"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guan Eng Selar Ketua Polis Selangor

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang bingkas menafikan ugutan untuk menahannya berhubung ucapan beliau pada Kongres Pakatan Rakyat Disember lalu.

Khalid sebelum ini mendakwa Guan Eng akan ditahan dan disoalsiasat kerana mengeluarkan kenyataan mendiang Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Namun Ketua Polis Selangor itu mula berdolak dalih dengan mengatakan Guan Eng tidak akan ditahan.

Khalid mewar- warkan akan menahan Setiausaha Agung DAP ini kerana dikatakan beliau enggan memberi kerjasama kepada polis Selangor yang datang ke pejabatnya di Pulau Pinang.

Kenyataan Khalid itu bagaimanapun disanggah Guan Eng, katanya beliau telah memberikan layanan yang baik kepada anggota polis berkenaan disaksikan wakil media tempatan yang hadir membuat liputan.
Sehubungan itu, Guan Eng kesal dengan tindakan Khalid yang cuba memutar belitkan keadaan bukan sahaja mencalarkan imejnya sebagai pemimpin bahkan imej PDRM turut mendapat tempias.

Sebelum ini Khalid juga bingkas memberi respon mahu mengambil tindakan kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah hanya kerana saranannya supaya polis menghentikan siasatan kepada Guan Eng.

Pemerhati politik mengkritik polis yang bergegas mengambil tindakan kepada individu- individu yang langsung tiada kaitan dengan punca kematian Beng Hock sebaliknya membiarkan pihak- pihak berkepentingan kekal bebas.
-tvselangor-

Tiada ulasan: