Md Zulaimi Kazin
www.politikkopijanda .com
Sebagai tanda sokongan terhadap cadangan YB Wan Ubaidah (Exco Kelantan) semasa perbahasan di sidang DUN Kelantan baru-baru ini, Janda Product Marketing selaku pengeluar dan pengedar produk Kopi JANDA menawarkan hadiah RM5,000 kepada ahli Yang Berhormat di Kelantan yang berkahwin dengan janda dalam negeri Kelantan.
Kami harap perkara ini dipandang serius dan jangan ada mana-mana pertubuhan NGO yang cuba mempertikaikan cadangan yang baik ini termasuk dari Pergerakan Wanita MCA. Kenyataan Datin Paduka Chew Mei Fun yang dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini adalah tidak tepat.
Anugerah yang dicadangkan oleh YB Wan Ubaidah adalah sebagai satu simbol menggalakkan lelaki yang ingin berpoligami supaya memilih janda.
Kenyataan Ketua Wanita MCA yang menyatakan usaha ini tidak membantu bahkan lebih mewujudkan banyak penyakit baru hanyalah andaian beliau sahaja sedangkan sesiapa yang memilih janda untuk tujuan poligami adalah untuk membela nasib janda dan anak-anak mereka, secara tidak langsung lelaki yang mengahwini janda telah memainkan tanggungjawab sosial.
Jangan usaha ini seolah-olah kita melangkah ke belakang. Apa kajian yang wanita MCA telah buat sehingga mudah mengeluarkan andaian yang cukup prejudis ini?
Tetapi kita harap lelaki yang ingin bepoligami ini mestilah mampu dari segi kewangan dan kepimpinan agar janda dan anak-anaknya betul-betul terbela.
Sekali lagi Kopi JANDA ingin tegaskan hadiah RM5,000 kepada wakil rakyat di Kelantan yang menyahut cabaran Ecxo tersebut dan mana-mana wakil rakyat yang berminat atau berhasrat menyahut cabaran tersebut boleh hubungi saya di talian 017-5353007 (Zulaimi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan