"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembunuhan Sosilawati bukan pembunuhan yang biasa....

penhijau

Pembunuhan Jutawan kosmetik Sosilawati sepatutnya membuka mata pihak polis yang selama ini lebih tertumpu kepada penyiasatan yang tidak begitu penting, malah sebenarnya tidak perlu. Bayangkan dari sebahagian banyak sumber-sumber polis yang ada hanya digunakan untuk siasat kegiatan parti politik pembangkang. 


Inilah silapnya polis. Akibat terlalu mengikut arahan orang politk khususnya UMNO melalui Kementerian yang tertentu  seperti yang diakui oleh bekas KPN, maka PDRM telah mengambil langkah yang silap dalam melaksanakan tugas kepolisannya. 


Sesungguhnya pembunuhan jutawan berkenaan bukanlah satu pembunuhan yang biasa. Keluarbiasaannya bukan hanya sekadar cara pembunuhan itu dilakukan, tetapi sebenarnya lebih daripada itu.  Allahyarham secara zahirnya mengambil langkah yang tepat apabila mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pembunuhnya itu dengan ditemani oleh beberapa orang yang dianggap profesional dalam bidang masing-masing. Dengan ditemani oleh peguam beliau yang boleh menasihatinya dalam hal perundangan dan disertai oleh kawan beliau yang merupakan seorang pegawai bank yang boleh menasihati beliau dalam hal kewangan. Malahan turut pula disertai oleh pemandu beliau yang sudah pasti tahu selok belok tempat yang ingin ditujui. Maka pertemuan yang berlaku itu menurut kepercayaan Sosilawati akan merupakan satu pertemuan yang penuh dengan ketelusan semangat profesional berdasarkan kepada kepakaran bidang masing-masing.

Manakan tidak pertemuan itu adalah dengan seorang Datuk yang memang dikenal terlibat dalam banyak transaksi penjualan tanah yang melibatkan jutaan ringgit. Saya amat yakin sekira Sosilawati mengetahui bahawa beliau akan bertemu dengan seoang penjenayah yang amat berbahaya sekali-kali beliau tidak akan sanggup untuk mengadakan pertemuan itu.  Sekali pun kalau manusia yang ingin ditemui hanyalah seorang pariah tepi jalan, saya yakin Sosilawati akan hanya membawa orang-orang yang dapat membantunya kalau terdesak. Ketiga orang rakannya itu juga pasti menyangka bahawa pertemuan itu hanya dengan seorang usahawan tanah seperti mana usahawan tanah yang lain. Sebab itu mereka datang dengan tangan kosong sebab medan perlawanan mereka hanyalah dalam bidang profesyen masing-masing. Itu sangkaan mereka.

Rupa-rupanya yang temui oleh Sosilawati itu adalah seorang penjenayah besar. Yang boleh menghilangkan orang tanpa dapat dikesan. Disebalik wajahnya sebagai seorang Datuk yang berprofil tinggi dan mempunyai kedudukan yang tinggi rupanya beliau mempunyai satu wajah lagi yang terlalu huduh iaitu wajah seorang penjenayah. Seolahnya amalan membunuh sudah menjadi satu amalan biasa dan bukannya benda baru. Amalan membunuh kemudian membakar mangsa bukan lagi benda pelik yang dilakukan oleh pelakunya. Satu amalan yang samseng pariah jalanan pun tidak sanggup melakukanya

Kemungkinan terlibatnya penjenayah terbabit dalam rangkaian pengganas antarabangsa adalah satu kemungkinan yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Polis seharusnya menyiasat hingga ke akar umbi siapakah sebenarnya penjenayah ini. Apakah hubungannya dengan pengganas LTTE yang pernah dilaporkan menjadikan Malaysia sebagai medan latihan mereka Jangan hanya nak siasat kegiatan militan Islam yang setakat ini tak dapat dibuktikan secara sahih kewujudannya. Siasat sama kegiatan Militan hindu, militan tamil, militan kristian, militan cina dan segala bentuk mak nenek militan. Jangan hanya tala kat militan Islam. Bila hanya tumpu kat militan Islam macam ni lah jadinya....sampai kena bunuh kena bakar..abu mayat kena hanyut. Demikian dahsyat sekali perlakuan yang dilakukan keatas umat islam dalam bulan puasa yang mulia.

Tiada ulasan: