Aku terpanggil untuk menulis kisah ini. Lambang persaudaraan dan persahabatan aku pada seorang sahabat bloggers. Minggu lepas, heboh di akhbar akhbar utama, kisah seorang pengendali blog "pahangdaily" disaman sebanyak RM 2 juta atas tuduhan fitnah. Saman ini telah dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan. Mangsa kononnya yang diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.
Pada jumaat lepas, aku ada menghubungi rakan rakan bloggers yang lain, apakah bantuan yang perlu diberikan kepada bloggers berkenaan "cucu mat kilau". Sayang seribu kali sayang,rupanya sahabat bloggers yang lain cuma ada kesedaran berpolitik.Tiada kesedaran sosial sama sekali.
Begitu juga sikap para pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain.terutamanya DSAI sendiri. Seorang bloggers yang membersihkan nama DSAI dilayan seperti seorang pelacur tua yang tidak mahu dibantu sama sekali.
Kemana perginya peguam peguam PKR didalam membantu "cucumatkilau". Adakah hati saiful izham, latifah koya, shamsul iskandar telah dibutakan dengan sedikit kemenangan. Dimana sikap kemanusiaan DSAI dalam membantu "cucu mat kilau".
Perbualan telefon aku bersama "cucu mat kilau"sebentar tadi menjelaskan segalanya. Memang sah tiada bantuan, sama ada sokongan moral, bantuan nasihat guaman tidak ada langsung.
Beginikah sikap seorang peminpin yang langsung memperdulikan nasib seorang yang membela maruah DSAI sendiri.
Begitu juga sikap para sahabat bloggers yang lain. Sehingga posting ini ditulis, tiada sokongan dari sahabat bloggers sama sekali.
Buat semua bloggers network, masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh. Dibawah khemah sambil menikmati asap rokok, mee udang dan nasi. Kita sama sama berjanji, untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.
Sayang seribu kali sayang, deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing. Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamouryang lain.
Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti. Tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.
Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.
Ayuh,buka minda,buka mata hati...seorang rakan kita "cucumatkilau"perlukan kita semua dikala ini.Beliau bukan meminta wang ringgit,sebagai pejuang seperti beliau.Pamerkan no akaun di laman blog bukan pilihan.Beliau cuma perlukan sokongan moral.
berkenaan bantuan guaman,biarlah DSAI dan pakatan rakyat uruskan.
matcomot
Laman M@RHAEN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan