"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini kisah benar bukan cerita dongeng kanak-kanak

Beijing: Seekor kura-kura dilaporkan berjaya menewaskan arnab dalam pertandingan ski yang dianjurkan untuk haiwan peliharaan di utara China semalam.

Pelbagai jenis haiwan seperti kucing, anjing, ayam jantan dan itik saling bersaing ke garisan penamat di cerun bersalji di Hunan, lapor akhbar China News Service.

Seramai 40 pemilik haiwan dibenar meletakkan haiwan peliharaan mereka di atas peralatan ski atau luncuran salji.

Dalam keputusan yang tidak dijangka menyerupai kisah dongeng Greek, seekor kura-kura mengalahkan arnab dengan haiwan reptilia itu mendapat tempat ketiga secara keseluruhan.
Foto
KURA-KURA dan arnab bersaing sesama sendiri dalam pertandingan ski membabitkan haiwan peliharaan di Hunan, China, semalam.

Akhbar melaporkan arnab tewas kerana ia suka melompat dan tidak mematuhi arahan pemiliknya.

“Keadaan itu membolehkan arnab dipintas kura-kura,” lapornya.

Kura-kura yang biasanya dijangka berhibernasi ketika musim sejuk dilihat bergerak di atas peralatan ski pemiliknya.

Akhbar itu turut menyiarkan gambar seekor itik kuning memakai tali leher merah yang diberi sijil penghargaan kerana berjaya menamatkan perlumbaan. 
-AFP/hmetro-

BBC pun turut siar yang kita ada PM kangkung

Selepas menjadi bahan ejekan di Internet, sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kini menarik perhatian media antarabangsa.

Agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.

“Ketika kerajaan dikritik kerana peningkatan harga barangan asas seperti bahan api dan elektrik, beliau (Najib) pilih untuk ketengahkan pengurangan kos sayur kangkung,” laporan itu dipetik.

Laporan itu menyebut, perlbagai pendekatan diambil rakyat Malaysia sebagai reaksi kepada ucapan Najib itu, termasuk ratusan ribu tweet, pembukaan laman Facebook dan ciptaan remix komen perdana menteri di YouTube.

Selain itu, BBC juga melaporkan kewujudan lirik lagu popular dan tradisional selain penjualan kemeja-t sinikal dengan tulisan “Keep calm and eat kangkung” (bertenang dan makan kangkung).

Najib pada 12 Januari lalu dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.

“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Lagu Ini Khas Di Tujukan Kepada Datuk Seri Najib Serta Menteri Dan Timb. Menteri Hal Ehwal Pengguna


-selatanonline-