"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SEKARANG DAH PAHAM APA ITU WAN MALAYSIA?


Assalamualaikum,

Mat Sabu dan kena tangkap kerana mengajak orang ramai sembahyang hajat. Badrul Hisham, ketua pemuda PKR pun kena tangkap sama. Wong Chin Huat pun kena tangkap sebab menganjurkan rakyat pakai baju hitam.

Perhimpunan tidak dibenarkan. Sesiapa yang berhimpun akan dilabelkan perhimpunan haram dan semestinya mesti ditangkap. Malaysia belum lagi terfikir untukmembenarkan perhimpunan sunat dan perhimpunan makruh. Sekitar 500 dari pagar bangunan SUK Perak adalah zon perang. Sesiapa yang berani berada dalam jarak tersebut terimalah padahnya.


Rampas kuasa adalah sesuatu yang digalakkan. Beri rasuah supaya orang politik lompat ke BN adalah sangat disuburkan. Dilakukan secara terang terangan dan direstu. Kalau ada yang ingin menunjukkan sikap bertentangan, gunakan cara gangster untuk settle isu, seperti yang terjadi kepada ADUN Kuala Kurau.

Langgar undang undang, kalau BN yang lakukan boleh saja. Langgar perlembagaan kalau BN yang lakukan boleh saja. Langgar segala peraturan pentadbiran kalau BN yang lakukan, boleh saja.

Buat perkara yang menimbulkan ketegangan, seperti memanggil sidang DUN Perak secara hocus pocus, kalau BN yang lakukan, tak apa, boleh saja. Gunakan duit negara, untuk mengawal ketenteraman orang BN, walaupun tiada ancaman, dan timbul ketegangan pun secara yang tidak perlu, boleh saja, kalau BN yang mahukan itu. Menjahanamkan harta negara boleh saja, kalau BN yang lakukan.

Pemerintahan secara keras. Pemerintahan secara kukubesi. Pemerintahan secara 
mahathirisme.

Itu lah dia yang dimaksudkan 
wan malaysia.

Tiada ulasan: