"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib akan diburu bila tewas p'raya - Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin bahawa langkah penstrukturan semula 1MDB tidak akan berjaya mendapatkan semula wang firma itu yang hilang.

Beliau juga meramalkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan diburu dengan pelbagai tindakan mahkamah selepas ini.

“Terlalu banyak bukti mengenai usaha menyembunyikan kebenaran oleh ahli politik dan penjawat awam.

“Apabila Najib tewas, dan saya pasti beliau kalah dalam pilihan raya akan datang, tindakan mahkamah yang akan menyusul tidak akan dapat ditahan lagi.
-malaysiakini-

Zahid gesa anggota kabinet yang tak sokong Najib letak jawatan sebelum dipecat

zahid-hamidi_Menteri-Kabinet_600PUTRAJAYA: Menteri Kabinet yang telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletak jawatan sebelum dipecat.
Gesaan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ditujukan kepada anggota kabinet yang dilihat lantang mengkritik Najib berhubung skandal 1MDB.

“Jika ada dalam kalangan kabinet yang hilang kepercayaan atau mempertikai keputusan apatah lagi di tempat terbuka dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

“Maka tentu cara terhormat dengan melepaskan jawatan tanpa diminta melepaskan jawatan kerana telah hilang persetujuan (terhadap isu 1MDB).

“Saya tidak fikir kena tunggu Perdana Menteri buat keputusan pemecatan atau penyingkiran,” katanya semasa sidang media di Kementerian beliau pada Khamis.

Naib Presiden UMNO itu berkata, kuasa melantik dan memecat anggota kabinet adalah hak mutlak Najib.

Sehubungan itu, setiap anggota kabinet wajib bersetuju dengan setiap keputusan Perdana Menteri termasuklah isu 1MDB.

“Kuasa melantik kabinet adalah kuasa mutlak Perdana Menteri, malah kuasa memecat juga kuasa Perdana Menteri tetapi kabinet wajib bersetuju dalam setiap keputusan,” katanya.
-fmt-

Wanita nyaris maut telan spatula

Chinese woman
China: Seorang wanita hampir maut gara-gara tindakannya memasukkan spatula sepanjang 30cm yang digunakan di dalam dapur ke dalam kerongkongnya.

Guan Hsuing, 31, berbuat demikian selepas kerongkongnya bengkak akibat alahan ketika dia mencuba resepi baru iaitu masakan eksotik herba dan rempah.

“Saya ingat pesanan orang tua-tua bahawa bengkak itu dapat diubati dengan memasukkan sesuatu ke dalam kerongkong,” katanya.

Guan turut memasukkan jari ke dalam kerongkongnya namun gagal, kemudian dia memasukkan pula tiga batang chopstick, juga gagal.

Selepas usaha berkenaan gagal, dia memutuskan untuk memasukkan sesuatu yang lebih besar iaitu spatula.

Namun Guan menjadi panik apabila spatula itu tersekat di kerongkongnya hingga menyebabkan dia mengalami masalah untuk bernafas.

Dia dikejarkan ke hospital dan ketika tiba di situ, doktor menyangka Guan mengalami masalah mental dan mereka kemudiannya menjalankan pembedahan segera.

Ketika doktor menarik keluar spatula itu, saluran oesophagus Guan mengalami kecederaan teruk hinggakan mereka terpaksa membuat saluran baru menggunakan usus untuk menghubungkan oesophagus dengan perut.

Dalam pada itu, pakar bedah yang terlibat dalam pembedahan berkenaan, Xiao Pu, memberitahu kes itu berlaku sekali dalam 50 tahun, atau mungkin 100 tahun./klpost