"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sekarang mala petaka besar itu berlaku lagi ke atas kita

Dinsman
Dulu saya menolak hujah Dr Mahathir yg mengutama-kan ekonomi dg mengatakan apabila ekonomi kita maju maka dengan sendirinya akan majulah juga budaya kita; kerana dunia akan hormat budaya kita apabila ekonomi kita maju. Saya kata kita mesti juga berusaha memajukan budaya kita serentak dg usaha kita memajukan ekonomi, kerana kita sebenarnya memerlukan kemajuan budaya utk memajukan bangsa kita.

Peristiwa Gawat Kewangan Asia 1997 membuktikan teori pembangunan Dr Mahathir itu salah. Dlm buku "Gawat: Gagalnya Formula Mahathir" (1998) saya tegaskan: sekiranya budaya turut dibangunkan serentak dg pembangunan ekonomi nescaya kesan kegawatan 1997 itu tak akan seteruk itu.
Dan sekarang mala petaka besar itu berlaku lagi ke atas kita. Sebab apa? Saya katakan sebab kita keterlaluan berpolitik dan percaya kp politik lebih drp apa-apa. Kita sebenarnya perlukan kp Tekad Budaya (Cultural Will).

Sistem apakah yg diamalkan masyarakat kita yg membenarkan pemimpin politik kita mencuri dan merompak wang rakyat sedemikian banyak, dan dlm masa sama rakyat ditipu, ditindas dg segala macam beban cukai dan barangan mahal, dan para pemimpin kita dlm segala bidang termasuk agama semuanya akur saja kp apa pun yg dibuat Perdana Menteri dan isterinya itu?

Itulah yg saya katakan kita keterlaluan percaya kp sistem politik dan kita berpolitik berlebih-lebih. Terbukti kita memerlukan Tekad Budaya utk mengimbangi kerakusan kuasa dan pengaruh politik itu.

Mungkin Mahathir sedang berbicara panjang dengan Muhyiddin

Mohd Sayuti Omar

ILUSI
Barang kali sebaik sahaja Jawatankuasa Khas yang menyiasat dakwaan WSJ berhubung berlaku pengaliran wang 1MDB sebanyak USD600 juta mengumumkan enam akaun milik orang tertentu yang dipercayai kepunyaan Najib Razak dibekukan semalam, Dr Mahathir Mohamad terus menghubungi Muhyiddin Yassin.

"Hallo, Muhyiddin, ni Mahathir.."
"Iya Sir..."

Mungkin dalam percakapan itu Mahathir meminta Muhyiddin bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Najib. Buat permulaan ialah memangku jawatan perdana menteri.

"You kena siap sedia.."

Iya, sekiranya siasatan selanjutnya menemui bukti lebih jelas bahawa akaun yang dibekukan itu sah milik Najib tidak teragak-agak lagi Najib dengan penuh sukarela perlu berundur secara sukarela atau pun setidak-tidaknya bercuti. Kalau beliau bercuti Muhyiddin akan dilantik menjadi pemangku perdana menteri.

"I am, ready sir..."

Reputasi Najib ketika ini sangat buruk dan ia membusuk bukan sahaja maruah keluarganya, tetapi negara juga.

Seperti mana kata Mahathir isu Najib dengan isu 1MDB mengotorkan negara ini.

Kebusukan yang diruapkan oleh Najib bukan sahaja menyumbat lubang hidung pemimpin parti pembangkang, tetapi ikut sama memasuki ke lubang hidup pimpinan dalam kerajaan sendiri. Hampir 50 peratus menteri Kabinet dari semua fraksi sudah mulai sangsi kepada Najib.

Pendedahan dibuat oleh jawatankuasa khas itu menyebabkan para pembela Najib tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka dengan sendiri kena menghentikan "senanam duduk bangun, bangun duduk" mempertahankan Najib. Boleh jadi juga Haron Din dan Haji Hadi turut termenung dan mengeluh panjang. "Khalaf..."

Yang menganggotai jawatankuasa itu bukan sembarangan. Ia terdiri daripada Peguam Negara, Ghani Petail, Gebenur Bank Negara, Zetti Aziz, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dan Pengerusi SPRM Abu Kassim. Semuanya bertaraf negara belaka.

Mungkin ramai orang sedang menanti apa komen Salleh Said Kuak, Bung Mokhtar, Abdul Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Shahrir Abdul Samad, Annuar Musa, Musa Aziz, Syed Ali Al Abasi dan lain-lain berhubung pembekuan enam akaun itu.

Sehingga jam 6:12 minit petang ini belum ada apa-apa komentar daripada mereka. Tampaknya mereka masih berpuasa tanpa sahur mengenai hal ini. Yang ada hanya dari ketua Perkasa(m) Inchek Ibrahim Ali yang meminta bersabar menunggu siasatan lanjut dan dalam masa sama menghentam pemimpin DAP dan PKR, serta mengecualikan pemimpin Pas, kerana katanya dia ada hajat dengan Pas. Masa bertahlil di rumah Tengku Razaleigh Hamzah kelihatan rapat benar dia dengan bekas Setiausaha Agung Pas. Ketawa bergrekek.

Berbalik kepada kemungkinan Mahathir menghubungi Muhyiddin tadi, mungkin juga Mahathir minta TPM datang berjumpanya malam ini. Kalau malam kelmarin Najib mengadakan perjumpaan sulit bagi membincang masalahnya, mungkin malam ini giliran Mahathir pula. Mahathir akan mejadi lead merangkakan tindakan seterusnya bagi pihak Muhyiddin.

"You free tak malam ni?'
"What time sir.."

Jaga-jaga dan pakat lihat malam ini ke mana orang-orang seperti Shafei Afdal, Ahmad Zaid Hamidi, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, Annuar Musa, dan beberapa yang lain berbuka puasa atau pun berqiamulail untuk menanti "lailatu qadar." Sama-sama pakat perhatian. Dan jika Khairy ikut sama, ia satu perkembangan baru dalam pembentukan kerjasama Mahathir dengan pemuda pimpinan Khairy.

Esok atau lusa pasti akan ada satu kenyataan bersama menggemparkan dikeluarkan meminta Najib Razak bercuti dan mendesak supaya Muhyiddin memangku jawatan Perdana Meteri. Kita tunggu. Tentunya desakan itu sepadu dengan permintaan gabungan ahli pembangkang yang berhimpun di atas tangga parlimen hari ini yang mahu Najib bercuti.
-http://msomelayu.blogspot.com/

Berani atas kebenaran demi negara - Husam Musa

Husam Musa
Terpegun dan bangga – itu perasaan saya selaku rakyat Malaysia pada hari ini, bila kenyataan bersama daripada 4 agensi tonggak dikeluarkan tengah hari ini.

Sudah lama perasaan itu hilang daripada diri saya memikirkan keadaan negara kita yang bertambah buruk dari hari ke hari.

Institusi dan instrumen negara seakan hilang integriti dan jati diri berhadapan dengan kemelut pemimpin politik.

Rasanya, itulah juga perasaan yang dikongsikan oleh ramai rakyat Malaysia.
Hari ini, saya merasa sangat bugar.

Masih ada sisa keberanian atas kebenaran demi negara.

Duduknya 4 peneraju daripada Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bersama mengeluarkan kenyataan yang begitu ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia – memberikan sinar baharu. Ia sudah satu keberanian.

Kenyataan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz selaku gabenor Bank Negara amat dinantikan atas isu penyaluran dana dan akaun-akaun yang didakwa – yang menjadi bidang tugasnya.

Diamnya Bank Negara seakan mengizinkan kesalahan dilakukan atau orang tertentu dizalimi dengan tuduhan yang tidak benar.

Ketelusan dan keteguhan menjunjung kepentingan negara dibimbangi dikorbankan kerana pihak yang terlibat adalah ketua eksekutif Malaysia.

Hari ini, kami menyambut kenyataan bersama ini. Ia menunjukkan tindakan-tindakan sudah diambil dalam tempoh sebulan yang lalu.

Bagi mana-mana yang terlibat dengan akaun-akaun yang dibekukan, jika anda merasa ada kesalahan dilakukan, usahlah mengambil masa yang panjang untuk tampil mengakui kesalahan itu dengan apa jua cara untuk mengelakkan negara menanggung krisis yang berpanjangan. –

* Datuk Husam Musa adalah bekas naib presiden PAS.