"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Aziz Hanya Menyaman Najib di Akhirat

laniisma
Tok Guru Nik Aziz mula bersuara tentang fitnah kepadanya. Marah Tok Guru denga
n fitnah ingkar dan derhaka kepada sultan. Dunia akhirat Tok Guru tidak halal kiranya tidak diminta maaf dan tidak ditarik balik fitnah kepadanya.

Ramai yang memfitnah Tok Guru, tapi Tok Guru hanya memegang kepala. Kepala besar yang fitnah kepadanya. Walaupun lagi ramai ekornya yang fitnah tetapi Tok Guru merasakan cukup hanya memegang kepalanya.

Yakin Tok Guru tentang apa yang difitnahkan adalah tidak betul. Hanya bertujuan mencari undi. Maka Tok Guru sebut tidak halal dunia akhirat kepada Najib sekiranya tidak ditarik balik. Najib hanya akan berdalih walaupun Najib juga tahu itu adalah fitnah. Adakah Najib akan meminta maaf. Amat susah sebenarnya Najib berbuat demikian dan Najib juga tidak akan meminta maaf. Najib hanya akan berkata itu perkara kecil, banyak lagi perkara lebih besar mampu dibuatnya.

Tok Guru bukannya ingin menyaman Najib sekarang tapi Najib wajib membayar saman Tok Guru di akhirat, sekiranya permintaannya ditolak. Semua kita menunggu kemaafan keluar dari Najib.

Tiada ulasan: