"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tengku Temenggong ‘dibawa’ ke IPK

KOTA BARU, 4 Mei: Tengku Temenggong Kelantan telah ‘dibawa’ ke Ibu Pejabat Polis Kelantan di sini lebih sejam selepas beliau memberi kenyataan media berhubung kegagalan untuk membawa Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra ke Singapura.

Sementara itu, Sultan Kelantan pula, yang pulang dari rawatan di Singapura awal Mac lalu, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Pegawai-pegawai Istana Kelantan berada di pekarangan HUSM tetapi enggan mengulas.

Baginda dikatakan dibawa ke HUSM kira-kira 7.30 petang, lebih kurang 10 minit selepas Tengku Muhammad Fakhry dibawa ke IPK.

The Malaysian Insider difahamkan Tengku Muhammad Fakhry berada di IPK untuk diambil keterangan berhung sidang media hari ini.

Tengku Muhammad Fakhry (gambar) dibawa ke IPK di pekarangan Istana Mahkota.

Kira-kira 6 petang tadi , Tengku Muhammad Fakhry berkata pesawat khas yang dibawa khas untuk membawa Sultan Kelantan dilarang daripada mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Menurut Tengku Muhammad Fakhry, arahan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

Tuanku Ismail Petra dijadual akan berangkat ke Singapura pukul 11.30 pagi tadi untuk mendapat rawatan susulan kesihatannya di Hospital Mount Elizabeth.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: