"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nenek 80 tahun disiasat rogol remaja


Palembang – Seorang nenek berusia 80 tahun disiasat selepas dituduh merogol seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sebanyak 10 kali.

Nenek yang dikenali sebagai Jowo itu didakwa memaksa remaja berkenaan yang juga jirannya datang ke rumah setiap kali suaminya keluar bekerja.

Setiap kali selepas merogol remaja berkenaan, Jowo memberikan wang sebanyak Rp15,000 (RM4.80) dan mengancam membunuh mangsa sekiranya hajatnya ditolak.

Bagaimanapun, tindakan nenek itu terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis Sabtu lalu.

Menurut ibu mangsa, anaknya kelihatan ketakutan apabila pulang ke rumah pada malam 6 Julai lalu.

“Selepas dipaksa saya terkejut dan hampir tidak percaya apabila anak saya memberitahu dia dipaksa nenek Jowo untuk melakukan hubungan seks.
“Lebih mengejutkan perkara itu sudah berlarutan sebanyak 10 kali.

“Saya sedih kerana kami dan nenek Jowo memang baik serta sudah menganggapnya sebagai keluarga sendiri,” katanya yang dipetik Tribunsumsel.com.

Sementara itu, jurucakap polis Palembang, Yon Edi Winara mengesahkan polis menerima laporan wanita itu dan sudah mula menyiasat kes berkenaan.
-kualalumpurpost

Video: Petarung MMA ‘tewas’ selepas bergelut dengan pak guard

Petaling Jaya – Seorang jejaka berbadan sasa akhirnya ‘tewas’ selepas bergelut dengan beberapa pengawal keselamatan di sebuah kondominium.

Jejaka tersebut, yang didakwa netizen sebagai seorang petarung sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) pada mulanya dilihat bertekak dengan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Subang Jaya sebelum bertindak menendangnya.

Tindakannya itu telah menyebabkan empat pengawal keselamatan lain segera ke tempat kejadian, sebelum mereka mengikat tangan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada polis.

Video insiden itu telah tular di media sosial dengan ramai yang berpandangan lelaki berbadan sasa berkenaan tidak wajar bertindak sedemikian kerana pengawal keselamatan berkenaan hanya menjalankan tugasnya.

Tidak cukup dikecam di ruangan komen, laman Facebooknya turut menjadi sasaran netizen untuk menyerang dirinya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Darriush Kha Lili, dipercayai lelaki dalam video tersebut telah tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut.Dalam penjelasannya, dia mengakui apa kesilapannya dan telah meminta maaf kepada pegawal keselamatan terlibat.

Bagaimanapun dia nampaknya bengang dengan individu yang merakamkan kejadian tersebut.

Berikut adalah paparan skrin penjelasan penuh yang didakwa netizen diberikan oleh lelaki tersebut. 
-mstar

Gandingan Dr M-Anwar cetus panik dalam Umno, kata Dzulkefly

FMT Reporters
PETALING JAYA: Dr Dzukefly Ahmad berkata menteri Umno menyerang Pakatan Harapan susulan pengumuman barisan kepimpinan gabungan itu kerana mereka tidak lagi melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang berdaya maju untuk parti pemerintah.

Merujuk kepada “keadaan panik” dalam Umno dan seraksi sebilangan menteri kanan, pengarah strategik Amanah menyifatkan serangan mereka sebagai “amat buruk” dan tidak selaras.

“Pengukuhan gandingan lagenda Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkagumkan mereka.

“Pakar strategi Umno dan ‘spin doctor’ mereka, termasuk penulis blog, terperanjat, oleh sebab itu kenyataan mereka tidak lagi teratur. Lebih teruk lagi cubaan ahli akademi mereka di menara gading mereka,” kata Dzulkefly.

Beliau menambah tuntutan terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas aset yang dibeli dengan wang yang dikaitkan dengan dana pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan sabitan jenayah terhadap ramai kenalan Low Taek Jho (Jho Low) dan pengakuan mereka di mahkamah Singapura, “menjadikan Najib pemimpin yang pincang dalam Umno dan BN”.

Dzulkefly berkata ketiadaan komen dari “menteri-menteri bijak” dari Umno, seperti Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Johari Ghani dan Datuk Nur Jazlan Mohamed, selepas pengumuman DoJ bulan lalu, menunjukkan mereka tahu tidak berbaloi lagi mempertahankannya.
“Lebih teruk lagi, Umno berdepan keretakan dalam parti. Ringkasnya, selepas 2 sesi mengetepikan pemilihan parti, deram-derum dan perasaan yang tersembunyi semakin bertambah. Keretakan dalam kepimpinan tertinggi Umno adalah rahsia terbuka.”

Menurut Dzulkefly, sumber dalam Umno mengatakan ada 2 jalur pemikiran mengenai tarikh mengadakan pilihan raya umum akan datang.

“Ketua-ketua bahagian yang berterusan menikmati faedah kewangan melalui “naungan politik” mahu melengahkan pembubaran Parlimen selama mungkin, iaitu sehingga pertengahan tahun depan.

“Bagaimanapun, pemimpin akar umbi lain yang menderita, seperti rakyat biasa, mahu pembangkang ditewaskan secepat mungkin. Justeru, Najib terbelah bahagi,” kata Dzulkefly, sambil menambah Najib terkenal “suka mengelak daripada mengambil risiko”.

Pemimpin Amanah itu berkata kegagalan PAS menarik sokongan akar umbi, meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk memikat kepimpinan PAS, memburukkan lagi keadaan Najib.

“Tidak ada penyelesaian dalam masa terdekat, dan keadaan ini amat menyeksakannya.”