"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perbalahan Umno Di Terengganu Berterusan

Menteri besar Terengganu menggunakan kesempatan majlis penerangan cawangan-cawangan Umno di satu bahagian negeri itu untuk mengecam kumpulan 10 ADUN Barisan Nasional yang cuba menyingkirkannya baru-baru ini.

Tindakannya mengungkit konflik terbuka Umno negeri pertengahan April lalu dianggap boleh mengeruhkan lagi parti tersebut.

Seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian Dungun, Abdul Razak Endut berkata, Datuk Ahmad Said berbuat demikian di depan kira-kira 250 pemimpin bahagian itu dan cawangan malam kelmarin.

Majlis tersebut diadakan di dewan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) kira-kira jam 9 malam.

"Beliau kecam (sepuluh) YB yang tidak hadir sidang DUN negeri Terengganu baru-baru ini.

"Beliau juga mempertahankan setiausaha sulit kanannya. Beliau berkata, Wan Ahmad Wan Muda orangnya cerdik kerana ada dua ijazah - dalam negeri dan luar negara," katanya kepada 
Malaysiakinihari ini.

Abdul Razak menambah, Ahmad juga mengecam ADUN Bukit Besi Datuk Din Adam yang tidak mendengar nasihatnya apabila bertanding dalam mesyuarat bahagian tahun lalu.

Din - antara 10 ADUN yang tidak hadir di sidang DUN pertengahan bulan lalu - cuba merebut jawatan ketua bahagian Dungun tetapi kalah kepada penyandang Datuk Rosli Mat Hassan, juga setiausaha perhubungan Umno negeri.

Selepas majlis tersebut, menurut Abdul Razak, ramai yang melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahmad mengecam pemimpin politik tertentu.

Tambahnya, tindakan sedemikian boleh mengeruhkan lagi suasana politik Umno di negeri itu.

"Sepatutnya Ahmad tidak boleh kata begitu. Benda (perkara) dah lama buat apa sebut lagi? Kini ramai orang Umno di Dungun yang tidak puas hati dengannya," kata Abdul Razak.

Selain Ahmad, Rosli dan ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh turut berucap di majlis tersebut. 
-malaysiakini-

Tiada ulasan: