Nurshakira Buang
KUALA LUMPUR 14 SEPT: Tujuh anggota polis didakwa mencabul kehormatan tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 7 September lalu.
Mendedahkan perkara itu, Arjunan pada sidang media hari ini, berkata, mereka ditahan polis dengan alasan "India selalu mabuk' sebelum pemeriksaan tubuh dilakukan ke atas mereka secara giliran.
"Ketika itulah, mereka mencabul dengan cara meramas kemaluan," katanya yang mengecam keras perbuatan berkenaan kerana menyalah guna kuasa dan semata-mata untuk memalukan mereka.
Mereka sudah membuat laporan di balai polis Bukit Sentosa.
MMengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, seseorang yang melakukan kesalahan mencabul terhadap seseorang baik perempuan mahupun lelaki, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
1 ulasan:
Salam Tuan.
Mohon linkkan blog hamba di dalam blog tuan. Hamba juga akan linkkan blog tuan dalam blog hamba nanti. Thanks. Sila maklumkan pada hamba jika sudah dilinkkan Terima kasih tuan.
Catat Ulasan