Azamin Amin | |
"...saya tidak akan lupa penganiayaan BN terhadap PAS." Suaranya begitu lantang. Khalayak yang memenuhi Masjid Taiping itu mendengarnya begitu tekun. Tanpa kecuali di penjuru sudut seorang anak kecil berusia 10 tahun yang berada di sisi ayahnya. Sambil memegang kejap paha ayahnya, si kecil itu ternganga melihatkan kepetahan kata-kata lelaki yang berada di anjung tengah, tempat imam bersolat. Sesekali lelaki itu, yang berjubah putih dan mengenakan selempang merah di kepala mengerling dan merenung tajam, membuatkan si kecil tergamam seketika. Pada firasat si kecil, sudah pastilah lelaki itu cukup hebat dan perkasa lagaknya, sehingga begitu ramai orang dan pengikutnya pada hari itu melimpahi ruang solat. Sungguhpun tidak begitu faham dengan butir-butir yang disampaikan, si kecil dapat mengagak pasti menarik kisah yang dilontarkan memandangkan, sebahagian besar para jemaah yang ketawa, tersenyum dan sesekali serius mengikuti tiap kata yang dilafazkan. "Namanya ustaz Yazid Ja'affar," kata si ayah menjawab bisikan anaknya di telinga. Terngiang-ngiang si kecil itu mendengar ustaz itu bercerita dan menitipkan nasihat tentang pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Kini, si kecil itu, sudah berada di halaman rumah tokoh dan penceramah yang cukup terkenal di pelusuk negara. Tidak disangka, dia akan menemubual Yazid setelah 24 tahun lalu, mendengar kuliahnya di kampung halaman. Tiba-tiba lamunan saya terhenti, tatkala sebuah kereta Pesona muncul di depan pintu pagar. Tergamam dan kaget melihat susuk tubuh yang keluar dari kereta itu cukup tenang dan bersahaja, dan wajahnya mirip lelaki yang bersuara lantang suatu ketika dulu. Apatah lagi melihat dia yang memandu sendiri kereta walaupun sudah berusia 82 tahun! "Mari kita sarapan dulu," sapa Ustaz Yazid kepada saya yang masih kaku. Kaku melihat, bekas tentera berpangkat Sarjan ini, masih bertenaga dan kuat. Mungkin latihan, displin dan asahannya di dalam Askar Melayu di Raja sekitar tahun 50 an, menjadikannya cukup bersemangat. "Saya menyertai PAS pada tahun 1956, sebaik sahaja berhenti daripada Askar. Hati saya tertarik kerana dasar perjuangannya adalah Islam. Petugas PAS dibunuh "Pada saya tidak ada satu parti yang lebih baik daripada PAS. Walaupun PAS tidaklah sempurna sangat tetapi dialah satu-satu parti yang menegakkan dasar Islam di negara ini," kata Yazid memulakan bicara. Kemudian beliau tertunduk, dan mengambil masa yang agak lama merenung tajam seolah-olah mengimbau kembali sejarah silam. "Sampai sekarang saya tidak akan lupakan penganiayaan yang dibuat oleh BN terhadap PAS. Lebih dasyat ialah tragedi yang mengorbankan nyawa petugas dan penyokong PAS," katanya. Yazid, mengungkap kembali peristiwa pembunuhan Samad Gol, Tragedi Lubuk Merbau dan peristiwa Memali yang menyaksikan 14 nyawa terkorban. "Di Lubuk Merbau, seorang petugas PAS yang sedang menampal poster parti di tetak dengan kapak dan mati terbunuh. Kisah-kisah kezaliman terhadap PAS ini tidak memungkin saya bersetuju untuk apa jua penggabungan atau kerjasama dengan BN," katanya tegas. Kisah Lubuk Merbau pula seolah-olah mengulangi kejadian sewaktu kempen Pilihan raya di Bagan Pinang 7 Oktober di mana seorang petugas cedera parah, di belasah penyokong parti lawan. Yazid juga turut berada di sana sepanjang kempen, dan beliau berulang alik dari Kuala Lumpur ke Port Dickson setiap hari. Baca selanjutnya:- http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=023083&Itemid=35 |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Tidak lupa penganiayaan terhadap PAS / Nizar / PKFZ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan