"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

FRU kawal petugas BN pasang bendera di Changkat Ibul.


Pelik tapi benar, itulah kalimat awal yang saya boleh ucapkan mengenai tajuk posting ini. Kejadiannya berlaku kelmarin 1 April di Kampung Changkat Ibul .

Semua sudah makulum, malah semacam satu memorendum rakyat setempat kawasan itu iaitu dipersekitaran mesjid Changkat Ibul menjadi tempat larangan memasang BN sudah banyak kali PR termasuklah untuk PR ke 12 lepas. 


Cubaan memasang bendera pada masa awal berlaku kempen dan memasang bendera telahpun gagal. Kejadian itu nampaknya tidak mematahkan senagat petugas BN untuk menceroboh "tanah haram" untuk lambang BN itu.

Namun dek kerana menggunakan FRU dan pihak keselamatan nampaknya mereka setakat ini berjaya memasang bendera yang menjadi hajat lama mereka.

Tetapi saya tetap yakin, Changkat Ibul adalah kubu PAS yang tidak mampu ditembusi BN walaupun bendera mereka sudahpun boleh dipacak secara "paksa". 

Tiada ulasan: