Setiausaha DAP Perak, yang dipertahankan oleh Mursyidul AM PAS dalam isu membaca sepotong ayat al-Quran ketika kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang, akhirnya menjengah markaz setelah PAS Kawasan Batu mengundangnya.
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu gembira dengan kehadiran Nga pada malam 19 April itu. Kedua-duanya berceramah dan Nga memuntahkan hujahnya dengan begitu bersemangat sekali. Kebanjiran penyokong Pakatan Rakyat malam itu diyakini ekoran isu keberanian Nga berkempen dengan membaca ayat al-Quran dan kepantasan Tok Guru Nik Aziz pertahankan Nga.
Mereka datang untuk melihat dan mendengar penjelasan Ahli Parlimen Taiping itu. Selain, mahu mendengar hujah Tok Guru Nik Aziz. Waktu itu ada beberapa isu menarik. Saya mempekan majlis, melontarngerusi agar Tok Guru menyentuh tentang isu kedatangan penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza ke pejabat Tok Guru bersama suami, Dato' K.
Pada masa yang sama, suatu yang mengejutkan tentang penyertaan vokalis kumpulan rock Arrow bernama Renggo ke dalam PAS di Kota Bharu dan kesediaan raja rock, Amy Seacrh memeriahkan 'Kempen Jom Serai PAS' anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Nga berceramah dalam bahasa Melayu yang agak baik. Menarik dan sarat isi. Selain menceritakan apa yang terjadi di Perak, Adun Pantai Remis itu juga melahirkan rasa kesal dengan tuduhan liar Umno terhadapnya, kerana semata-mata beliau membaca al-Quran semasa kempen.
"Saya baca ayat kitab suci al-Quran masa kempen. Maksud betul. Bacaan mungkin ada telo sikit. Biasalah, lidah keras lagi. Tapi saya terima 35 laporan polis. Apa cerita," tanya beliau sambil disambut ketawa hadirin.
Turut berceramah malam itu, penulis buku-buku motivasi, Ann Wan Seng. Sebelum ceramah bermula, saya dan TVPAS mengadakan sesi interbiu eksklusif untuk Harakah bersama Nga.
Sebaik usai ceramah, Nga dibawa minum tea di sebuah restoran tidak jauh dari markaz. Waktu keluar, mengharuk kesesakan lalu lintas dan orang ramai, Ngaterkejut dengan kehadiran yang amat sendat.
"Saya kagum betul dengan PAS. Ahli-ahlinya setia. Sederhana dan terbuka. Kami dalam DAP pun, genarasi muda, tidak kekok bersama PAS. Bukit Gantang betul-betul telah sedarkan kami tentang PAS," ujar Nga sambil menikmati mee goreng segera.
Kesimpulan bicara malam singkat malam itu, PAS benar-benar sudah boleh diterima oleh orang-orang Cina. Tidak seperti dulu, takut-takut. Nga mengakui, orang PAS lebih mesra dan mudah didekati serta ringan tulang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan