"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suasana Pengebumian Tentera Rejim Zionis (10 Gambar)

Tranungkite
Itulah yang kami rasakan bila saudara islam kami dizalimi. Baru satu nyawa puak mereka hilang dah terpekik terlolong dan menangis bagaikan hilang beribu-ribu nyawa. Tidakkah mereka terfikir apa yang mereka lakukan kepada rakyat Palestin selama ini?

Mereka menangis kerana mereka tahu apabila mereka mati, tiada apa-apa yang dijanjikan untuk mereka dalam agama yang mereka cipta, Yahudi Zionist. Mujahid islam mati adalah syahid dan dijanjikan Allah SWT tempat yang sebaik-baik tempat.

Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepadaMu ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis Yahudi dan sekutunya sedahsyat-dahsyatnya. Amin ya Allah.
mymediahub

Kes rogol beramai-ramai: Dua orang ini sedang dicari polis (Gambar)

Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah
Gambar suspek rogol beramai-ramai 
KOTA BHARU: Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya.

Ketepatan roket Hamas dan kegagalan Iron Dome Israel

rozmal
Satu artikel yang begitu menarik yang ditulis oleh wartawan perang yang juga merupakan veteran tentera Amerika Syarikat. Sekiranya roket Hamas mengenai sebuah fasiliti nuklear di Israel, ianya akan memusnahkan seluruh Israel.

Wartawan ini juga mengatakan peluru berpandu penangkis roket Israel “Iron Dome” adalah ketinggalan zaman, banyak melakukan kerosakan terhadap penduduk Israel sendiri, dan kini Israel bergantung kepada peluru berpandu dari Tentera Laut Amerika Syarikat. Teruskan berdoa, sahabat-sahabat ku sekelian.