"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi Kisah Penyokong Tegar Umno Meluahkan Rasa Bosan & Meluat Dgn Cara Najib

omakkau!!!

Lagi kisah penyokong tegar Umno meluahkan rasa bosan dan meluat dengan cara Najib Razak urus tadbir negara.


Seorang pemegang akaun laman sosial FB yang mengaku memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO peringkat cawangan .. satu keluarga penyokong cukup tegar mendakap perjuangan UMNO dan berkempen keras untuk kemenangan UMNO/BN pada PRU 13 lalu telah mula melahirkan rasa marah dan berangnya kepada Najib Razak atas cara beliau mengurus ekonomi negara.


Bagi dirinya pengumuman GST 6% mulai tahun 2015 dia boleh terima, kenaikan harga gula sampai dihapuskan subsidi sampai meningkat naik 35 sen sekilo dia masih boleh terima , bila harga petrol dan diesel naik 20 sen seliter dia sudah mula naik resah dan bengang, tapi apabila Najib dah sahkan bahawa harga tol tetap jua naik mulai Januari 2014 maka disitu kesabarannya sudah dicabar.

Kenaikan tol sebagai menyeksa rakyat yang terpaksa menggunakan jalanraya bertol untuk berulang alik ke tempat kerja.

Amaran telah dikeluarkan .. kalau Najib Razak berterusan dan kekalkan gayanya mengurus ekonomi negara dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan maka silap hari pada PRU 14 nanti dia langsung sebelah mata tidak akan pandang kepada UMNO/BN.

Masih ada pemimpin UMNO berkata sokongan rakyat kepada UMNO/BN lansgung tidak terjejas walaupun harga barang dan perkhidmatan naik mencanak tinggi sampai rakyat cukup tertekan macam nak mati?

Apa guna berbicara sekadar untuk memujuk dan menyejukkan hati sedangkan realitinya pada PRU 14 nanti Insya Allah UMNO akan mati!!!!!

Hong Leong Bank zalim

Jingga 13 Johor hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau Pengurusan Hong Leong Bank yang bertindak zalim serta melampaui batas kemanusiaan terhadap 45 orang kakitangannya yang mana 27 orang dari mereka telah diberhentikan kerana tidak mahu mematuhi arahan pemindahan fasa 2 penghuban dan pemusatan oleh institusi perbankan berkenaan yang disifatkan sebagai menzalimi kakitangan tersebut.
Pengurusan Hong Leong Bank telah memberikan pelbagai tekanan kakitangannya yang menolak tawaran tersebut agar mereka meletak jawatan secara sukarela. Antara tekanan yang telah diberikan kepada mereka yang menolak arahan pemindahan tersebut termasuklah menafikan kemudahan untuk kakitangannya menunaikan solat.

Tindakan menafikan kemudahan beribadat bagi kakitangannya yang beragama islam adalah satu tindakan biadap dan kurang ajar serta tidak bertanggungjawab dari pihak pengurusan Hong Leong Bank bahkan tindakan Pengurusan Hong Leong Bank ini boleh dianggap mencabar institusi Raja-raja kerana Sultan/Raja adalah Ketua Agama Islam.

Tindakan pengurusan Hong Leong Bank jelas menunjukkan sikap angkuh mereka apatah lagi kegagalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot untuk menyelesaikan kes ini seolah-olah memberi "lampu hijau" kepada pengurusan Hong Leong Bank bertindak sesuka hati mereka sedangkan menteri berkaitan yang mempunyai kuasa untuk campur tangan dibawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk mengambil tindakan atau berkaitan bagi maksud penyelesaian pertikaian seperti dalam kes ini, sekurang-kurangnya dapat membela pekerja bawahan seperti ini yang jelas ditindas dengan rakus oleh majikan.

Isu penindasan Hong Leong Bank terhadap kakitangannya juga telah disuarakan beberapa kali oleh ahli parlimen namun masih tiada lagi tindakan dari mana-mana pihak terutama dari agensi kerajaan. Apakah ada kuasa atau individu yang berpengaruh dibelakang Hong Leong Bank sehinggakan Kementerian Sumber Manusia seolah-olah menikus dalam hal ini?

Jingga 13 Johor akan berbincang dengan NUBE untuk membawa perkara ini ke SUHAKAM sekiranya kementerian terbabit masih gagal memberi jawapan yang positif berhubung isu tersebut.

Campurtangan SUHAKAM perlu kerana tindakan pengurusan Hong Leong Bank telah melanggar hak asasi kemanusiaan. Jingga 13 Johor akan terus bersama NUBE akan terus mendesak kementerian untuk menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.

Mohamad Nazri Ismail
JINGGA 13 JOHOR

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri bidas, Prof Muhaya jawab

Suruh rakyat bersyukur, tetapi pemimpin?
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini membidas sikap sesetengah pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur rakyat sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus tadbir negara demi kelangsungan politik.

Menulis di dalam entri Facebooknya, Dr Asri menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku seperti ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana baginya mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri dan bukan untuk kepentingan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat.

"...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," katanya lagi./sinarharian
Prof Muhaya
Prof Dr Muhaya Mohamad
SHAH ALAM: Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap.

"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.

“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?

“Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.

“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya.

Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”/sinarharian