukan pertolongan semula.

Ingatlah beramal dan berbuat baik adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Asalkan kita sentiasa beringat bahawa beramal adalah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang tidak mengenang budi, tidak membalas atau membalas dengan nilai jahat tidak akan dapat melukai hati kita.

Dalam al-Quran juga disebutkan bahawa jangan mengharapkan apa-apa balasan daripada orang yang dibantu.

“(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih. (Surah al-Insan: ayat 9)

Ingatlah juga, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.

Jika anda memahami bahawa semua makhluk adalah ciptaan Allah, maka anda akan faham bahawa Allah yang akan menilai perbuatan kita dalam membantu makhluk ciptaannya dan bukan orang yang kita bantu.

Jangan berasa susah hati sekiranya tongkat yang diberi sebagai bantuan kepada seseorang akhirnya digunakan untuk memukul kita.

Apa yang nak disedihkan, sedangkan manusia sendiri ramai yang tidak tahu bersyukur terhadap Allah, jadi apakah layanan balasan yang kita nak harapkan? Sekadar renungan.

SENYUM.

Rosmah dinobat wanita paling berkuasa di M'sia


Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menggungguli senarai "10 Wanita Paling Berkuasa di Malaysia" yang dimuatkan di the Star hari ini.

Dalam senarai yang tidak dinyatakan dikeluarkan oleh pihak mana itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhbar Aziz mengikuti rapat di tempat kedua.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat turut termasuk dalam senarai itu, iaitu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kedudukan kelima), anggota Parlimen Subang Jaya Hannah Yeoh (keenam) dan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok (ketujuh).
NONEMuncul di halaman 5 akhbar milik MCA itu, senarai itu yang disiarkan penuh satu muka, tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia berbentuk advertorial atau sebahagian daripada kandungan redaksi.

Menurut keterangannya, senarai itu dipilih daripada 1,000 calon merangkumi tujuh kategori iaitu kekayaan, perniagaan, gaya hidup, NGO dan kesukarelaan, politik serta teknologi.

"Untuk menentukan kedudukan antara setiap kategori, dan kedudukan keseluruhan dalam senarai 10 teratas, kami menggunakan tiga kayu ukur: wang, kemunculan di media dan impaknya," menurut keterangannya.
-malaysiakini-