"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wajarkah Kristian Guna SACC?

Ibnu Hasyim
pray_at_synagogue

virginia_taraweh05a

Kuil Yahudi disewakan untuk Solat Taraweh September 18th, 2009, bulan puasa tahun lepas.

virginia_taraweh01a

PULUHAN tahun lalu, pernah Tok Guru Nik Aziz menumpang kereta saya, pusing-pusing di KL untuk melihat ladang kambing, seorang Cina Muslim di Sungai Buluh Selangor. Kerana urusan itu urusan peribadi, beliau cuma guna kereta saya, tidak guna kemudahan MB Kelantan waktu itu.

"Betulkah Ann Wan Seng itu wujud?" Tok Guru tanya saya. Kerana waktu itu, nama Ann Wan Seng begitu melonjak naik melalui tulisannya yang berpemikiran Islam, sedangkan masih belum masuk Islam. Mungkin Tok Guru sangka orang Islam yang menulis, tetapi menggunakan nama orang bukan Islam.

"Betul! Dia kawan saya, saya pernah sama-sama berceramah dengannya di Pulau Pinang." Saya jelaskan.

"Kalau begitu, boleh tolong uruskan panggil dia ceramah di masjid tepi rumah saya." pinta tok guru.

Saya setuju, akhirnya berlaku ceramah pertama di masjid tersebut oleh orang bukan Islam. Sesuatu yang agak mengejutkan pada masa itu. Begitu pemikiran hebat, teloransi, bebas dan terkehadapan Tok guru Nik aziz, sehingga akhirnya Saudara Ann Wan Seng sendiri memeluk Islam. Itu
satu...

Kedua. Ramadhan tahun lepas, setelah mendengar keluhan beberapa jawatankuasa Masjid Virginia tentang ruang yang semakin tidak mencukupi untuk bulan Ramadhan, Rabbi Robert Nosanchuk telah mengemukakan cadangan kepada jemaah Masjid Virginia agar menggunakan synagogue (kuil Yahudi) sebagai masjid.

Pertambahan umat Islam di Virginia, Amerika Syarikat dan ruang masjid yang amat terhad telah mendorong Imam Masjid Virginia iaitu Syeikh Mohamed Magid dan ahli jawatankuasanya bersetuju menerima pelawaan Rabbi Robert agar dapat bersolat jemaah di bangunan N
orthern Virginia Hebrew Congregation.

Rabbi Robert berpendapat Ramadhan adalah bulan mulia bagi umat Islam dan di dalam bulan ini jugalah jumlah pengunjung masjid yang datang beribadat meningkat dengan ketara. Ruang yang terhad di masjid asal mungkin sudah tidak selesa untuk beribadat, jadi mereka memberi inisiatif untuk membantu jemaah masjid Virginia di dalam bulan Ramadhan tersebut.

Menurut Imam Mohamed Magid lagi, masyarakat sering melihat Yahudi-Islam sentiasa berkonflik khususnya di Amerika Syarikat (AS). Mereka mengharapkan cadangan ini boleh mengubah persepsi tentang konflik tersebut khususnya golongan pemimpin-pemimpin politik yang bersifat rasisme. Hubungan yang baik di antara masyarakat Yahudi-Islam kemungkinan akan menyukarkan pihak-pihak berfahaman rasis ini mengambil kesempatan untuk menabur jarum-jarum perpecahan.

Tahun 2009 ini adalah tahun pertama Masjid Virginia menyewa sebahagian ruang dari synagogue untuk melakukan solat tarawih. Para jemaah masjid mengumpul wang sendiri untuk membayar sewa ruang sembahyang tersebut yang dikenakan USD300 sehari. Solat terawih di Masjid Virginia itu berlangsung antara pukul 9.00 hingga 10.45 malam.

Kesefahaman antara komuniti Masjid Virginia dan synagogue-synagogue kemungkinan akan diperluaskan lagi apabila kedua-dua komuniti tersebut bersetuju untuk menubuhkan satu yayasan persefahaman dan membuat lawatan rasmi ke Timur Tengah.

Ramadhan tahun ini umat Islam Canada bersholat di gereja pula. Lihat Muslim Canada Tarawih Di Gereja, Bukan Macam Si Be...

Ketiga. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab 'Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat Asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin solat.”

Jawab Patriach, “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau selesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds..

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach, sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Jelasnya, 3 kisah ini menjawab, apa salahnya membenarkan pihak Kristian menggunakan bangunan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)? Bukankah orang Kristian juga warga negara Malaysia kalau cukup syarat-syaratnya?

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos 18, 2010

Tiada ulasan: