"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno mahu tenggelamkan Kampung Sungai Jerneh yang berusia 200 tahun

MUHAMMAD FAIZAL 
KUALA LUMPUR: Walaupun Persidangan Agung Umno (PAU) yang lepas membincangkan isu membabitkan tanah bumiputera, namun parti yang dikatakan memperjuangkan hak bumiputera itu terus mengambil tanah rakyat dengan alasan pembangunan.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail berkata keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri Melaka mengekalkan untuk mengambil tanah rezab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

"Isu kehilangan 70 peratus tanah rezab Melayu menjadi topik hangat bermulanya Perhimpunan Pemuda Umno dan seterusnya Perhimpunan Agung Umno serta disebut Presiden Umno pada penggulungannya.

"Namun tindakan Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Umno Melaka mengekalkan usaha kerajaan mengambil tanah kampung ini sehari selepas PAU berakhir menampakkan penegasan mereka dalam Perhimpunan Agung UMNO hanya satu lakonan semata-mata," jelasnya kepada Harakahdaily.

Mohd Nasaie turut berkata, kampung Sungai Jerneh merupakan sebuah kampung yang berusia 200 tahun dan rumah-rumah di kampung tersebut telah dibina sejak tahun 1830 lagi.

"Kampung ini mempunyuai nilai sejarah tersendiri, di kampung inilah pahlawan Melayu Dol Said berkubu pada tahun 1832 selepas tewas dalam pertembungan dengan Inggeris di Tabuh Naning.

"Bagi Pemuda PAS, kerajaan negeri sepatutnya membangunkan kampung tersebut dan menjadikannya sebagai produk pelancongan sejarah di melaka.

"Usaha mesti dijalankan agar kampung ini diikhtiraf oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tapak warisan dunia, sebaliknya tindakan untuk membina empangan adalah tidak sepatutnya," sambung beliau lagi.

Beliau yang turut menggesa jika Kerajaan Negeri Melaka ingin meneruskan juga pembinaan empangan tersebut ia perlu dipindahkan ke lokasi yang tidak didiami penduduk apatah lagi perkampungan bersejarah.

Perkara ini disebut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun dalam berita Astro Awani.

'Dia Buka Seluar Dan Saya Melawan' - Mangsa Samun Yang Ditores Muka

Wajah Nur Shafiqa sebelum (kiri) dan selepas disamun.
KOTA BHARU: Mangsa samun bersenjata Nur Shafiqa Lah, 22, yang telah dikasari dan hampir dirogol oleh dua penjenayah dalam kejadian minggu ini, reda dengan nasibnya yang terpaksa meneruskan hidup dengan parut kekal di mukanya.

Mengimbas kembali pengalaman mengerikan di rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh pada Isnin, Nur Shafiqa berkata dia amat bernasib baik kerana salah seorang suspek meninggalkan bilik itu selepas dia dipanggil oleh rakan sejenayahnya yang berada di luar bilik.

"Lelaki itu telah membuka seluarnya. Saya melawan walaupun dia bersenjatakan pisau.

"Dia terus menumbuk muka saya dan saya dikelar dengan pisau.

"Saya fikir ia adalah satu pengakhiran dalam kehidupan saya sehinggalah rakan sejenayahnya memanggil namanya. Saya mengunci pintu selepas dia meninggalkan bilik dan mula menjerit meminta tolong dari tingkap.

"Perompak itu kemudiannya panik dan meninggalkan rumah," kata Nur Shafiqa kepada pemberita selepas ahli Puteri Umno Kelantan melawatnya, Rabu.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, dua perompak yang masuk rumahnya, menarik Nur Shafiqa keluar dari bilik air manakala ibunya Hat Tema Mat Zain, 58, telah diletakkan di bilik berasingan.

Suspek bertindak agresif selepas Nur Shafiqa enggan menyerahkan cincin emas dan telefon bimbitnya.

Dia luka dan lebam pada muka dan tangan serta menerima jahitan.

"Tidak ada cara untuk memadam kesakitan, penderitaan dan trauma yang saya alami.

"Saya tidak dapat melupakan kejadian itu.

"Ia adalah pengalaman yang paling teruk dalam hidup saya, dan saya juga bimbang mengenai kos menghilangkan parut pada muka saya," katanya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, serangan itu dilakukan oleh penagih dadah yang terdesak dan tidak ada kaitan dengan dendam seperti yang tersebar di media sosial.

"Kami telah mengenal pasti penyerang itu dan mereka adalah samseng semata-mata dengan niat untuk merompak bagi memenuhi keperluan mereka yang terdesak," katanya, Rabu.

Mazlan berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa Nur Shafiqa menjadi mangsa dendam.

Antara dakwaan yang dibuat di media sosial termasuklah bekas teman lelaki Nur Shafiqa merupakan dalang di sebalik serangan itu. Beliau dilaporkan telah putus cinta dan bertunang dengan lelaki lain.

Pada Rabu, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada keluarganya bagi pihak sayap Umno.
-mstar-

Gelaran 'Datuk Seri' Yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik balik oleh istana Selangor

SHAH ALAM: Gelaran Datuk Seri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianugerahkan padanya pada 1992 ditarik balik oleh istana Selangor.

Penarikan balik itu berkuat 3 November.

Kenyataan istana menyebut, pembatalan darjah kebesaran itu dibuat atas alasan Anwar mempersoal kewibawaan dan kuasa sultan dan institusi raja ketika krisis menteri besar sebelum ini.

"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran ini," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Semakan di laman web darjah kebesaran negeri mendapati, penarikan balik itu diwartakan pada 20 November.

Ketegangan dengan istana itu muncul apabila PKR sebelum ini bertegas untuk menamakan seorang calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun istana mahukan lebih nama.

PKR mencalonkan presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail walaupun istana akhirnya memilih timbalannya Azmin Ali sebagai menteri besar baru.