"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cara nak back-up blog, kut-kut kena hack.

Cenangau
Risau jugak aku bila baca apa yang ditulis kat MalaysianToday, artikel tu dalam english tapi terjemahan dia macam kat bawah ni.Oleh Wan (Putrajaya)
Saya mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lawatan ke India baru-baru ini oleh Najib dan delegasi Kerajaan (UMNO / BN) ujuan utamanya adalah untuk merekrut secara kontrak profesional IT dan hacker dari India selama 3 tahun . Dianggarkan bahawa lebih daripada 200 orang akan direkrut dan dibayar RM300 juta setahun.

Tugas mereka hanyalah untuk mengancam, memintas dan melumpuhkan blog-blog yang menentang kerajaan.

Oleh kerana Media Perdana dikuasai dan dikawal kerajaan manakala Internet dan blog-blog terletak diluar kawalan atau tidak dapat dikawal oleh kerajaan, kali ini Najib dan UMNO/BN yang telah kehilangan arah akan berusaha habis-habisan untuk melemahkan blog-blog anti-kerajaan dengan bantuan profesional IT dan hacker dari India untuk menghantar virus dan trojan ke alamat IP individu melalui pembekal perkhidmatan Internet Celcom dan TMnet. -
Anak Sungai Derhaka

Aku ni reti sikit-sikit ja pasai internet ni, tapi aku rasa ramai lagi yang lebih teruk dari aku. Jadinya aku nak kongsi la cara macamana nak 'back-up' blog yang aku tau. Bukan apa mana tau sebagai langkat keselamatan, kalau blog kena hack ada la jugak back-up, boleh up balik entry lama ke dalam blog baru.

Sebelum ni aku guna software untuk back up, renyah sikit. Tapi sebab blogger sendiri dah sediakan application untuk back-up mudah sikit kerja. Tutorial ni cuma untuk blogger saja, untuk yang guna wordpress aku tak tau pasai aku tak pernah guna wordpress.

Caranya senang ja, cuma memerlukan 4 langkah


Langkah 1.



Klik pada perkataan 'Setting' tu (dalam bulatan merah tu.)

Langkah 2.




Klik pada perkataan 'Export Blog' (dalam bulatan merah tu.)


Langkah 3.




Klik pada perkataan "Download Blog" (dalam bulatan merah tu.)

Langkah 4.



Klik pada save untuk simpan dalam hardisk hangpa. File yang hangpa simpan tu dalam bentuk 'xlm'.

Senang ja kan? Kerap mana hangpa nak 'back-up' ikut hangpa rajin la. Kalau buat tiap-tiap hari lagi bagus. Lepas ni kalau aku rajin kita cuba pulak macamana cara nak 'up'kan balik semua post tu dalam blog baru.

http://cenangau.blogspot.com

Tiada ulasan: