BUKIT SELAMBAU [11.43 am] - Satu laporan polis telah dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu pengundi hantu malam tadi. Laporan dibuat oleh Tuan Hj. Abdul Lariff B Nat Noor yang mana alamat rumahnya dipercayai telah digunakan oleh 40 orang yang tidak dikenali sebagai pengundi pilihanraya kecil Bukit Selambau tanpa kebenarannya. Beliau amat kecewa dengan tindakan tersebut dan menyangkal dakwaanPengerusi SPR Kedah dan Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein yang mengatakan bahawa tiada pengundi hantu seperti yang diwar-warkan itu. Beliau juga terkejut bagaimana alamat rumahnya boleh digunakan sedangkan hanya beliau dan isterinya sahaja yang menetap di situ. Ini adalah satu penyelewengan yang telah dirancang dengan rapi oleh pihak-pihak tertentu. Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua AMK Pusat, Fariz Musa. Sementara itu Fariz menegaskan bahawaAngkatan Muda Keadlian (AMK) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai hak untuk membuat analisis dan sistem bagi mengesan pengundi hantu.
[Kini terbukti jelas bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dipergunakan oleh pihak tertentu bagi mendaoatkan kuasa dan menang dalam pilihanraya kecil itu nanti. Justeru itu Fariz Musa menyeru agar SPR bersikap lebih telus dan membersihkan senarai daftar pemilih sebelum tarikh pilihanraya 7 April ini. Manakala itu pada hari ini juga satu memorandum akan diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pejabat Daerah Kuala Muda berhubung dengan perkara ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan