"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Kalimah Allah – Kesian Kat Anwar …

Ibrahim Baba
Di bawah ini adalah artikel yang dipetik dari The Star hari ini yang membicarakan tulisan Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal, Isnin lepas (klik). Selepas membaca tulisannya di WSJ dan ulasan yang dibuat oleh the Star (klik), IB merasakan kesian kat Anwar ini.

Memang nampak sangat agenda politiknya mengatasi segalanya bagi beliau. Itu yang IB kesian sangat.

Kenapa perlu dia terlalu apologetik dalam isu ini? Kenapa perlu memberi “peluru” kepada musuh Islam untuk menentang lagi Islam?

Dia sebut (dalam WSJ): “Over the last two weeks, arsonists and vandals attacked 10 places of worship, including Christian churches and Sikh temples” – habis kenapa tidak dia sebut yang surau pun kena bakar? [polis masih melakukan siasatan - belum 100% pasti siapa yang melakukan mana-mana yang disebut/yang tidak disebutnya]

Masih ramai yang ingat cara Anwar mengendali kes-kes sensitif isu agama dan isu perkauman semasa beliau dalam kerajaan. Apakah tindak tanduknya dulu tidak serupa dengan apa yang dia katakan sekarang? Kerajaan BN dulu dengan kerajaan BN sekarang tidak ada bezanya. Najib dulu orang Anwar jugak. Muhyuddin dulu orang Anwar jugak. Zaid Hamidi dulu orang Anwar jugak. Dan begitulah sebahagian besar orang-orang dalam pimpinan UMNO/BN/Kerajaan adalah orang-orang yang bersama Anwar dulu. Dan Anwar bersama mereka dulu.

Sememangnya kedudukan Anwar sekarang getir. Hidup mati masa depan politik amat tergantung kepada kes yang bakal didepani dalam masa terdekat ini. Tidak kiralah benar atau tidak tuduhan itu. Tidak kiralah adil atau tidak penghakiman (tenguk anda di belah mana – adil bagi seorang mungkin tidak bagi orang lain?). Yang pokoknya – keputusan tersebut boleh mematikan karier politiknya buat selama-lamanya. Mungkin jadilah Anwar seperti Ku Li yang banyak bersuara tetapi tetap kekal dengan “mantan bakal PM”.

Beberapa bulan lagi akan genap 2 tahun Anwar “hampir” menumbangkan kerajaan BN. IB pernah kata ianya “Now or Never” Bagi Anwar Ibrahim (klik) – dan “now” tersebut semakin jauh berjalan. Walaupun sebelum ini seolah-olah nampak seperti BN asyik kecundang setiap kali pilihanraya kecil, namun yang terakhir bulan Oktober lalu, episod kemenangan PR terhenti. Krisis dalaman PKR sendiri semakin sukar dibendung. Dibimbangi ianya “never”. Agaknya itulah dalam kepala Anwar – “never”(?)

Percaturan terakhir dalam isu kalimah Allah jugak tidak banyak memihak kepada PKR (mahupun PAS). Mungkinlah ianya memberi rasa keterbukaan PKR (dan PAS) terhadap Melayu liberal dan bukan Islam/Melayu. Tetapi tunjang pengundi untuk PAS dan PKR adalah orang-orang Melayu.

Pembahagian kawasan di kalangan parti-parti PR berdasarkan komposisi kaum. Kawasan yang ramai Melayu untuk PAS dan kawasan yang Melayu ramai dan bukan Melayu pun ramai diberikankan kepada PKR. Maka isu-isu sensitif untuk orang-orang melayu/Islam harus ditangani dengan sebaiknya mengikut waqiat tempatan.

Sebahagian besar orang Islam tidak senang dengan keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah. Dan begitu pulalah mereka tidak senang dengan pimpinan PKR dan PAS yang beriya sangat memenangi hati puak liberal dan bukan Islam. Apakah mereka tidak sanjungi kesetiaan pengundi asal mereka yang dari dulu lagi memperjuangkan kedaulatan Islam? Apakah mereka rasa terlalu pentingkan sokongan orang luar yang belum pasti kesetiaan mereka bila sampai saat mengundi?

“Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kita sampai bila-bila selagi kita tidak mengikut cara hidup mereka. Katakanlah, cukup petunjuk ALLAH bagi kami. Tetapi, jika kamu menuruti Yahudi dan Krtistian setelah datang ‘ilmu (Al Quran) kepada kamu, maka tiadalah petunjuk dan bantuan Aku bagimu. ” Al Baqarah:120.

IB amat takuti …

Sekian, IB

http://ibrahimbaba.wordpress.com/2010/01/27/isu-kalimah-allah-kesian-kat-anwar/

Tiada ulasan: