"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peluru M-16: Polis siasat kemungkinan hantar sendiri

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini hadir ke balai polis Mutiara Damansara sekali lagi untuk siasatan berhubung ugutan dan kiriman peluru yang diterimanya sebelum ini.

NONEPua yang berada selama kira-kira 45 minit di balai tersebut berkata, siasatan itu bagi memastikan bahawa kiriman itu tidak dihantar oleh dirinya sendiri.

Bercakap kepada pemberita selepas keluar daripada balai polis tersebut, Pua berkata beliau dan pembantunya perlu memberikan sampel DNA kepada polis untuk membantu siasatan.

Polis juga meminta untuk mengambil cap jari pembantunya, yang bertanggungjawab membuka kiriman tersebut, kata Pua.

Katanya, cap jari itu akan diambil di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya, manakala sampel DNA kedua-dua mereka akan diambil di Pusat Kesihatan Universiti Malaya di Petaling Jaya.

NONEPua menjelaskan, polis meminta sampel DNA itu kerana mengesyaki suspek yang bertanggungjawab menghantar kiriman tersebut telah menggunakan air liur untuk melekatkan setem.

Tambahnya, beliau juga telah merujuk peguam Gobind Singh Deo yang memaklumkan bahawa proses untuk mengambil sampel tersebut adalah prosedur biasa siasatan polis.

Katanya lagi, beliau hanya diberitahu untuk ke IPD Petaling Jaya dan ke hospital berkenaan dalam pertemuannya dengan seorang pegawai penyiasat di balai polis tersebut sebelum ini.

"Tempoh itu lama sebab saya terpaksa menunggu," katanya lagi dan menjelaskan tiada apa-apa keterangan lanjut diambil daripadanya.

Pada
NONE 11 Ogos lalu, sebuah bungkusan dialamatkan ke pejabat Pua di Damansara dari Tangkak. Ia dibuka oleh pembantu khas di pejabatnya dan beliau menjumpai sebitir peluru hidup bagi senapang M-16 dan sepucuk surat ugutan.

Surat berkenaan berbunyi: "Lu banyak berani?

"Sekarang lu mau apa?

"Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas.

"Apa pasal?

"Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah tau.

"Sendiri mau ingat. Lu fikirlah sendiri."

Pembantunya itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira dua jam selepas itu.

Pua yang menyifatkan insiden itu sebagai "tindakan pengecut" berkata, perbuatan itu mungkin berpunca daripada pandangan yang diutarakannya dalam satu majlis dialog pada 26 Julai lalu.

Jelasnya, dalam dialog Bajet 2011 kerajaan Selangor itu, beliau telah mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan diskaun Bumiputera untuk membeli hartanah mewah.

"Isu ini kemudiannya dimainkan oleh Utusan Malaysia dan Umno," katanya pada satu idang media yang turut dihadiri dua orang ahli parlimen Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Nurul Izzah Anwar(Lembah Pantai).

NONE"Apa-apa yang saya cadangkan itu sepatutnya boleh didebatkan dalam suasana terbuka.

"Tidak ada cara yang boleh menjustifikasi tindakan seperti ini," katanya lagi yang mempunyai dua orang anak.

Jelasnya, cadangannya itu bertujuan supaya diskaun berkenaan digunakan untuk membantu golongan miskin dan bukan untuk terus membantu golongan berada.

Tambahnya, beliau menyerahkan cadangan tersebut untuk dipertimbangkan oleh kerajaan Selangor.

Tiada ulasan: