Ku Li — bade kuat, serupo gagah.Tengku Razaleigh Hamzah akan pulang ke tanah air pada sabtu ini. Dia di jadualkan tiba di KLIA pada pukul 7 pagi. Sahabat saya, Aspan Alias yang menjadi penyokong setia Ku Li sejak zaman dulu dulu lagi, tidak akan menanti ketibaan tersebut. Dia akan tidur kembali sesudah subuh.
Tambahan pula, kata Aspan, ramai muka tembok dan mamat Umno yang lain sudah merancang menyambut Ku Li. Maka lebih elok, orang seperti kita berundur ke belakang. Sekurang kurang nya, kita dapat mengenal pasti muka muka hipokrit dalam Umno.
Saya tidak fikir Ku Li akan merasa tersinggung jika Aspan tidak berada di KLIA. Saudara Lokman dan Tuan Hj Ridhuan akan berada disana. Jika selalu nya Ku Li keluar masuk KLIA secara incognito, kali ini dia kembali dengan sambutan yang luar biasa.
kali ini, selain dari orang orang yang kita sebut diatas, kepulangan Ku Li mungkin di sambut oleh ramai orang. UmnoKelantan yang di ketuai Mustafa Mohamad di katakan akan menanti ketibaan Ku Li. Mus akan mencium tangan Ku Li. Mustafa Mohamad adalah KETUA PERHUBUNGAN UMNO Negeri Kelantan akan mencium tangan Ku Li, seorang KETUA BAHAGIAN.
Yang hendak di lakukan oleh Mus dan Teuku Adnan, adalah perlakuan yang sangat sangat un-Umno. Perangai Umno yang 'second nature' ialah melupakan jasa pemimpin nya yang terdahulu. Perangai yang kesemulajadian ke2 ialah mengenepikan orang. Maka, sebab itu, perangai Mustafa Mohamad dan pimpinan Umno yang lain, saya katakan sebagai perlakuan yang luar biasa. Hipokrasi ialah second nature kepada majority pimpinan Umno.
Beberapa bulan lalu Ku Li adalah pemimpin Umno yang hampir di pecat dari Umno. Hampir semua warga Umno menuduh Ku Li sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti Umno.
Kenapa ada perubahan drastic ini? Saya tidak fikir perasaan menyampah kepada Ku Li sudah bertukar menjadi kasih sayang. Ini bukan perlakuan tipikal orang Umno. Orang Umno bersetia kepada yang memegang kuasa yang boleh memberi imbuhan. Ku Li yang tidak ada kuasa, boleh beri apa kepada mamat2 Umno?
Jadi suara suara yang sekarang ini berdendang sayang memuji Ku Li, bukan melakukan nya kerana mereka sayang kepada Ku Li,. Mereka lakukan kerana demikian lah isyarat dari pemimpin tertinggi Umno. Najib, Muhyidin dan naib presiden yang lain.
Dan isyarat yang muncul dari gunung Putrajaya ialah Umno boleh menang jika Tengku Razaleigh Hamzah di beri peranan yang penting. Seperti menjadi pengarah pilihanraya DUN Galas dan mungkin juga sebagai calun ADUN.
Ini transformasi yang lebih besar dari transformasi kerajaan atau transformasi ekonomi. Transformasi dari melihat Ku Li sebagai duri dalam daging kepada Ku Li sebagai penyelamat air muka Umno. Dan Umno hanya mampu mengiktiraf stature Ku Li dengan menawarkan peranan sebagai Pengarah pilihanraya dan jika Ku Li mahu, jadi calun lagi baik. Dan seperti juga mana mana idea Presiden Umno, idea mengiktiraf Ku Li besar kemungkinan hanya untuk sementara untuk political expediency.
Tetapi suara suara yang sekarang ini yang memuliakan Ku Li, hanya beberapa bulan yang lalu mengutuk Ku Li sebagai mengkhianati perjuangan parti. Parti Umno kata Kelantan( yang majoriti nya Melayu) tidak layak dapat royalti minyak. Tapi kalau wang ehsan boleh. Bila kita terima wang ehsan, ertinya, kita adalah kumpulan yang di jaga, yang memberi pula adalah penjaga.
Cara ini tidak di terima oleh orang Kelantan. Ku Li sebagai tokoh Umno yang bermaruah tidak dapat terima cara ini. Orang yang mempunyai harga diri dan maruah, tidak boleh menerima peraturan seperti ini. Bila Ku Li kata orang Kelantan berhak menerima royalti dan bukan pemberian ehsan, ini bererti Ku LI sebagai orang Umno mempunyai maruah. Si mamat Umno yang memutar belitkan faka tidak ada maruah.
Makanya, selain dari isiu siapa calun dan siapa pengarah pilihanraya kecil DUN Galas, isiu nya ialah soal maruah dan harga diri.
Kita semua tahu Ku Li adalah orang yang setia kepada Umno iaitu Umno yang di lihat sebagai suatu ideal dan Umno yang memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Sebagai sorang yang setia kepaa Umno, saya tidak fikir bahawa Ku Li akan membelakangkan parti Umno. Dia akan menerima kemahuan parti untuk dia menjadi pengarah pilihanraya. Tapi saya juga yakin yang Ku Li akan menerima nya diatas terms dia sendiri. Dan saya rasa sebahagian dari terms Ku Li ialah membenarkan Ku Li menjanjikan pemberian royalti minyak kepada Kelantan.
Kepentingan rakyat Kelantan menerima wang royakti melepasi kepentingan kepartian. Saya rasa jika Ku Li di benarkan menyatakan jika Umno di beri kemenangan di Galas, Kelantan akan terima wang royalty, maka saya rasa siapa pun calun BN/Umno di Galas akan menang. Dan penyokong Ku Li akan melihat penerimaaan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya sebagai konsisten dengan perjuangan nya mendapatkan wang royalty minya untuk negeri Kelantan.
Dalam keadaan Umno kemaruk untuk dapat satu kemenangan, jika Ku Li meletakkan terms seperti ini, saya rasa Umno akan terima. Dengan cara ini, Ku Li akan membuktikan konsistensi perjuangan nya, dan Umno pula, jika bersetuju member royalty minyak, akan membuktikan Umno meletakkan kepentingan orang Melayu sebagai perjuangan teratas.PAS pula boleh menarik diri dengan menyatakan bahawa mendapatkan royalty minyak sebagai hak adalah lebih besar dari mengambil bahagian dalam pilihanraya GALAS.
* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan