"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah tingkatkan pendapatan hutan 205.5 peratus / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Ali Hashim
ALOR SETAR, 6 Nov:
Kerajaan negeri Kedah berjaya meningkatkan pendapatan hasil hutan negeri sebanyak 205.5 peratus apabila pendekatan tender terbuka dilakukan.

Peningkatan ini berjaya dibuat walaupun jumlah kawasan balak yang ditebang tidak meningkat, kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

"Semasa BN memerintah Kedah dahulu balak yang diluluskan ditempat lain, tempat lain pula yang ditebang.

"Sehektar balak milik rakyat yang untungnya mungkin mencapai puluhan ribu ringgit tetapi hanya RM1000 sahaja premiumnya kembali kepada kerajaan ketika itu.

"Dengan tindakan terkini Datuk Seri Azizan membuka tender balak maka sekaligus ia melonjakkan pendapatan yang diraih oleh Kerajaan Negeri Kedah.

"Dengan tender terbuka ini perolehan pendapatan hutan ini telah meningkat 205.5 peratus jika dibandingkan semasa pentadbiran BN dahulu," katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah berkata, bagi tahun 2007 semasa Kedah ditadbir oleh Kerajaan BN pendapatan Kerajaan Negeri ketika itu hanyalah berjumlah RM9.21 juta dan kini telah meningkat kepada RM28.14 juta.

"Dengan peningkatan jumlah ini maka banyak manfaat dapat digunakan bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat negeri Kedah. Ini semua adalah ekoran kepimpinan kerajaan negeri yang memahami permainan politik balak yang telah dimainkan sebelum ini oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab,"katanya lagi.

Kerajaan negeri juga terpaksa berdepan dan menanggung kesilapan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum ini dengan mewariskan legasi hutang mereka berjumlah RM2 bilion.

Menurut Mohd Nasir, prestasi pentadbiran Kerajaan Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi tahun pertama sepertimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 menunjukkan kewangan Kedah adalah memuaskan.

Tiada ulasan: