Harakahdaily
GOMBAK, 4 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menerima keputusan Umno untuk meletakkan beliau sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil N45 Galas.
Mahfuz menegaskan, veteran Umno itu terkenal sebagai seorang berpegang teguh pada prinsip perjuangan menegakkan keyakinannya dalam banyak isu yang timbul khusus di Kelantan terutama royalti minyak.
"Beliau sudah pasti tidak akan mahu galas biawak hidup," tegasnya merujuk kepada reputasi Umno yang sudah sekian lama dicemari dengan segala macam rekod buruk yang semakin bertambah dalam kiraan jam.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu ditemui dalam Majlis Terbuka Aidil Fitri PAS Pusat 1431H yang diadakan di Taman Berjaya, bersebelahan Taman Melewar, dekat sini semalam.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, tiga Naib Presiden serta semua AJK PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda turut berada di lokasi.
Dalam majlis itu, puluhan ribu rakyat dari berbagai kalangan masyarakat termasuk kaum Cina dan India hadir untuk sama-sama merai dan bertemu dengan pimpinan parti Islam yang berteraskan dakwah, tarbiah dan siasah itu.
PRK Galas bakal diadakan tidak lama lagi ekoran kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaima, 47, pada 27 September lalu kerana
mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru.
Dalam perkembangan berkaitan, Ku Li yang ketika ini masih berada di luar negara menyatakan belum menerima kehendak Umno yang beria-ia dan menghebahkan beliau telah bersetuju sebagai pengarah pilihan raya kecil itu.
Sehingga kini beliau masih belum memberikan apa-apa jawapan kepada sesiapapun termasuk (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin, tegas Ku Li menerusi laman twitternya sebagai menjawab soalan rakannya.
Menurutnya, beliau hanya akan mengumumkan pendiriannya sebaik pulang ke tanahair pada 9 Oktober akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan