"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir sentiasa benci Anwar?

MUAMMAR QADDAFI

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) telah berkongsi aspirasi yang sama, harapan dan matlamat yang sama,iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Razak .Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) telah berkongsi aspirasi yang sama, harapan dan matlamat yang sama,iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Razak .

Walaupun keduanya bermula sebagai mentor dan mentee, permusuhan terbesar antara dua tokoh politik adalah diantara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, situasi ini bermula sejak pemecatan Anwar oleh Mahathir dari jawatan timbalan perdana menteri Malaysia pada tahun 1998.

Pada era reformasi, sehingga turunnya Mahathir dari kerusi Perdana Menteri, perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah mengesa Mahathir untuk letak jawatan. Itulah fokus serangan parti yang diasaskan selepas pemecatan Anwar pada ketika itu.

PKR percaya bahawa Anwar adalah mangsa fitnah politik kotor Mahathir terhadap Anwar, dalam membawa keadilan kepada Anwar, PKR bersama parti pembangkang lain berjaya mobilise ratusan ribu rakyat Malaysia untuk menekan Mahathir untuk berundur sehingga akhirnya Mahathir menyatakan hasrat beliau untuk berundur pada Jun 2002, setelah dipujuk dan dirayu pemimpin Umno Mahathir kekal sebagai PM selama lebih setahun dan kemudiannya menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003.

Disebalik segala serangan itu, Mahathir pula sentiasa menegaskan kepercayaan beliau bahawa Anwar bersalah dan sering kali ungkapkan bahawa Anwar adalah manusia yang tidak bermoral, bahkan sehingga 2017 Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataan ini bahkan sentiasa membayangkan kepada umum bahawa beliau masih percaya bahawa Anwar adalah insan yang tidak bermoral dan tanpa akhlak.

Permusuhan keduanya bagai tiada titik noktah, namun satu lembaran baru dibuka pada akhir tahun 2016, setelah hampir 19 tahun berseteru dan bermusuhan,Mahathir tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada bekas timbalan beliau Anwar, yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Pun begitu, apabila ditanya soal Anwar diluar kontek saman Anwar tersebut, Mahathir masih mengulangi pandangan buruk beliau terhadap Anwar, dan masih beranggapan Anwar adalah manusia yang tidak bermoral.

Ini menunjukkan, Mahathir masih benci dan anti Anwar, dari dulu hingga sekarang.

Namun, dengan kebencian yang jelas Mahathir terhadap Anwar, cukup menarik apabila semalam di Konvensyen PKR, individu yang bermusuhan dengan Anwar itu, telah menandatangani kempen BEBAS ANWAR yang mendesak pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim dari hukuman penjara yang beliau jalani dari perbicaraan penuh konspirasi Liwat II.

Mahathir telah letak ketepi kebencian beliau terhadap Anwar, dan sanggup hadir pada konvensyen "Parti Anwar", manusia yang waras perlu tanya diri sendiri, mengapa Mahathir bertindak sedemikian?

Mahathir percaya beliau tidak akan mampu menewaskan BN secara bersendirian, beliau yakin hanya melalui kerjasama politik dengan parti parti pembangkang, peluang untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional lebih cerah dan mampu dicapai.

Begitu juga Anwar, melihat pula dari sisi pandang beliau, mengapa beliau memilih untuk dipenjara, dan seterusnya memilih untuk "bersekutu" dengan Mahathir walaupun insan itulah yang telah menzalimi beliau, dan sentiasa memburukkan dan mengulangi fitnah terhadap beliau, Anwar tidak berkata tidak kepada Mahathir,tidak pula beliau merendah dan perkecilkan Mahathir bahkan tangan orang yang menzalimi beliau itu, disambut dengan penuh senyuman dan pengharapan.

Dalam kontek ini, Anwar dan Mahathir telah berkongsi aspirasi yang sama, harapan dan matlamat yang sama,iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan Najib yang setiap saat masa berlalu dalam pemerintahannya, bermaksud setiap satu kerosakan dan kebobrokan telah berlaku.

Anwar dan Mahathir, satu masa nanti pastikan akan diterus dikenang, walau apa juga keputusan perjuangan mereka ini, sebagai dua tokoh negarawan yang sanggup berkorban untuk negara.

Lelaki disimbah air panas, dibelasah akibat berzina dengan isteri orang.

FMT Reporters


PETALING JAYA: Seorang pemuda cedera parah selepas dibelasah dan disimbah dengan air panas oleh sekumpulan penduduk kampung di Selangor akibat berzina dengan isteri orang.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu yang dipetik China Press berkata, 7 suspek termasuk suami wanita itu ditahan polis untuk membantu siasatan selepas bapa mangsa berusia 58 tahun membuat laporan polis.

Katanya, siasatan awal mendapati 10 hingga 15 penduduk kampung membelasah pemuda itu dengan kayu dan rotan, selain menyimbahnya dengan air panas, selepas mendapati mangsa mengadakan hubungan dengan seorang wanita yang dalam proses bercerai dengan suaminya.

Somu berkata, mangsa berusia 25 tahun itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh bapanya yang ternampak sekumpulan orang kampung membelasahnya.

Katanya, mangsa yang cedera di muka, leher, kedua-dua bahu dan badan serta lecur kira-kira 12%, kini dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, 7 suspek termasuk suami wanita terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi talian 03-61574745.

Pemuda Amanah Kelantan desak Fattah Mahmood letak jawatan

ARIF ATAN

Hazmi HassanPemuda Amanah Kelantan mendesak Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Fattah Mahmood meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri itu.

Ketuanya, Hazmi Hassan berkata tuntutan itu relevan memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Panau itu seolah-olah tidak serius untuk memajukan Kelantan.

"Isu sampah, pengambilan tanah Lembah Binjai, masalah dialami 300 peniaga pasar malam Kubang Kerian dilihat seperti angin lalu sahaja di mata Exco kerajaan negeri.

"Tiada tindakan atau jawapan balas yang menunjukkan beliau serius untuk memajukan negeri Kelantan," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata, reaksi Fattah terhadap masalah yang dihadapi rakyat jelas tidak tepat dan meyakinkan sebaliknya hanya sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang menguntungkan beberapa kumpulan tertentu sahaja.

"Contohnya, isu pengambilan tanah Lembah Binjai kononnya diusahakan seorang anak tempatan yang dinobat sebagai CEO terbaik Malaysia 2016.

Fattah Mahmood"Walhal, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, CEO AGROBANK yang dinobatkan CEO terbaik Malaysia 2017 dan bukannya CEO AUEI yang dinyatakan Exco tersebut," jelasnya.

Akibatnya, kata Hazmi, ramai anak muda tercicir kerana sikap pilih kasih dan program yang cuma dikendalikan kelompok tertentu sahaja.

"Sudah tiba masanya portfolio berkenaan diserahkan kepada YB lain yang lebih muda seperti YB Ustaz Latif atau YB Zaki yang dilihat lebih sesuai untuk mengerakkan anak muda Kelantan," tambahnya lagi.