Timbalan perdana menteri belum berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, berkata kerajaan bersedia untuk memberi masa lebih panjang kerana apa jua keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal, lapor Bernama. "Kami tidak mahu dilihat sebagai tidak konsisten (flip-flop) dalam perkara ini. Kami perlu melihat lebih banyak maklum balas. "Tetapi melihat kepada kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa badan bebas, hasilnya tidak sama dengan perbincangan meja bulat yang diadakan. "Kadang kala semasa perbincangan meja bulat, orang ramai tidak mempunyai fakta dan bukti. Mereka bercakap berasaskan kepada apa yang mereka rasa. "Mereka mestilah menyokong pendapat dengan banyak fakta dan bukti sama ada perlu dilakukan perubahan ataupun tidak," beliau dipetik berkata selepas melawat Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini. Beliau berkata kementerian pada akhirnya akan mengemukakan hasil kajian kepada kabinet sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan. Muhyiddin berkata beliau sedia menerima sesiapa juga yang berhasrat memberi pandangan atau memorandum dalam hal itu, dan sekiranya ia baik, pandangan itu boleh diterima pakai. "Sekarang ini banyak pihak beri pandangan masing-masing. Ada yang setuju dan tidak setuju. Yang penting ialah soal masa depan bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris, yang tidak kurang penting ialah soal masa depan anak kita yang belajar di sekolah," katanya lagi seperti dilaporkan. Mengenai cadangan bagi menyemak semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Muhyiddin berkata ia akan dilakukan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya kepada rakyat. Menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata perkara itu memerlukan masa bagi membolehkan perundingan diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, masyarakat dan parti-parti politik. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Lambat lagi putuskan PPSMI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan