Khemah penginapan sementara yang disediakan di Changkat Jering dan Trong yang menempatkan lebih 4,000 anggota polis didakwa tidak mempunyai bekalan air yang sempurna dan juga persekitaran yang terlalu kotor.
Sumber yang enggan dikenali memberitahu TV Antara, keadaan di tempat berkenaan terlalu kotor dan juga dipenuhi lalat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.
Malah sumber juga tidak terkejut sekiranya tercetua wabak penyakit saperti "typhoid" sekiranya keadaan yang menjijikan ini berterusan.
Menurutnya lagi, kebanyakan anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut berasa tidak berpuashati kerana masalah yang dihadapi tidak diambil perhatian yang serius oleh pihak atasan.
"Tempat penginapan sementara di Trong dan Changkat Jering dipenuhi dengan lalat dan ini menimbulkan masalah kesihatan terutamanya ketika masa berehat untuk makan.
"Di samping itu, sistem sanitasi dan bekalan air yang tidak sempurna juga menambahkan lagi masalah kepada anggota bagi tujuan untuk membersihkan diri," katanya lagi.
Beliau menambah kebanyakan peralatan di tandas dan bilik air di kem penginapan tersebut samada rosak atau tiada bekalan air sekaligus menyebabkan masalah bau busuk.
Sumber turut mendakwa, keadaan tersebut menyebabkan kebanyakan anggota berasa tertekan memandangkan mereka terpaksa bertugas dalam tempoh yang panjang dan tidak dapat berehat dengan sempurna dan selesa.
Menurutnya masalah tersebut telah diajukan kepada pihak atasan namun sehingga kini tiada sebarang langkah yang diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.
Beliau juga turut mendakwa anggota-anggota diingatkan bahawa mereka ditempatkan di tempat berkenaan untuk menjalankan tugas dan jangan mengeluh atau mengadu dengan keadaan dan layanan yang mereka terima.
Kem penginapan yang terletak di Simpang menempatkan kira0kira 3,000 anggota polis sementara di Trong lebih 1,000 anggota.
Malah dakwa sumber projek pembinaan tapak kedua-dua kemtersebut berserta penyediaan segala peralatan dan kemudahan diberikan kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin Umno yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
-TVAntara.com.my-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan