"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AMK Gesa SPRM Segerakan Siasatan Disneyland

Angkatan Muda Keadilan mendesak Kerajaan Pusat untuk tidak melindungi skandal penyelewengan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata kerajaan negeri Selangor berbelanja sekurang-kurangnya RM1.6 juta untuk menampung lawatan bekas doktor gigi itu dan seisi keluarga ke Disneyland.

Namun sehingga ke hari ini, tiada pendakwaan dibuat terhadap pemimpin Umno itu.

“Pada pagi ini, kita menghantar memo peringatan kepada SPRM Selangor berkenaan dengan lawatan ke Disneyland pada tahun 2004 dan 2007 oleh bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang mana kedua-dua lawatan ini dipanggil lawatan teknikal menelan belanja hampir RM1.6 juta,” katanya.

Memorandum terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas doktor gigi itu diterima oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Jaafar Mahad tengah hari tadi.

Jaafar berkata laporan siasatan terhadap skandal ini sebenarnya telah diserahkan ke Pendakwaraya Kanan atau SFC menanti tindakan susulan.

“SFC ini ada kuasa dari segi aspek hubungan dengan luar negara itu kita tidak boleh nyatakan, kita cuma menyiasat dan hasil siasatan kita akan hantar pada dia,” katanya.

AMK bagaimanapun tidak setuju pemerintah perlu mengambil masa yang lama untuk mendakwa seorang pemimpin Umno sejak skandal ini dibongkar Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (SELCAT) tahun lepas.

Ini kerana kesalahan yang telah dilakukan oleh mantan Menteri Besar itu jelas ketara.

“Berdasarkan kepada laporan daripada Selcat ini kita dapati tiada bandingan dalam lawatan teknikal tersebut dan berkahir tanpa ada satu pun laporan atau dokumen untuk membuktikan Khir Toyo boleh membawa bersama isteri ke lawatan itu.”
-tvselangor-

Tiada ulasan: