Seorang rakyat Malaysia merintih mengenai KWSP dan beberapa hal berkaitan Bajet 2010 dan lain-lain perkara yang disifatkannya sebagai menindas.
Saya telah menyunting sedikit beberapa ejaan dan mengekalkan laras bahasa beliau agar tidak terbabas maksud luahan hati dan fikirannya itu. Ikuti luahan rasanya ... maklumbalas - ibnuamir@yahoo.com.
Surat Terbuka daripada yang teraniaya kepada para YB yang kononnya memperjuangkan nasib kami:-Saya dah naik muak mendengar slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Kalau nak ikut, rasa saya nak kata "Pi mampus le" sebab tekanan demi tekanan yang diterima kekadang menyebabkan emosi saya amat tertekan.
Agaknya kerana inilah kita dengar di luar negeri ada yang mengamuk dengan menembak membabi buta hingga membunuh kanak-kanak dan orang sekeliling yang tidak ada kena mengena dengan kita yang memberi tekanan. Kat Malaysia, belum le lagi dengar tapi tak mustahil akan berlaku jika masalah rakyat tidak ditangani dengan sebaiknya.
Sebagai seorang yang diberhentikan kerja dengan alasan kegawatan ekonomi dunia, saya tak pun menyalahkan majikan atau kerajaan dalam soal ini, tapi bila masalah orang-orang seperti saya tidak dipedulikan atau diambil kira dalam perancangan ekonomi negara maupun budget, maka rasa marah mulalah timbul.
Adakah nasib kami tak perlu dibela?
Bukannya kami mintak duit dengan kerajaan untuk makan pakai kami. Kami cuma mintak keprihatinan di atas masalah dan langkah-langkah proaktif diambil untuk membela nasib orang seperti kami. Jangan umpama "sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap pulak oleh pasu bunga, pastu kena langgar pulak dengan lori traler..."
Apa yang kami harapkan, hanya pindaan kepada akta dan polisi yang mana membolehkan kami untuk terus hidup di bumi yang dipinjamkan Allah kepada kita ini. Di sini, saya akan sentuh 2 perkara berikut:-
1) KWSP – sekarang ni saya ubah namanya dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada Kumpulkan Wang Secara Paksa – rasanya lebih tepat lagi nama tu. Nak keluar pun tak boleh, dipaksa simpan juga. Simpan untuk kegunaan dan pelaburan siapa?
Apa tujuan KWSP ni? Siapakah yang mendapat manfaatnya? Boleh tak para bijak pandai semua berikan hujan-hujahnya kerana saya berpendapat bahawa KWSP ini harus dibenarkan keluar atas perkara-perkara berikut:-
(i) Untuk membeli ubat-ubatan
Bagi pesakit seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, mereka harus makan ubat seumur hidup dan kos perubatan mereka agak tinggi. Ada ubat yang menjangkau beratus ringgit untuk dos sebulan. Insuran dan majikan pun tak nak orang yang macam ini kerana mereka adalah liability.
Bila mereka ini dibuang kerja atau dipaksa berhenti kerja, macam mana? Sapa nak tanggung perubatan mereka ni? Tak kan baitulmal atau pusat zakat kot?
Mereka ni ada duit dalam KWSP – biarlah mereka gunakan duit mereka tu kenapa tak bagi? Jangan cakap akta KWSP ada peruntukan untuk ini – sila semak borang dan buat pertanyaan di kaunter KWSP terlebih dahulu.
Saya cadangkan anda bertanya kepada beberapa pejabat KWSP kerana saya pasti, mesti jawapan yang anda terima berlainan. Apa kata tanya tuan pengarahnya pula?
(ii) Untuk Haji
Mengapa tak dibenarkan? Tak payahlah jawab, boleh menabung kat Tabung Haji. Masalahnya, kalau memang dah tak de kerja dan tak de gaji, nak menabung apanya? Haji adalah rukun dan mereka berkemampuan kerana punya wang dalam KWSP kenapa tak dibenarkan? Kerana kerajaan dah guna duit tu...
Berdosalah kamu semua kerana menyusahkan orang hendak buat ibadat!!!
(iii) Untuk Bayar Hutang
Bila dah tak kerja tentulah tak de gaji dan bila tak de gaji macam manalah nak bayar hutang? Kelonggaran harus diberi kepada golongan ini kerana mereka ada wang yang mereka tak boleh keluarkan sedangkan wang mereka cukup untuk bayar hutang itu.
Kenapa nak biarkan mereka ini dimufliskan oleh bank? Sebab dah muflis pun tetap kena bayar dan bila keluarkan KWSP mereka kena bayar jugakan?
Alangkan eloknya perkara ini dipertimbangkan. Nak kayakan lawyer buat apa sebab rakyat yang sengsara sebab semua kos ditanggung oleh yang berhutang. Jadi kalau hutangnya hanya RM20K, dengan kos jadilah RM50K, tak menindas ke namanya tu?
Lagipun duit tu duit mereka sendiri – jadi apa masalahnya? Fikir-fikirkanlah. Gunakanlah kedudukan dan pangkat anda untuk memberikan sedikit harapan dan kegembiraan kepada rakyat jelata bukan hanya memenuhkan tempolok di dada...
2) Pelupusan kereta berumur 15 tahun ke atas
Ini lagilah kerja gila – tak sekolah ke apa? Cubalah buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu cadangan tu. Fikirkan perkara di bawah ini:-
(i) Berapa harga kereta di Malaysia ini – kereta buruk / lama pun berharga ribu-ribu. Jadi orang yang dah ada kereta lama tu macam mana?
(ii) Tak cukup dengan loading insuran yang tinggi dan kini ditambah dengan inspection pulak – sungguh membebankan – rakyat diutamakan!!!
(iii) Memang mengutamakan rakyatlah ni – nak beli kereta baru kenalah amik bank loan – bank nak bagi ke loan kat orang yang black list, yang tua, yang tak bekerja, yang tak de statement of income?
Hallo...buka mata, buka minda! Gunakan akal cegah kebodohan!!
"Jika perbelanjaan pengurusan melebihi pendapatan" bererti deficit – kalau berniaga ni dalam kerugian. Kenapa belanjawan 2010 perbelanjaan pengurusan lebih tinggi dari pembangunan?"
Fikir-fikirkanlah... Ya ampun... rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan – Pilah Mampus!!!
-detikdaily.net-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan