"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Majlis Kelab UMNO Australia dilanda hujan batu!

dewa
Sungguh lucu membaca berita terkini yang melaporkan bahawa majlis anjuran UMNO di Australia terpaksa dibatalkan kerana hujan batu sebesar bola golf! Kalau Najib yang rasmikan, mungkin hujan batu tersebut sebesar bola bowling agaknya. Kwah Kwah. Apa pun , keratan akhbar disertakan:

"Majlis rai pelajar Malaysia di Melbourne diganggu hujan batu

MELBOURNE: Hujan batu sebesar bola golf semalam mengganggu majlis barbeku yang dirancang bagi meraikan pelajar Malaysia yang baru tiba di Melbourne bagi memulakan pengajian mereka.

Ia menyelubungi Melbourne seperti salji berikutan ribut petir melanda bandar raya ini sehingga menyebabkan banyak acara termasuk sukan terpaksa dibatalkan.

Barbeku itu anjuran bersama Majlis Pelajar Malaysia Australia, Kelab Umno Australia Melbourne, Persatuan Pelajar Malaysia Caulfield, Persatuan Pelajar Malaysia Universiti LaTrobe, Persatuan Victoria Petronas dan skolar Sime Darby Australia, dibatalkan sebaik sahaja hujan batu melanda.

"Cuaca buruk menyebabkan pelajar lari lintang-pukang mencari perlindungan di tengah-tengah hujan batu yang menimpa. Kami semua turut basah kuyup," kata Presiden Kelab Umno Melbourne, Haerris Riani.

Beliau berkata, majlis barbeku tersebut adalah acara tahunan yang dihadiri kira-kira 500 pelajar dari pelbagai universiti di Negeri Victoria untuk beramah mesra sesama mereka. - Bernama" -tamat-
Golongan pelajar-pelajar Malaysia tajaan UMNO di luar negara inilah yang kelak akan mewarisi tampuk kepimpinan UMNO. Belajar pandai-pandai sampai dapat kedoktoran, lepas tu balik kempen untuk UMNO dan tindas dan lagakan rakyat khususnya penyokong Pakatan.
Belajar sampai luar negara guna biasiswa yang datangnya dari duit pembayar cukai, lepas tu bila balik kempen untuk UMNO. Mana 1Malaysia bila rakyat Malaysia yang sokong Pakatan ditindas saban hari.
Hujan batu dinegeri orang, hujan air asid FRU dinegeri sendiri, susah jua nak pilih.. kwah kwah

Tiada ulasan: