"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

NAJIB YAKIN SISTEM VI

 
  
 

Tulisan saya 9 bulan lalu dari Grenoble bertajuk Najib Yakin Pada Sistem V. Masa itu Najib masih timbalan perdana menteri.  Tulisan Artikel berkenaan boleh dilihat di link ini.http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_muramatsu108.html

Dalam siri Najib Yakin Pada Sistem ini, hari ini ialah hari pertama Najib menjadi Perdana Menteri. Kejutan yang dibuat Najib ialah (1).

Mengumumkan 18 tahanan ISA bebas dan (2). Memberi semula permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan. Kalau Pak Lah dulu sebaik saja dilantik, dia mengajak orang supaya berkerja bersama-sama katanya berkerja dengan saya bukan berkerja untuk saya.  Tetapi Najib titik mulanya mengejutkan.

Najib suka buat kejutan yang pelik-pelik seperti mengumumkan belanjawan tambahan 7 billion ringgit padahal  ianya jelas melanggar peraturan dewan. Pembentangan peruntukan baru 70 billion ringgit baru-baru ini juga dikira sebagai kejutan juga kerana dalam ekonomi teruk dia kata ekonomi OK.

Kejutan menjatuhkan kerajaan Perak melalui proses culik. Kejutan pembantu khasnya berada bersama Saifool al-liwati. Kejutan-kejutan ini adakah ia berasaskan kepada sesuatu sistem atau sistem rekaan Najib dan pemikirnya demi masa depan kedudukan UMNO itu sendiri saja.

Kita tidak tahu bagaimana sebenarnya proses membebaskan seseorang tahanan, apatah lagi tahanan di bawah ISA yang dikira berat. Adakah sistemnya begitu iaitu Najib yang kena istihar pembebasan 18 tahanan ISA itu.

Begitu juga dengan penarikan balik permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan. Adakah istihar di media itu dikira rasmi atau bagaimana?

Mungkin keputusan diperingkat undang-undang telah dilakukan semasa Pak Lah lagi Najib tinggal umum saja. Kalau keadaan ini berlaku, sepatutnya elok PakLahlah yang umumkan. Paling tidak untuk tinggalkan kenangan manis dipenghujung tugas sebagai PM.

Sebaliknya kalau PakLah tidak ada dalam kepalanya tentang dua perkara tersebut cuma ia ada dalam kepala Najib saja, maka peristiharan Najib itu semata-mata untuk kejutan politik bukannya ada asas yang lain misalnya asas undang-undang yang sepatutnya melalui proses tertentu yang sistematik.

Kalau niat Najib membuat peristiharan untuk politiknya, maka inilah seperti disebut oleh penyokong UMNO totok sebagai orang mabuk kuasa suka buat peristiharan. Adakah Najib termasuk dalam golongan yang dipercayai oleh UMNO sendiri sebagai mabuk kuasa?.  Jawapannya di link ini tentang apa kata penyokong UMNO mengenai mabuk kuasa…http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_muramatsu140.html

Walaubagaimana pun, peristihran Najib melepaskan permit dan tahanan ISA itu tidak lain tidak bukan  semata-mata untuk menunjukkan betapa mabuk kuasanya dia disamping suka buat kejutan melalui sistem yang diyakininya – iaitu sistem ikut suka hati. Oleh kerana untuk dilihat berkuasa, maka peristiharan berkenaan terpaksa dibuat. Dengan harapan orang ramai menganggap ia sebagai jasa pertama Najib.

Memang dalam kehidupan orang kuno ia penting berbuat demikian. Tetapi dalam kehidupan moden yang ada proses undang-undang, maka perbuatan itu dilihat sebagai kuno ala rimba. Kerana perkara sebaliknya juga boleh berlaku dengan serta merta. Oleh yang demikian kegembiraan yang dihasilkan dari peristiharan Najib itu perlu dilihat dalam konteks proses perundangan.

Dalam kontek lain terutamanya kes C4 yang dikeluarkan dari stor angkatan tentera dalam kes pembunuhan Altantuya, Najib seolah-olah takut untuk dilihat sebagai orang yang berkuasa sebagai Menteri Pertahanan ketika itu. Sifat Najib jelas bertentangan dalam dua kes ini.

Serupa juga kes aduan liwat Sayfool di mana pegawai Najib dan Najib sendiri jelas didatangi Sayfool, tetapi kes ini seolah-olah Najib tidak mahu terlibat dan semacam tiada mempunyai kuasa langsung bahkan nampak takut-takut untuk menunjukkan kuasanya ketika itu.

Oleh yang demikian jangan mudah terperdaya dengan Najib, gaya dan keputusannya adalah diluar jangkaan dan sentiasa bersifat kejutan.  Keadaan ini dijangka akan menjadi lebih kacau kerana pengasas UMNO iaitu bekas ahli no 0000001 (Mahathir) sudah kembali ke UMNO – mungkin Mahathir dapat balik nombor itu tidak diketahui.

Padahal pengasas UMNO inilah perosak sebenar UMNO asal,  pengacau orang melayu dan pemusnah Negara. Tidak keterlaluan jika dijangkakkan gaya dan mimpi Najib dengan mimpi pengasas UMNO ini selari. 
 

Muramatsu 
Grenoble, Cedex

04.04.2009

Tiada ulasan: