IPOH, 7 Mei (Hrkh) - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat, Drs Khalil Idham Lim telah mengarahkan semua Adun dari Pakatan tidak meninggalkan Dewan Undangan Negeri jika tidak ada sesuatu yang penting.
Menurutnya sekiranya mereka ingin keluar walaupun untuk ke tandas, mereka perlu keluar berdua.
Sementara itu, Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada di kerusinya dan tidak berganjak.
Kekuatan, ketegasan beliau nampaknya lebih kuat pada hari ini.
Cerita yang tersebar sebelum ini bahawa ada bomoh dari Selangor telah menjampi kerusi Speaker nampaknya semacam tidak menjadi, sama ada tersilap jampi atau terlebih jampi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan