"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Royalti Minyak: Antara Perjanjian dan Tipu daya

IbnuSabah
Pemberian royalti minyak 5 peratus oleh Syarikat Minyak Negara Petronas dan kerajaan pusat sudah termaktub dalam Akta Petroleum.

Sarawak, Sabah dan Terengganu adalah tiga buah negeri yang telah mendapat hak perjanjian itu sejak sekian lama. Kerana minyak ditemui di negeri-negeri itu.

Kini Kelantan adalah negeri keempat akan memperolehi hak royalti minyak 5 peratus itu mengikut perjanjian dalam Akta Petroleum itu.

Kenapa perjanjian itu dikhianati oleh UMNO/BN, kerajaan pusat yang dikuasai BN dan Petronas juga ikut sama khianat.

Terengganu sejak UMNO/BN menjadi kerajaan tidak timbul langsung hak royalti minyak itu diganggu supaya diubah perjanjian itu menjadi wang ihsan di kaki lima Parlimen, lebih teruk ia dibuat di tepi longkang pejabat UMNO Kuala Terengganu. Dan kali ini perjanjian hak 5 peratus royalti itu juga diubah ikut suka nafsu serakah UMNO Kelantan, lebih dahsyat mungkin perjanjian wang ihsan iru juga diaktakan dalam tandas pejabat UMNO Kota Bharu

Ketika PAS dan BA berkuasa di Terengganu. Amat dahsyatnya politik rakus, tamak dan haloba para pemimpin UMNO yang dikepalai oleh Mahathir tika itu bersama konco-konconya di Kuala Terengganu mengubah perjanjian sebenar hak royalti minyak 5 peratus kepada Terengganu menjadi wang ihsan.

Jahat sungguh para pemimpin UMNO di Kuala Terengganu. Zalim sungguh UMNO Kuala Lumpur yang dikepalai oleh Mahathir waktu itu mengiyakan saja agenda politik rakus, zalim, tamak dan jiwa Qarun untuk terus menguasai hak rakyat dan kerajaan negeri.

Hari ini, PM yang baru juga mengikut skrip UMNO Kota Bharu serupa PM dulu juga mengikut skrip UMNO Kuala Terengganu menjadi perompak di siang hari hari rakyat dan kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan.

Harapan dan teruskan berusaha dan berdoa dalam membela hak rakyat Terengganu dan Kelantan untuk mendapatkan hak royalti minyak sebagaimana Sarawak dan Sabah mendapat hak itu.

Harapan kita pada PM baru ini lebih bijak dari PM yang dulu dalam melaksanakan tuntutan perjanjian Akta Petroleum.

Sepatutnya UMNO pusat kena ajar UMNO Kuala Terengganu dan Kota Bharu supaya jangan langgar perjanjian yang bertulis dalam Akta. Golongan yang suka memungkiri janji ialah golongan Yahudi laknatullah. Lihat peristiwa perjanjian Hudaibiyah dulu semasa zaman Rasulullah lagi, yang mungkir ialah golongan Yahudi.

Rakyat Terengganu dan Kelantan wajar memberikan sokongan kepada usaha kerajaan PR di kedua-dua negeri menuntut hak mereka.

Insya Allah, selepas PRU 13 kelak, kerajaan pusat akan dikuasai oleh PR ketika itu tidak akan berlaku lagi kezaliman kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh parti yang bukan parti di pusat.

Contohnya, jika selepas PRU Johor, Melaka dan Negeri Sembilan masih dikuasai oleh UMNO/BN. Kerajaan pusat yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat tidak akan bertindak zalim ke atas negeri yang ditdbir UMNO/BN. Kita memberi kepercayaan kerajaan pusat Pakatan Rakyat akan mengikut Perlembagaan Negara dalam melaksanakan segala geran kerajaan negeri akan diberikan mengikut jadual. Semua ahli Parlimen akan mendapat peruntukan bagi kawasan masing-masing walaupun kawasan itu ahli parlimennya dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBB dan PPP.

Hari ini hanya ahli Parlimen UMNO/BN sahaja diberikan peruntukan. Kawasan ahli parlimen Pakatan Rakyat dianak tirikan.

Ingatlah, kezaliman itu akan hanya terhapus bila Pakatan Rakyat menguasai kerajaan pusat selepas PRU 13. UMNO/BN tidak mahu malah mereka sudah melakukan kezaliman itu sejak bertahun-tahun. Mereka seperti tidak mampu lagi menilai antara perbuatan zalim dengan bukan zalim. Kerana amalan kezaliman itu sudah sebati dalam hati, akal dan jiwa para pemimpin mereka.

Berdoalah, teruskan usaha menerangkan isu kezaliman dan amalan menganak tirikan kawasan, seolah harta negara seperti harta parti UMNO/BN.

Hal itu, akan berubah jika sudah Pakatan Rakyat berkuasa di pusat. Sebagaimana perubahan ke arah keadilan di negeri-negeri Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (tika ia dikuasai olah Pakatan Rakyat dibawa kepimpinan DS Nizar).

Insya Allah, perubahan lebih banyak akan berlaku di negeri-negeri PR. Perubahan lebih baik, lebih adil dan amanah. Rakyat kena bersabar melihat perubahan itu secara tahap bertahap.

Berbanding 50 tahun UMNO/BN berkuasa yang kaya raya ialah para pemimpin dan kroni atau anak bini. Yang senang ialah pemimpin, kroni dan anak bini. Banyak bukti.............

Rakyat terbanyak hanyak dapat hampas-hampas saja.

Teruskan sokongan kita kepada PR/PKR/PAS/DAP dan rakan-rakan PR.

Perubahan tidak mungkin berlaku, jika kita tidak istiqamah untuk berubah. Perubahan perlu perjuangan besar dan pengorbanan berterusan. Lihat perjuangan Rasulullah SAW untuk merubah masyarakat primitif Jahilyah dahulu...amat mencabar, perlukan kekuatan sepadu dan semangat iman yang tinggi...

Teruskan perjuangan, sekalipun ada yang undur ditengah jalan...Percayalah gugur kita dalam perjuangan mulia menegakkan kebenaran dan keadilan yang berakar dengan aqidah, Syariat Islam pahala telah dijanjikan di sisi Allah. Menang bermakna lebih banyak pahala akan Allah sediakan untuk para pejuang kebenaran dan keadilan demi menegakkan Kalimah Allah dan Syariat agama-Nya.

Takbir! Reformasi!

Tiada ulasan: