"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO Sedia Hadapi Pilihan Raya Kecil Penanti


PULAU PINANG - Perhubungan UMNO Pulau Pinang sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, pada bila-bila masa, kata setiausahanya, Datuk Azhar Ibrahim, hari ini. Beliau yang juga ketua pembangkang berkata, sudah menjadi tanggungjawab setiap ahli UMNO supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil serta mengutamakan kepentingan rakyat dalam semua aspek. Azhar berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi berhubung isu kemungkinan ada pilihan raya kecil DUN Penanti dalam tempoh terdekat, berikutan peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga exco kerajaan negeri,Mohammad Fairus Khairuddin (foto), berkuatkuasa Rabu ini. Mohammad Fairus menjadi Adun Penanti pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu. Spekulasi mengenai pilihan raya itu dikuatkan lagi dengan penahanan Mohammad Fairus oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Imigresen Johor pada 25 Mac lalu, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan sebuahsyarikat kuari di Seberang Perai. Bagaimanapun SPRM membebaskan beliau selepas mengambil keterangan bagi membantu siasatan.

[UMNO tidak boleh terlalu mendabik dada untuk berhadapan dengan PKR di DUN Penanti. Harus diingat dalam pilihanraya kecil Permatang pauh yang lalu, Anwar menyapu bersih undi di kesemua DUN yang berada dalam parlimen itu. Undi rakyat di DUN Penanti juga cukup memberangsangkan sebenarnya. Masalah peribadi yang membelengu Fairus tidak semestinya menolak sokongan rakyat terhadap Anwar. DUN Seberang Jaya yang dimiliki oleh BN dulu pun berjaya di takluk oleh Anwar, masakan pula DUN Penanti yang sudah menjadi kubu kuat mereka. Justeru itu, DUN Penanti adalah kawasan hitam UMNO sebenarnya].   

http://pahangdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan: