"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suara Keamanan ganti Suara Keadilan sementara waktu- Tian Chua

PETALING JAYA: Bermula hari ini akhbar Suara Keamanan diterbitkan bagi menggantikan akhbar Suara Keadilan yang digantung oleh Kementerian Dalam Negeri dua minggu lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan Prti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, kepada mStar Online hari ini.

Bagaimanapun Chua menegaskan penerbitan akhbar tersebut bersifat sementara sahaja.

"Bermula hari ini akhbar Suara Keamanan akan menjadi akhbar rasmi kita secara tidak langsung. Penyokong PKR dan orang ramai boleh mendapatkannya dikedai-kedai kerana ia telah mula dijual sejak pagi tadi," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut Chua berkata parti tidak terlibat secara langsung dalam penerbitan akhbart tersebut kerana usaha penerbitan akhbar tersebut diusahakan oleh seorang individu yang merupakan penyokong setia kepada parti itu.

Difahamkan edisi pertama Suara Keamanan yang sudah berada dipasaran bermula hari ini masih mengekalkan konsep dan pendekatan politik yang sama seperti akhbar Suara Keadilan dan ia akan diterbitkan secara mingguan.

Chua yang juga ahli Parlimen Batu menjelaskan, PKR menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh individu yang disifatkan sangat setia kepada perjuangan PKR.

"Akhbar ini menjadi salah satu alat untuk kita salurkan maklumat terkini kepada ahli-ahli parti, lebih-lebih lagi menjelang tiga pilihan raya yang bakal menjelang 7 April ini.

"Kita lihat inilah langkah terbaik untuk mengatasi masalah penggantungan akhbar rasmi kita. Kita mahu ahli parti dapat maklumat terkini dan kita tidak mahu mereka terpengaruh dengan dakyah Barisan Nasional," katanya.

Namun demikian menurutnya, orang ramai dan ahli parti perlu faham ia bersifat sementara kerana Suara Keadilan akan kembali sebaik tamat tempoh penggantungannya.

"Kita telah menghantar surat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta sehari selepas menerima surat penggantungan. Kami (PKR) mahu mereka (KDN) melihat semula isu penggantungan akhbar Suara Keadilan," katanya.

Namun menurutnya,sehingga kini, belum ada sebarang maklum balas yang diberikan KDN tersebut berhubung isu tersebut.

"Sememangnya kami (PKR) kecewa kenapa mereka (KD) tidak menghormati kebebasan media di negara ini. Ini zaman moden kita perlu bergerak ke hadapan. ‘Kami akan cuba jumpa dengan pihak KDN.Namun satu sahaja masalahnya adakah mereka mahu berbincang dengan kami tentang isu ini?," ujarnya.

Beliau turut mengesahkan PKR telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi membantah tindakan yang dikenakan oleh kementerian terbait.

"Suhakam telah memberi jawapan dan mereka juga tidak bersetuju dengan penggantungan Suara Keadilan.

 -mstar.com.my-

Tiada ulasan: