"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sultan Perak tidak Pecat Nizar


5 Mei (Bernama) Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar kerana pelucutan jawatannya dibuat secara sah mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini 
di sini 

Perkara tersebut rumit bagi orang biasa macam kita ni nak faham.Tapi elok kita renungi apa kata Mahathir berikut :

“Proses pertukaran kuasa sepatutnya dilakukan melalui proses undi tidak percaya dalam mesyuarat Dewan. Pertukaran kuasa di Perak membawa banyak masaalah. Ianya dilakukan dengan gopoh dan tidak terancang”
Nizar pula pernah memberi penjelasan sepertimana berikut:

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

AlHusseyn : Kita amat yakin bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah sebab Ghani Patail sahkan dalam mahkamah bahawa Sultan Perak tidak pernah memecat Nizar sebagai Menteri Besar Perak!

Ghani Patail berhujah perlucutan jawatan Nizar adalah kerana kehilangan kepercayaan majoriti.

Kalau itu alasannya, kenapa tidak dilakukan melalui undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri; atau bubarkan DUN?

Ikuti perbicaraan esok lagi!

Tiada ulasan: