Nihad Alaeddin (gambar), artis perintis dalam dunia Arab yang terkenal kerana melakonkan babak bogel, bukan sahaja memandang rendah extremisme Islam malah menyeru supaya seks di bawa semula ke rantau itu yang disifatkannya sebagai ‘kecewa’, menurutnya dalam satu temubual dengan sebuah akhbar.
“Kita perlu masukkan seks ke dalam panggung kerana penonton kita sudah kecewa,” katanya kepada New York Times.
Skirt –pendek sering dilihat berbanding hijab dalam kampus universiti sekitar tahun 60-an dan 70an, kerana orang Arab pada masa itu menikmati dasar keterbukaan yang dibawa oleh fahaman Marxisme dan komunisme, tetapi ‘fenomena liberal’ ini terhenti tiba-tiba apabila dipukul gelombang Islamisasi yang dibawa oleh puak-puak konservatif.
“Dulu kebebasan berkembang mekar,” kata Nabil Maleh (gambar), pengarah warga Syria yang membantu membina karier Nihad. Nihad diberi jolokan sebagai Ighraa, perkataan Arab bermaksud godaan, kerana membuatkan ramai orang kagum dan terpesona dengan lakonan hebat beliau. Pada 2009 TV Syria menyiarkan dokumentari tentang kehidupannya, dan pada ketika ini seorang lagi pengarah terkenal Syria sedang berusaha menyiapkan filem kisah hidupnya. |
Tidak akan ‘taubat’
Berpegang kuat pada pandangannya, dan berprinsip dalam pendiriannya, Nihad sering dikritik oleh golongan Islamis dan tidak seperti kebanyakan artis sezamannya; beliau menolak untuk meminta maaf atas lakonan-lakonannya yang panas dan penuh godaan itu.
“Hari ini orang lelaki bersikap hipokrit. Jika seseorang perempuan itu memakai hijab dia sudah tentu seorang yang jujur,” kata Nihad dalam suara yang tersekat-sekat akibat kuat merokok, semasa temubual tengah malam dengan akhbar Times. Golongan konsevatif pada hari ini, katanya, kebanyakkanya “penipu yang mengkritik orang lain tetapi tidak begitu percaya pada diri mereka sendiri.”
Sekalipun cenderung menentang situasi hari ini, Nihad adalah peminat utama Hassan Nasrallah, pemimpin Hezbollah Lebanon, walaupun tidak sependapat dalam hal-hal berkaitan prinsip Islam, tapi amat mengagumi kejujurannya. “Jika dia suruh saya korbankan darah, saya sanggup,” tambahnya.
Nihad berhenti sekolah semasa di gred kelima dan berpindah ke Kaherah bersama-sama kakaknya semasa berusia 13 tahun dalam tahun 50an.
Di sana dia diasuh oleh penari gelek lagenda Mesir, Tahia Carioca (gambar) sehingga membawa kepada lakonan dalam drama-drama televisyen. Tidak setakat itu, berbekalkan keazaman yang kuat, beliau terus mencipta kejayaan memegang watak utama, menjadi penulis skrip dan pengarah yang hebat.
Ketika penerbit menggelar beliau sebagai Ighraa, kakaknya pula dikenali sebagai seorang yang ‘Menawan’. Nihad masih mengekalkan nama gelaran tersebut, sementara kakaknya pula telah lama meninggalkannya kerana ingin mendekati agama dan tidak ingin lagi berbicara tentang kenangan lampau.
“Dia seorang yang amat penting kerana tidak menipu,” kata Khaled Khalifa (gambar), seorang penulis novel terkenal dan penulis skrip televisyen. “Dia tak pernah menyesal, dia tak pernah meminta maaf.”
“Hari ini, memang payah nak lihat adegan cium dalam televisyen dan filem di Syria,” tambahnya.
Kritik
Sekalipun tidak ingin berlakon lagi, masih terdapat pihak-pihak yang melemparkan kritikan mengatakan cerita-cerita terbaru tentang dirinya adalah semata-mata satu usaha bagi menyanjungi karier ‘porno-ringan’ beliau yang lepas.
“Saya tanggalkan pakaian saya atas prinsip,” katanya. “Kalaulah saya lakukannya semata-mata kerana wang, saya mungkin telah lakukannya dalam gelap dan boleh dapat lebih banyak (wang) lagi.”
“Saya tanggalkan pakaian saya atas prinsip,” katanya. “Kalaulah saya lakukannya semata-mata kerana wang, saya mungkin telah lakukannya dalam gelap dan boleh dapat lebih banyak (wang) lagi.”
Aksi pertama
Pada masa di mana industri filem Arab dikuasai oleh Mesir, filem yang dilakonkan Nihad pada 1970, “Harimau bintang” (gambar), adalah pelopor yang memasyurkan panggung wayang moden di Syria, dan kerana bimbang fiem tersebut tidak mendapat sambutan; pengeluar dan pengarah mencadangkan supaya beliau beraksi bogel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan