"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Husam Vs Zaharudin : I Dont Think So!

Dr Tanaka Mustafa
1) Saya melihat serangan Ustaz Zaharuddin terhadap Dato Husam agak kasar dan melebihi apa yang sepatutnya sebagai seorang yang jauh lebih muda terhadap seorang yang lebih tua. Orang akan nampak itu budak kurang ajar.
2) Mungkin Ustaz Zaharuddin sudah nekad bahawa biar kurang ajar dengan orang tua itu daripada membiarkannya merosakkan PAS Kelantan dan pentadbiran kerajaan negerinya.

3) Dato Husam pula mengambil jalan istiqamah mengkritik kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS, sehingga membuatkan beberapa pemimpin PAS tidak senang. Saya tidak pasti apakah faktor yang membuatkan mereka tidak senang.

4) Serangan Ustaz Zaharuddin turut mengaitkan kejatuhan Kedah bersebab Pharorazi ke atas kerja buat Dato Husam ke atas kerajaan PAS Kelantan pada pandangan saya agak tidak kena. Mungkin Beliau ada sumber keyakinan yang berbeza dengan saya.

5) Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah bukan kerana kritikan Pahrorazi. Bagi saya Pahrorazi bukan mengkritik, tetapi membuat satu pakatan untuk menjatuhkan MB ketika itu, kerana ada projek yang dimintanya tidak dilulus oleh MB tersebut. Mereka menyerang prebiadi MB itu sebagai garang, cengei, keras kepala dan sebagainya. Jesteru itu, sukar untuk pemimpin PAS menjawab isu garang, cengei dan keras kepala itu.

6) Berbeza dengan Dato Husam, dia tidak menyerang peribadi sesiapa. Dia mengkritik kerajaan PAS dengan beberapa isu, yang sepatutnya pemimpin PAS Kelantan berupaya menjawabnya dengan baik dan telus. Kegagalan menjawab akan memburukkan persepsi terhadap kerajaan Negeri dan PAS Kelantan khususnya.

7) Oleh itu saya rasa Dato Husam Kelantan tidak sama dengan Pahrorazi Kedah yang cuba dikaitkan dengan cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri. Be rational, Ustaz. Jangan disebab kebencian kepada seseorang, kita berusaha besarkan kesilapan kecilnya.

8 ) Manakala Dato Husam pula memberi respon mengaitkan Ustaz Zaharudin dengan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu. Maka dengan itu terhapuslah tuduhan-tuduhan mengenai adanya pengundi hantu, ketidak adilan persempadanan semula, SPR berat sebelah sehingga kerajaan PAS Terengganu jatuh. Semuanya kerana Ustaz Zaharuddin seorang!.

9) Umno sedang memulihkan kekuatannya. Pembangkang pula asyik hentam sesama sendiri. Saya yakin PRU14 ini BN akan menang lagi, dan PAS akan menyalahkan PAN dan PH, manakala PAN dan PH akan menyalahkan PAS. Najib akan isap vape bersama Rosmah dan menghembus asap ke muka kalian semua.

Sekian.

YB dan pegawai tentera ditangkap khalwat

Jakarta: Seorang wakil rakyat dari Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Arzeti Bilbina dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pegawai tentera selepas ditangkap berdua-duaan di dalam bilik hotel di Malang.

Arzeti, 39, bekas model dan kini dilantik menganggotai suruhanjaya di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengenai hal ehwal agama, sosial dan wanita.

Tentera Indonesia mengesahkan pegawai yang ditangkap bersama Arzeti adalah komander pemerintah daerah Sidoarjo, Risky Indra Wijaya.

“Maklumat ini benar dan kes ini disiasat oleh polis tentera di Malang,” kata jurucakap tentera, Muhammad Sabrar Fadhilah .

Polis tentera dilapor menyerbu hotel berkenaan pagi Ahad lalu selepas terdapat maklumat ada seorang pegawai yang sudah berkahwin berada di dalam bilik bersama seorang wanita.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke ibu pejabat polis tentera untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Arzeti mengakui dia bertemu Risky kerana urusan perniagaan, tetapi menafikan pertemuan itu berlaku di bilik hotel.

“Apa yang dilaporkan media sebelum ini adalah tidak benar dan suami saya juga mengetahui saya bertemu Risky,” katanya. - Agensi
hmetro-

Banyak ‘harum manis’ PAS tunggu masa gugur, kata Amanah Kedah

Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah mendakwa akan ada lebih ramai individu yang dikategorikan sebagai ‘harum manis’ dalam PAS, yang hanya menunggu masa untuk keluar parti itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Pengerusinya Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kumpulan itu dilabel sedemikian kerana daripada segi luaran mereka merupakan ahli PAS, namun di dalam hati, mereka lebih cenderung kepada Amanah.

“Ibarat buah mempelam yang harum manis, kulit luarnya hijau, isinya oren. Inilah istilah tepat yang ditujukan kepada kumpulan ini.

"Walaupun masih bergelar ahli PAS, mereka secara senyap menyokong Amanah tetapi belum bersedia meninggalkan PAS,” katanya sambil menambah, golongan harum manis ini juga dipercayai wujud di kalangan wakil rakyat parti Islam itu di Kedah.

Selain itu, Ismail dilaporkan berkata, ‘harum manis’ ini bukan saja di Kedah tetapi wujud di setiap negeri dan jumlahnya ramai.

“Mereka akan sertai Amanah dalam masa terdekat, tunggu masa sesuai. Malah, sudah ada yang berani sertai program secara terang-terangan.

“Golongan muda antara paling ramai menunjukkan minat. Kemungkinan wakil rakyat pun ada tunjuk kecenderungan,” katanya dipetik berkata kepada akhbar itu.

Ismail berkata, golongan terbabit terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang, serta peringkat, sama ada ahli biasa atau berjawatan.

Sinar Harian melaporkan beliau berkata, antara kekangan yang menghalang ahli PAS meninggalkan parti Islam itu ialah kenyataan dibuat pimpinan tertinggi parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berunsurkan ugutan atau mengelirukan.

“PAS cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan ancaman ‘kafir’ jika keluar parti, selain kenyataan yang menyebabkan ahlinya keliru atau terikat untuk berhijrah.

"Mereka yang bercadang untuk berhijrah, akhirnya terpaksa tunggu dan lihat, bagi tempoh tertentu, agar suasana lebih harmoni,” katanya dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, pertembungan antara PAS dan parti serpihannya, Amanah, memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu.

Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti harum manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.

Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar misalnya, mengakui beliau seorang ‘harum manis’ apabila rakan-rakannya dalam Amanah bertanya apakah pendirian sebenar beliau.
-malaysianinsider-