"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis Halang Ceramah Anwar

Polis sekali lagi menghalang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramahnya dengan bertindak naik ke pentas untuk menghentikan ceramah berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.35 malam selepas setengah jam Anwar menyampaikan ceramahnya.

Tindakan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan berlaku sedikit kekecohan.

“Saya kata hendak turun sudahlah, saya akan turun, apa yang awak cuba hendak buat, saya sudah berhentikan ucapan saya. Jadi apa yang awak mahukan lagi. Beri saya laluan dan saya akan turun. Lagi pun kamu tahu undang-undang yang sebenarnya dan begitu juga dengan saya,” katanya.

Keadaan bertambah tegang apabila tiba-tiba lampu utama bagi mengiringi Anwar keluar ditutup.

Kira-kira 2 ribu penyokong kemudiannya melaungkan reformasi setelah melihat polis cuba melakukan sesuatu kepada Anwar.

Sementara itu, pada ceramah tersebut Anwar juga memberitahu perubahan yang dilakukan oleh Selangor dalam tempoh enam bulan mentadbir.

Beliau berkata Selangor membuktikan pemerintahan telus yang diamalkan oleh Selangor berjaya membawa negeri itu keluar dari kemelut ekonomi yang melanda negeri itu.

“Di Selangor saya tengok baru enam bulan, perubahannya besar, sebab itu tidak boleh buat ceramah, tidak boleh terangkan pada rakyat, apa bezanya 50 tahun Umno memerintah berbanding dengan tempoh enam bulan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata Selangor berjaya meningkatkan pelaburan di negeri ini sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk melabur di dalam pelbagai industri.

“Saya pergi untuk sidang itu dan kawan-kawan Arab tahu saya ada di situ dan tahu saya Penasihat Ekonomi Selangor, kawan-kawan dari Arab Saudi, Abu Dhabi dan Dubai datang dan mereka menyatakan Anwar, kami tahu Selangor berada di bawah awak dan PR yang mentadbir, jadi kami mahu melabur di Selangor,” katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: