"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pandangan Haron Din Berkenaan “Zikir Sambil Menari”

Saya mendapat edaran video youtube tentang satu acara zikir macam menari serta dirasuk. Saya rasa ini adalah satu daripada tariqat. Tapi oleh kerana isu terkini adalah syiah ramai yang komen pasal syiah. Saya pun sebenarnya tak mahir, tapi suka saya sertakan satu pandangan daripada orang yang lebih berkolehan mengulas dalam hal ini. Saya tak arif saya lebih suka berdiam diri.
Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Wallahu ta’ala a’lam.

Timbalan Mursyidu Am PAS

Bantu Husam di peringkat nasional, redakan politik Kelantan

ZULKIFLI SULONG
Peristiwa Datuk Husam Musa (gambar) tidak menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan disifatkan sebagai kesedihan yang membawa tuah untuk tokoh berkenaan dan juga PAS sendiri, kata bekas Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Menurut veteran politik Kelantan itu, Husam sangat bernilai untuk PAS dan salah satu calon yang layak untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

"Oleh itu, bagi saya peritiwa dia tidak menjadi exco adalah blessing in disguise kepada dia dan kepada PAS. Datuk Husam boleh memberikan tumpuan kepada politik di peringkat nasional sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider. Selepas menjadi Exco utama kerajaan negeri Kelantan sejak 2004, Husam yang juga Naib Presiden PAS tidak terpilih dalam barisan kabinet Kelantan yang baru di bawah pimpinan Datuk Ahmad Yakub.

Ia berlaku selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatannya sebagai menteri besar (MB) Kelantan.

Pelbagai tafsiran diberikan kepada peristiwa ini namun Wan Rahim mahu melihat ke depan dengan semua apa yang berlaku itu.

Wan Rahim adalah setiausaha politik pertama kepada Nik Aziz apabila mula menjadi MB Kelantan selepas PAS dan Semangat 46 menang Kelantan pada 1990.

Ketika beliau menjadi Setiausaha Politik, Husam adalah Setiausaha Akhbar MB Kelantan itu.

Peranan Wan Rahim sebelum PAS berjaya mentadbir Kelantan iaitu pra-1990 adalah besar dan berterusan sehinggalah PAS mula-mula mentadbir Kelantan sehingga kini.

Menurut Wan Rahim, rakannya dalam DAP dan PKR melihat Husam antara calon yang layak untuk menggalas tugas besar untuk negara.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak membantu Husam untuk melaksanakan tugas di peringkat nasional pula dan memberikan peluang untuk tokoh baru yang sedang mentadbir Kelantan sekarang.

"Husam ini sangat istimewa yang pernah dilahirkan oleh Kelantan. Dia adalah material Perdana Menteri dari Kelantan," kata Wan Rahim yang memohon Husam dibantu dan kerajaan negeri Kelantan distabilkan.

Beliau bimbang ekoran pertelingkahan dan perbezaan pendapat berterusan di Kelantan dan di kalangan PAS sendiri ekoran Husam tidak dilantik menjadi Exco.

"Zaman kita sudah berlalu. Biarlah mereka yang baru ini mentadbir Kelantan pula. Semua mereka yang ada itu adalah pemimpin post-1990," kata Wan Rahim memberikan gambaran terhadap pemimpin kerajaan negeri Kelantan sekarang.

Untuk pemimpin yang seangkatan beliau sendiri, Wan Rahim berkata, beliau sedang usahakan supaya mereka boleh membantu kerajaan negeri yang ada.

"Saya bercadang untuk tubuhkan kelab veteran PAS Kelantan. Kita ada Datuk Halim Abdul Rahman, Abdul Fatah Harun, Datuk Haji Omar Mohamad, Haji Hashim Omar dan lain-lain.

"Kita cadangkan tubuh kelab veteran untuk bantu pemimpin kerajaan negeri yang ada sekarang," katanya.

Jika Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub bersetuju, Wan Rahim mencadangkan pertemuan regular dan formal diadakan sebulan sekali.

"Kita boleh jumpa MB sebulan sekali misalnya untuk memberikan pandangan dan bertukar-tukar fikiran. Dengan cara ini, kita boleh membantu, bukan hendak rebut apa-apa jawatan lagi.

"Biarlah mereka yang uruskan, kita membantu menasihat sahaja," katanya.

Amy Search dengan jubahnya…

laniismaa
Kau ada? Apa? Jubah!!
Gambar Amy Search, penyanyi tersohor yang masuk Umno sebelum PRU lalu untuk dikongsikan. Amy dengan penampilan berjubah, agaknya di sebuah masjid, berbeza dengan seluar sempit yang selalu dilihat sebelum ini.
Amy_Search1
Kalaulah Nabila Huda boleh meniru bapaknya seperti ini…

Cuma cuba lihat gambar keempat, kenapa Amy tak berada bersama syeikh-syeikh di bahagian hadapan, kenapa pula dia di belakang!!

Mudah-mudahan Amy ansur-ansur lupalah dunia seluaq sempitnya dan dunia ‘pewitt’ sebelum ini. Dah 50-an kan!! -  Lagi.MY